Monday 26 March 2012

MUKTAMAD!! Bukan Islam tidak boleh jadi No 2 Pas-Hj Hadi!! Nik Aziz Macamana?



MARANG – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sekeras-kerasnya cadangan bahawa pemimpin bukan Islam boleh memegang jawatan timbalan presiden Pas satu hari nanti kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti berkenaan.

“Itu bercanggah dengan perlembagaan Pas, tidak boleh.
"Yang bukan Islam boleh jadi menteri, bukan memegang jawatan parti (dalam Pas). Kalau di negara komunis, adakah mereka akan melantik presidennya yang tidak komunis?

“Di Amerika pun bila (parti) Republikan yang menang, presidennya ialah Republikan, naib presidennya Republikan, setiausaha negara Republikan, pegawai-pegawainya yang tidak republikan begitu juga jika parti Demokrat yang menang,” kata Presiden Pas ini di sini, kelmarin.

Malah katanya, Umno sendiri tidak akan berbuat demikian jika parti itu menang pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam dalam parti komponen Pakatan Rakyat boleh memegang jawatan menteri jika pakatan pembangkang itu berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas respons kontroversi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pada bulan lalu, yang mendakwa parti itu boleh menerima bukan Islam memegang jawatan nombor dua jika ahli-ahli membolehkannya pada satu masa kelak.


Bagaimanapun, pemimpin tertinggi Pas sebelum ini telah menganggap, kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu sebagai telah selesai sepenuhnya dan tidak perlu diperbesar-besarkan.



Komen dari PT..
Dulu kata BOLEH, ini tak boleh pulak. La biasa la PAS, apa pun boleh pusing, koner baring dari boleh jadi tak boleh, haram jadi halal, murtad jadi tak murtad. Macam2. Yang paling ketara sekali dulu PAS kata UMNO murtad sebab bergabung dgn MCA dan MIC, tapi setelah mereka giler kuasa dan bergabung dgn PKR dan DAP yg lebih rakus dan jelas menolak ISLAM, mereka kata boleh pulak, tak murtad pulak! .... apa punya cerita ni??? Fikir-fikirkan lah!!!


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive