Thursday 20 September 2012

PANDAI PULA NGEH TARIK BALIK & MINTA MAAF ISU TWEETNYA ???


Di jangka esok Pemuda Pas dan UMNO akan bersama mengadakan demostrasi berkaitan dengan filem ini.

Dalam satu kenyataannya kepada media, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.

“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan ‘tweet’ saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.

Koo Ham menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini).

Tweet yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.

Di Ipoh sendiri, sehingga jam 3 petang tadi, empat laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 september lalu.

Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, mesej itu dibuat selepas melihat berita dunia di CNN, BBC dan Al Ajazeera yang menunjukkan bantahan dilakukan di seluruh dunia hingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan sebagainya.

“Saya mahu masyarakat kita untuk berfikir lebih mendalam dengan mengambil kira cara kita sebagai tindak balas kepada provokasi atau mana-mana isu yang mendepani kita.

“Saya sama sekali tidak membantah tujuan perhimpunan itu kerana saya sendiri dalam penglibatan politik selama 23 tahun turut terlibat dalam demonstrasi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas.

Menurut beliau, pendiriannya dalam isu berkenaan sama seperti rakan Pakatan Rakyat lain yang mengutuk penyebaran video itu yang jelas memperkecilkan agama Islam.

Beliau juga tidak mahu isu Twitternya diputar belit seolah menunjukkan beliau seorang yang anti-Islam.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya tidak membantah malah menghormati sekiranya Pas membuat keputusan untuk bergabung dengan Pemuda Umno untuk menyertai bantahan yang akan diadakan esok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive