Katanya, tanah itu menjadi tempat pengebumian dari lima lagi perkampungan Orang Asli sekitar, termasuk Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sungai Tiram.
"Kami mahu ia diwartakan sebagai tanah perkuburan, termasuk tanah adat Orang Asli. Kalau tidak diwartakan, (tulang mayat) nak tanam kat mana?” tegasnya yang ditemui di kawasan perkuburan itu.
Apatah lagi, Eddy menegaskan berdasarkan adat dan amalan, masyarakat mereka yang juga dikenali sebagai Orang Asli Laut tidak pernah membongkar kembali kubur untuk dipindahkan.
Eddy juga mendakwa tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kawasan itu diratakan.
Disember lalu, kira-kira 500 Orang Asli Seletar mengadakan bantahan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar selepas tanah mereka didakwa diserahkan kepada pemaju untuk pelan pembangunan Iskandar. - MK
No comments:
Post a Comment