Saturday 1 September 2012

RAMAI 'LAPAR' NAK JADI CALON - NAIB KETUA PKR KELANTAN



Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyelesaikan isu calon untuk kawasan yang akan ditandingi parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu kunjungannya ke negeri itu hari ini.

Anwar dijangka berbuat demikian memandangkan isu calon PKR Kelantan kini semakin mendapat perhatian di kalangan pemerhati politik negeri itu.


NONE"Dulu susah nak cari calon tapi sekarang ramai yang berebut (untuk dicalonkan)," katanya yang menambah, perebutan itu juga berkait dengan perbincangan PKR negeri untuk membuat pertukaran dengan PAS bagi kerusi yang ditandinginya.

Pertukaran itu melibatkan kawasan parlimen Machang, yang kini diwakili Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Perkara itu timbul kerana Saifuddin dikatakan tidak akan terus mempertahankan kerusi parlimen Machang tetapi sebaliknya akan kembali bertanding di Kedah.

PKR Kelantan sebelum ini dilaporkan mengemukakan cadangan untuk menyerahkan kerusi Machang kepada PAS dan sebagai gantinya akan bertanding di parlimen Bachok.

Laporan Sinar Harian pada 23 Ogos itu menyebut, pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir mengesahkan bahawa permohonan tersebut dikemukakan kepada PAS negeri sejak sebelum bulan Ramadan lalu.

Mengulas perkara itu, Mohd Makhatar berkata cadangan boleh dikemukakan namun PKR negeri perlu mengikut saranan PAS.

"Kita kena ikut PAS sebab parti dominan adalah PAS. Kita hanya penyokong kuat PAS di Kelantan," katanya ketika dihubungi. 

Anwar juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR negeri di Machang dan seterusnya bersama barisan pemimpin PAS di Kota Bharu, kata Makhatar lagi.

Kelantan merupakan destinasi kedua Anwar dalam program Jelajah Merdeka Rakyat menggunakan bas khas itu, yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Khalid dalam satu kenyataan semalam, menjelaskan bahawa bas yang dihiasi dengan wajah Anwar itu disewa untuk tempoh enam bulan dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri. - mK



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive