Wednesday 14 March 2012

Kenapa Shahrizat letak jawatan? Sedangkan Nazri kata tak perlu!!!!!!

Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno, Shahrizat meletak jawatan tetapi bagaimana dengan duit rakyat RM250 juta yang di'sedekahkan' oleh Kerajaan BN kepada keluarga Shahrizat. Bila mereka hendak ganti?


Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat meluluskan projek tersebut. . Adakah mereka akan terlepas begitu sahaja. Tanpa perlu dibicarakan???


Sepatutnya rakyat didedahkan fakta sebenar tentang kes tersebut. Seolah-olah keputusan Shahrizat tidak menyambung tugasnya sebagai Menteri April ini menyelesaikan semua perkara. 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. “Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak  masalah hal yang tidak diingini,". katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, pada 13 Februari lalu. 



Kepada pemimpin UMNO jangan di tambah lagi kebencian rakyat kepada kerajaan di sebab oleh sebilangan pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Pada pandangan PT, kes ini juga akan memberi impak yang besar dalam menentukan kemenangan atau kekalahan kepada BN dalam PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive