Saturday, 31 March 2012
Letupan di Haadyai: 11 rakyat Malaysia cedera
KANGAR — 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel terkemuka di bandar Haadyai hari ini.
Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.
Beliau berkata, butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.
Menurut Mohd. Aini, pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.
Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan manakala lebih 300 lagi cedera.
Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand. — BERNAMA
Pekeliling Baru Gaji SSM 2012
Berikut secara mudah gambaran untuk pengkiraan gaji baru SSM :-
Gaji SSM 2012 baru anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok
sekarang
Tunggakkan 3 bulan gaji = Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac)
KGT? Selagi pekeliling SSM baru belum dikeluarkan,yang nimkena tunggu pekeliling rasmi dulu.
Berkenaan COLA, AG sedang tunggu pekeliling SSM daripada JPA.
Berdasarkan maklumat yang diterima, gaji SSM 2012 baru pasti akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Akhirnya pekeliling gaji baru ssm 2012 telahpun keluar dan boleh di download. Okey cerita banyak tak guna..korang klik pautan dibawah untuk download pekeliling gaji baru ssm 2012
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012 - Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup
Untuk Pengiraan Pemindahan Gaji dari gaji lama SSM ke Gaji Baru SSM klik pautan dibawah:-
PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI BARU SSM 2012
Cuma masukkan gred perkhidmatan korang, masukkan gaji lama korang dan klik KIRA

HATI2 DENGAN ANWAR, BENCANA AKAN MENYUSUL - IBRAHIM ALI ONG!!!
Menurutnya, Anwar tidak lekang dengan kontroversi, dibangkitkan oleh bekas pengikut setianya, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan. “Isu demi isu dikaitkan dengan Anwar malah ia bukannya kontroversi yang kecil, tetapi melibatkan isu moral pemimpin terbabit.
“Bukan Nallakarupan yang lantang bersuara, tetapi ramai lagi bekas pengikutnya, mula ‘membuka pekung’ Anwar,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zink kepada 250 mangsa ribut di Kelar, berjumlah RM 80,000, semalam. Menurutnya, rakyat perlu mengambil serius terhadap semua pendedahan yang dilakukan bekas pengikut Anwar, agar tidak lagi hidup dalam pembohongannya.
Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menimbulkan isu baru, dengan menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan beragama Islam. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Anwar bijak bermain dengan sentimen mereka, kerana pemimpin PKR ini, hanya mahukan undi kaum lain.
“Anwar tidak lagi mendapat sokongan orang Islam dan Melayu, sebab itulah dia menggunakan pelbagai isu untuk memancing undi,” katanya, semalam. SH
Komen pT
PTPTN: Khaled Nordin CABAR- Buat apa demo, Undi je lah!!!!!
Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pembangkang sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar. -mk
BIAR BETUL!!! 36 DUN Selangor milik BN - NOH
Katanya, mereka yakin akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Nanyang Siang Pau.
Dalam wawancara eksklusif itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.
Noh berkata, mereka memang mahu merampas Selangor dengan majoriti mudah tetapi jika berjaya mendapat majoriti dua pertiga, ia dikira "bonus".
Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung. mk
PONTENG, KHALWAT AKHIRNYA DITANGKAP!!!
Kampung Raja -Tembelang tiga pelajar perempuan tingkatan tiga ponteng pecah apabila mereka ditangkap khalwat bersama dua lelaki di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah dekat Kuala Besut, kelmarin.
Semua pelajar berumur 15 tahun sebuah sekolah menengah di sini ditangkap sepasukan anggota Penguat Kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah kira-kira jam 9.15 pagi.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, anggotanya menyerbu rumah tersebut.
Menurutnya, sebaik tiba di pekarangan rumah itu, keadaan sekeliling rumah sunyi dengan pintu dan tingkap tertutup rapat.
“Pemeriksaan di bahagian lain rumah mendapati terdapat satu pintu yang tidak berkunci.
“Anggota masuk ke dalam rumah dan mengetuk pintu salah sebuah bilik yang berkunci dan hanya dibuka lima minit kemudian oleh seorang remaja perempuan,” katanya.
Azmi berkata, terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu dan pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki bersembunyi di atas siling rumah berkenaan.
“Ketika ditahan semua berpakaian lengkap dan mereka tidak mempunyai hubungan muhrim.
“Manakala, lelaki ketiga berjaya melepaskan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.
Kedua-dua lelaki tersebut berumur 18 tahun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah yang sama dengan pelajar perempuan terbabit.
Hasil siasatan awal, pelajar perempuan itu mengaku membohongi keluarga kononnya ke sekolah tetapi dibawa ke rumah itu.
Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat yang sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Gempa Sederhana Landa Sumatra Utara.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berlaku pada 6.02 pagi Sabtu dengan kekuatan 5.2 pada skala Richter, di Sumatra Utara, Indonesia.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, lokasi gempa sederhana itu ialah di kira-kira 102km ke tenggara Banda Aceh, Indonesia, dan kira-kira 555km ke barat laut Kampar, Perak.
Tidak berlaku ancaman tsunami. - BERNAMA
Dua Sami Buddha Bakar Diri Protes Pemerintahan Beijing
BEIJING: Dua sami Buddha di barat daya China membakar diri mereka pada Jumaat, insiden terbaru melibatkan etnik Tibet yang memprotes pemerintahan Beijing.
Kejadian yang melibatkan sami berumur 21 dan 22 tahun itu berlaku di Aba, wilayah Sichuan.
Bagaimanapun kumpulan hak asasi manusia yang beribu pejabat di London, Free Tibet dalam satu kenyataan tidak mengesahkan sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.
Seramai 32 penduduk etnik Tibet yang kebanyakannya sami dan biarawati dilaporkan telah membakar diri mereka sebagai memprotes pemerintahan China di kawasan Tibet sejak 2011.

Pindaan Akta Cetak - PM
Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.
"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di Kuala Lumpur Jumaat malam.
Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata langkah-langkah yang kerajaan laksanakan barang kali digemari pihak antarabangsa sehingga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada 2011 bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.
Di kalangan 178 negara yang dipantau organisasi Wartawan Tanpa Sempadan, Malaysia kini berada pada tangga 122 berbanding 141 pada 2010, naik 19 anak tangga, katanya.
"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar.
"Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita. Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," katanya.
Beliau berkata kerajaan amat menyedari keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah negara.
"Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini. Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal.
"Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut?" soal beliau.
Najib berkata dalam lipatan sejarah, ada negara yang mempunyai sumber alam yang melata dan modal insan yang produktif namun menjadi negara yang gagal.
Ada juga negara yang berjaya sebahagian daripada perjalanan tetapi kemudian mula terbantut proses pembangunannya manakala ada juga kategori yang walaupun tandus sumber alam tetapi berjaya kerana gabung jalin faktor-faktor lain yang dimiliki, katanya.
"Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.
"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya.
Beliau bekata kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti bebas yang melaksanakan peranan untuk memantau dan menegur pentadbiran kerajaan.
"Seperti yang selalu saya sebut era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan mempunyai monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir," katanya.
Kerajaan turut menyambut baik usaha para peneraju pengarang media cetak untuk menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Malaysia yang bertindak sebagai badan pengawas untuk mengukuhkan tahap profesionalisme industri berita di negara ini, katanya.
Beliau berkata di bawah persepakatan itu, para editor bersetuju untuk menyediakan satu kod etika yang memperincikan prinsip-prinsip kewartawanan untuk dijadikan prinsip panduan dalam tugas-tugas pengumpulan dan penerbitan maklumat bagi dijadikan hasil kewartawanan.
"Saya menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pengarang-pengarang itu untuk menghasilkan kod etika yang boleh digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya.
"Kerajaan tidak akan campur tangan dan terpulanglah kepada industri untuk mengawal selia diri mereka berkaitan dengan profesionalisme kewartawanan ini. Kerajaan akan menerima apa juga cadangan yang dikemukakan dengan hati dan fikiran yang terbuka," katanya.
Najib berkata beliau setuju dengan pandangan rakan-rakan wartawan bahawa peraturan-peraturan sedia ada berhubung media tidak boleh kekal statik.
"Peraturan-peraturan itu bukannya dibancuh dalam acuan simen yang tidak boleh dipecahkan. Kita sekarang berada pada era digital yang memberikan kita semua akses kepada maklumat tanpa batas.
"Dasar kerajaan sendiri adalah untuk mewujudkan negara tanpa wayar sepenuhnya kerana kita tidak mahu warga Malaysia menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.
"Komitmen saya adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berfikiran global dengan akarnya kukuh pada peringkat lokal atau glokal," katanya.- Bernama
BARANGKALI INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH DR M - PRU 13 SUSAH DIRAMAL!!!
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agak sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".
Fotografi ini sudah cukup untuk mengiakan apa yang di nyatakan oleh Dr M. Sekitar ceramah pembakang di Padang Perdana Kota Bharu pada 30/03/ 2012. Apakah tindakan susulan yang dilakukan oleh UMNO /BN Kelantan?

Apakah UMNO/BN Kelantan masih lagi dibuai mimpi indah dengan menganggap ini bukan cabaran bagi menukar Kerajaan Pas kepada BN?
Fikir-fikirkanlah!!!
BIAR BETUL!!! GALI BALIK KUBUR.
Sekumpulan masyarakat Orang Asli Seletar Johor mendesak kerajaan negeri supaya mewartakan sebidang tanah yang dijadikan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Batu dekat Johor Bahru, sebagai kawasan rizab Orang Asli.
Jurucakap Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor, Eddy Salim mendakwa sebahagian tanah perkuburan itu yang diratakan dengan jentolak – untuk pembangunan Wilayah Iskandar – menimbulkan kemarahan masyarakat.
Katanya, tanah itu menjadi tempat pengebumian dari lima lagi perkampungan Orang Asli sekitar, termasuk Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sungai Tiram.
"Kami mahu ia diwartakan sebagai tanah perkuburan, termasuk tanah adat Orang Asli. Kalau tidak diwartakan, (tulang mayat) nak tanam kat mana?” tegasnya yang ditemui di kawasan perkuburan itu.
Apatah lagi, Eddy menegaskan berdasarkan adat dan amalan, masyarakat mereka yang juga dikenali sebagai Orang Asli Laut tidak pernah membongkar kembali kubur untuk dipindahkan.
"Tidak pernah dalam sejarah kami, tanam, kemudian gali balik. Saya pun tak berani (nak bongkar). Tulang-tulang tu nak letak mana?" tegas Eddy lagi sambil menambah, beliau difahamkan kawasan itu bakal dimajukan sebagai kawasan peranginan.
Eddy juga mendakwa tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kawasan itu diratakan.
Disember lalu, kira-kira 500 Orang Asli Seletar mengadakan bantahan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar selepas tanah mereka didakwa diserahkan kepada pemaju untuk pelan pembangunan Iskandar. - MK

BIAR BETUL!!! BUAT MALU KAUM GURU - MAIN2 BALING SELIPAR??
PETALING JAYA – Guru Bahasa Inggeris yang tidak sengaja membaling selipar ke muka anak muridnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa akan datang.
Guru berkenaan Nur Adha Mat Ali, 30, berkata, apa yang berlaku benar-benar di luar kawalan dan dia sendiri menyesal di atas apa yang berlaku.
“Saya minta maaf kepada murid saya iaitu Sritharan di atas apa yang berlaku begitu juga dengan ibu dan bapanya,” katanya pada sesi pertemuan dari hati ke hati antara pihak Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD 1) dan keluarga mangsa, semalam.
Dalam kejadian pada waktu persekolahan petang Isnin lalu, murid tahun satu terbabit M. Sritharan dibaling selipar oleh gurunya hingga menyebabkan dia mengalami cedera ringan pada bahagian mata kiri.
Sementara itu bapa mangsa A. Murugan, 46, ketika ditemui berpuas hati dan memaafkan guru itu di atas apa yang berlaku.
“Saya menerima maaf cikgu Nur Adha dan saya berharap selepas ini anak saya dapat meneruskan pembelajaran selepas mendapat tiga hari cuti sakit oleh pihak hospital,” katanya.
Murugan berkata, dia juga akan menarik semula laporan polis yang telah dibuat mengenai insiden tersebut sebelum ini.
Pertemuan yang dipengerusikan oleh Setiausaha PKR Cabang Subang G. Manivanan itu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan antara satu sama lain.
Mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku, Yang Dipertua PIBG SKDD 1 Zakir Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan supaya ibu bapa yang mempunyai sebarang kemuskilan atau masalah membabitkan anak mereka di sekolah boleh melaporkan kepada pihak PIBG untuk diselesaikan.
“Jangan buat aduan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana kerana dalam kes ini apa yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik,” katanya. -SH
Komen pT
Tahniah pada guru dan ibu bapa kerana saling bermaafan dan menerima kemaafan. Sememangnya kerjaya guru pada masa kini amat mencabar bukan dari segi murid sahaja, malah persekitaran kehidupan yang banyak memberikan impak dalam emosi kehidupan. Walaupun latihan diberi waimah 3-5 tahun sekalipun, apabila tekanan dalam diri sampai ke kemuncak, apa saja boleh terjadi. Tahniah sekali lagi atas permaafan dan permuafakatan diantara mereka.
Friday, 30 March 2012
NFCorp dakwa 3 pemimpin PKR!!!
SHAH ALAM – National Feedlot Corporation (NFCorp) membuat satu laporan polis terhadap tiga pemimpin tertinggi PKR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin hari ini mendakwa mereka membocorkan rahsia dokumen bank syarikat itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, NFCorp mendakwa Rafizi melakukan kesalahan serius melanggar Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) apabila mengedarkan dokumen akaun bank yang sepatutnya rahsia kepada media pada 7 Mac lalu.
“Pada sidang media tersebut, bukan sahaja maklumat dan dokumen akaun bank NFCorp didedahkan tetapi juga akaun bank milik syarikat lain selain akaun individu pengarah juga diedarkan.
“Jika disabit bersalah mengikut Jadual Empat, Seksyen 103 BAFIA kerana melanggar Seksyen 97(1) dan (3) adalah penjara tiga tahun dan denda RM3 juta,” kata NFCorp dalam kenyataan itu.
Kata NFCorp lagi, pihak bank yang membocorkan rahsia ini patut disiasat kerana terlibat sekali melanggar BAFIA kerana mengeluarkan maklumat sulit pelanggan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.
Tambah NFCorp, maklumat yang diedarkan itu adalah cetakan dalaman bank untuk penilaian kredit dan baki bank, bukannya penyata biasa yang dihantar kepada pelanggan atau maklumat yang boleh di muat turun dari internet.
“Adalah mudah bagi Bank Negara dan bank terbabit menjejaki dalang yang membocorkan maklumat itu berdasarkan kepada tarikh dan masa cetakkan itu dibuat.
“Bagaimanapun nama pegawai yang tercatat di dokumen itu telah sengaja dipadamkan,” kata mereka.(CIDB) Melaka bersama 10 badan dan agensi penguatkuasaan negeri, di sini. - SH
BIAR BETUL !!!! BEKAS UMNO JUMPA HJ HADI.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.
Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.
“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.
“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .
Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.
Komen pT
Orang Melayu masih sayang pada Umno kerana ia parti politik Melayu Islam yang berkuasa sejak merdeka hingga sekarang. Tetapi mereka membenci budaya Umno yang rakus mengejar dan memperagakan kekayaan kebendaan yang melampau serta salahguna kuasa dan mengamal rasuah. Fikir-fikirkanlah!!!
TANDAS LRT MELETUP !!! POLIS : BUKAN KERJA PAKAR
Individu yang meletakkan mercun pada penutup mangkuk tandas di Stesen LRT Sri Rampai pada Rabu lepas yang mengakibatkan seorang lelaki cedera, bukannya pakar membuat bom, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota-anggota forensik polis mengenal pasti bahan api yang digunakan hanyalah sejenis mercun.
"Ia bukan dilakukan oleh mereka yang pakar membuat bahan api...ia hanyalah sejenis mercun, bukan bom kerana tiada sumbu, bateri atau mempunyai jangka masa untuk diletupkan.
"Kita telah mendapatkan rakaman CCTV yang merakam suspek yang masuk ke dalam tandas itu sebelum mangsa. Kita akan teliti untuk mengesannya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Ku berkata perbuatan individu itu juga tidak menyasarkan pihak tertentu.
"Mungkin suspek telah menyalakan mercun berkenaan terlebih dahulu di belakang penutup tandas itu sebelum keluar," katanya.
Dalam kejadian 1.15 petang itu, Muhammad Sakereen Basri, 22, cedera di bahagian belakang dan paha kirinya apabila penutup mangkuk tandas, yang sedang digunakannya, meletup dan pecah dipercayai akibat mercun.
- Bernama

DEMO LAGI !!!! PR bantah penyenaraian Felda.
Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.
Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.
Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".
Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.
Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.
"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.
"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.
Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH. -MK

BIAR BETUL!!! Khaled Nordin Hina Kami - SISWA
Kumpulan mahasiswa menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menolak tuntunan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai menghina keintelektualan mahasiswa dan ahli akademik.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang berkata, walaupun peruntukan pinjaman itu bernilai berbilion ringgit ia masih realistik untuk dimansuhkan.
"Itu bukannya suatu benda yang tidak boleh dibuat... RM6.1 bilion, (berbanding) dengan ketirisan puluhan bilion. Takkan kerajaan tidak boleh selesaikan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Khaled sebelum itu menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa sebagai tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Sementara itu, Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah (KARISMA) Mohamad Hafizudin Abdul Mukti berkata kenyataan Khaled amat mengecewakan serta kerajaan sepatutnya menanggung beban rakyat ia merupakan tanggungjawab.
"Jika kerajaan yang memerintah hari ini tak sanggup untuk menanggung beban dan masalah rakyat, maka elok sahaja rakyat memilih parti lain yang mampu memberikan pendidikan percuma dan mampu memansuhkan PTPTN demi kesejahteraan rakyat," katanya
Sementara itu, Mandeep Singh yang kini menggerakkan "Kelab Mangsa PTPTN" dalam PSM berkata, kerajaan patut membebaskan kira-kira 130,000 peminjam tabung berkenaan daripada disenaraihitamkan.
Ini kerana, tindakan itu menyukarkan peminjam untuk pergi keluar negara seperti yang dihadapinya pada Julai tahun lalu - sehingga beliau bertindak menyaman PTPTN di mahkamah.
Beliau turut mendesak Pakatan Rakyat berbuat demikian jika memerintah kelak.

BETUL KE??? ISNIN INI AKAN BUKTIKAN - HASAN ALI
ULASAN Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru?”
Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas.
Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.
Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.
Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.
Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.
Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.
Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.
Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.
Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.

Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.
Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)
"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka". - MK

DEMO3!!!!! DAH TAKDE KERJA LAIN BUDAK2 U NIE???
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.
Komen pT
Tak tahu nak kata apa..budak2 u sekarang dah terlebih pandai dalam segala hal...fikir-fikrlah!!!
BANJIR OH BANJIR!! Banjir teruk di Klang, Memang dah Agak Pusat disalahKan.
Pakatan Rakyat hari ini berkata pihak berkuasa persekutuan perlu menyelesaikan masalah banjir ekoran keadaan teruk di Klang selepas hujan lebat bermula sekitar tengah malam tadi.
"Klang teruk dilanda banjir pagi ini. Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat persekutuan mesti melakukan sesuatu kerana semua peruntukan bersama mereka.
Harian berbahasa Cina pagi ini melaporkan hujan lebat bermula tengah malam tadi menyebabkan banjir yang dianggap paling serius dalam sejaran Klang.
Menurut laporan itu, sebahagian kawasan rendah ditenggelami air setinggi 4 meter, menenggelamkan kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas besar-besaran. - MK
BETUL SANGAT!!! Dollah Kok Lanas : Kesian Shahrizat
Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berpandangan bahawa menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.
Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdullah berkata tindakan itu merupakan langkah yang ideal.
Senator itu boleh kembali semula ke pentas politik "hanya apabila kes itu berakhir" dan Shahrizat terbukti tidak terlibat dalam projek National Feedlot Centre (NFC), katanya.
Abdullah, yang simpati dengan nasib yang melanda Shahrizat itu, bimbang sekiranya projek skandal berkenaan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang
"Kalau saya jadi Shahrizat, saya berhenti kedua-duanya (Ketua Wanita Umno dan juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga).
"Perkara ini sudah jadi ejekan. Orang mengejek (dan) ia akan menjengkelkan anda. Sedikit sebanyak, anda perlukan semua kerusi," katanya.
Shahrizat sebelum ini mengumumkan untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senatornya tamat pada 8 April.
Abdullah juga berkata, buat masa ini Shahrizat tidak perlu tampil untuk memberi kenyataan. Sebaliknya bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu perlu menyusun gerakan untuk kembali ke arena politik.
"Tak payah bersorak, susun saja. Bila kes habis, balik. Bukan? Dia jangan berkokok. Kalau dia berkokok, orang kata ha... Macam-macam orang cakap," kata Abdullah.
Abdullah menyifatkan isu tersebut sebagai sesuatu yang malang buat Shahrizat – seorang pemimpin yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan berkebolehan.
Malah, beliau juga merupakan salah seorang yang menyokong Shahrizat untuk dilantik ke jawatan tersebut, kata Abdullah, yang dianggap berpengaruh di kalangan elit politik BN.
Abdullah, yang dilihat sebagai individu yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Razak Hussein itu juga yakin bahawa jentera Wanita Umno tidak akan memboikot kempen pilihan raya akan datang sekiranya Shahrizat terpaksa berbuat demikian.
Katanya, isu NFC sudahpun menjadi percakapan ramai, apatah lagi apabila pemimpin PKR mungkin masih mempunyai dakwaan baru untuk didedahkan berhubung isu tersebut.
"Puak-puak PKR ini dia tidak cakap semua. Dalam politik, anda tahu rahsia orang buruk itu jangan (dedahkan) semua. Ada 20 peluru jangan tembak semua dulu. Tembak satu, dua.
"Orang Melayu cepat lupa. Dia lupa daratan, kacang kulit. Bila (dapat duit) RM20 (akan lupa)," katanya lagi yang dikenali dengan nama jolokan Dollah Kok Lanas, sempena nama kawasan parlimen yang pernah diwakilinya di Kelantan.
Ditanya lanjut, Abdullah berkata beliau juga tidak melihat bahawa Najib enggan menerima kenyataan berhubung kesan isu tersebut apabila presiden Umno itu tetap menyatakan sokongan ke atas Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.
"Mungkin PM yakin bahawa (BN) akan menang walaupun dengan isu fidlot ini. Tapi, ia akan menentukan sama ada dia akan menang dengan majoriti 20 kerusi, 30 atau 40," katanya.
Najib sebelum ini memberi alasan, tiada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita kerana bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu dipilih ke jawatan tersebut oleh para perwakilan pergerakan tersebut.
Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno berhimpun bersama perdana menteri di Kuala Lumpur, Jumaat lalu, untuk menyatakan sokongan terbuka ke atas Shahrizat.
Dalam sidang media di perhimpunan itu, Najib berkata Shahrizat tidak harus dikorbankan atas kesalahan yang tidak dilakukannya, sebelum terbukti di mahkamah.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin Wanita termasuk naib ketuanya Datuk Kamilia Ibrahim sebelum ini telahpun menyuarakan gesaan supaya Shahrizat berundur daripada mengetuai pergerakan itu. - MK

HEBAT!!! Blogger Sahabat-Gunung - Kholid Ada Sebab Tak Buka Kasut - Blogger BN jangan Kurang Ajar!!!
pT tertarik dengan isi dan cara lawak simple blogger Sahabat -Gunung didalam blognya. Sama-sama kita kongsi apa yang disampaikan oleh beliau. nok suko weh!!
Sebagai anak Selangor, aku ada sebab untuk mempertahankan Menteri Besar aku, siapa lagi kalau bukan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Siapa lagi kalau bukan Anak Selangor untuk mempertahankan MB, jangan nak harap Azmin Ali untuk mempertahankan Khalid sebab dia pun dalam masa yang sama sedang pasang perangkap untuk menjahanamkan Khalid. Dia pun nak jadi MB beb …
Berbalik pada citer Khalid Ibrahim nie …. Sejak 2-3 hari nie, sibuk sangat blogger-blogger BN termasuk Sahabat-Gunung sendiri menyiarkan gambar Khalid Ibrahim memakai kasut di dalam rumah orang…
Eerrrmmmm, bro, jangan hentam sangat.
Korang kena faham, kaki MB busuk…. Busuk sangat bau sampah. Kalau dia bukak kasut tu, menyemaraklah bau busuk sampah tu…
Dia kan MB Sampah. Mahunya pengsan tuan rumah tu nanti....masalah lain plak yang timbul.
hehehehe .... Blogger-blogger BN, jangan marah yea....
PENANG HEBAT!!! HUSSEIN LU TUNGGU SAMAN WA - GUANG ENG
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.
Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.
Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.
“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.
“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.
Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.
Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.
Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.- SH
MANUSIA KE SETAN??? MAYAT BAYI DALAM BEG
Beg berisi mayat bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui oleh seorang pemungut sampah kira-kira jam 5.50 petang.
Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangkakan beg tersebut mengandungi barang berharga, terkejut apabila melihat jasad bayi yang telah kaku dalam satu beg plastik berwarna oren bercampur hitam, yang diletakkan dalam beg pakaian berwarna merah dan kuning.
Penemuan menyayat hati itu kemudian diberitahu kepada rakannya yang bekerja di tapak pembuangan sampah itu sebelum dimaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi berkenaan cukup sifat dan berkulit cerah.
“Siasatan lanjut di tapak pembuangan sampah mendapati, mayat bayi dipercayai dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut pada jam 3 petang,” katanya.
Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pagi semalam, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, Abdullah Sani meminta pihak hospital atau klinik swasta yang merawat pesakit mencurigakan seperti mempunyai tanda baru melahirkan anak, supaya menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kemaman,
Asisten Superintendan (ASP) Jamil Mohd Sahad, menerusi talian 014-8007222 bagi membantu siasatan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran dan pembuangan bayi ini juga diminta tampil memberi kerjasama kepada polis.- SH
NFC: NOH NAFI!!!
KOTA BHARU - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan bahawa tindakan memberi tender baru bagi menguruskan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bertujuan mahu menutup kelemahan kerajaan mengadakan projek lembu daging itu.
Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu bertujuan meneruskan matlamat penubuhan syarikat berkenaan yang memainkan peranan penting menghasilkan sumber bekalan daging lembu negara.
“Secara dasarnya ini tuduhan tidak betul, NFC ditubuhkan kerajaan untuk kita menambah hasil pengeluaran daging lembu, sebab terlalu banyak daging lembu yang kita import dari luar bagi memenuhi permintaan negara.
“Sebenarnya bukan sahaja lembu, kita juga buat untuk kambing, sayur-sayuran dan banyak juga projek-projek yang kita buat untuk menentukan dasar agro makanan negara berjaya,” katanya kepada media pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi bulan Mac 2012 di Auditorium Kebudayaan dan Kesenian Negara di sini, hari ini.
Noh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang membantah keras tindakan kerajaan yang ingin menjemput bidaan baru dengan memilih kontraktor untuk mengambil alih operasi NFC.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya semalam berkata, tindakan mempelawa bidaan baru bertujuan untuk menutup isu itu secepat mungkin tanpa mengambil kira langkah sebelum ini, termasuk pembekuan aset dan pelantikan audit bebas.
Noh berkata, NFC adalah projek kerajaan dan ia tidak boleh terbantut.
Bagaimanapun sebarang penjelasan lebih terperinci mengenainya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diumumkan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Noh ketika diminta mengulas mengenai dasar subsidi padi yang didakwa mempunyai had tertentu, menolak dakwaan tersebut dan akan menjalankan siasat berhubung perkara itu.
“Bagi setiap tan padi yang dihasilkan, sebanyak RM248.10 subsidi diperuntukkan tanpa ada sebarang had tertentu,” katanya.
Menurutnya, apa yang berlaku di Kelantan tentang isu had berkenaan akan disiasat termasuk merujuk kepada Bernas.
“Bagaimana boleh ada had di Kelantan sedangkan kita menjanjikan bonus kepada petani yang berjaya menghasilkan 10 tan padi, sebagai galakan kepada mereka,” katanya.-SH

TERKINI!!! Gempa bumi TAK KUAT singgah Mersing.
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.
Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. - Bernama
MEMANG BETUL!!! Rasuah: MALAYSIA antara terbaik dakwa ahli politik.
Malaysia antara negara yang paling banyak mengambil tindakan terhadap ahli politik dalam isu rasuah berbanding Singapura dan Hong Kong, kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull.
"Sejarah menunjukkan kita antara yang terbaik mendakwa ahli politik dalam rasuah.
"Undang-undang tak ikut sesiapa, tak lihat siapa dia, hakim atau ahli politik. Rasuah jenayah individu dan bukan lihat pada politik dia," katanya pada wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau realiti" di Shah Alam hari ini.
Mohd Shukri yang berkhidmat 27 tahun bersama suruhanjaya itu berkata, sejak 1960-an sehingga kini, sudah ramai ahli politik yang telah diambil tindakan oleh SPRM.
Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media.
"Ibarat kita nak masuk hutan memburu burung, lembu, gajah, tetapi pada masa yang sama kita bawa gendang. Belum sempat berburu, semua binatang dah lari," katanya sambil disahut gelak ketawa oleh hadirin.
Sementara itu, ketika ditanya oleh hadirin mengenai penggunaan kenderaan milik kerajaan semasa pilihan raya diadakan, Mohd Shukri berkata sehingga kini tiada garis panduan khusus mengenai perkara itu.
"Bila parlimen bubar sepatutnya perlu ada satu kerajaan sementara ditubuhkan untuk mengambil alih negara. Mengenai penggunaan kenderaan itu, saya rasa bukan hanya digunakan pada satu parti sahaja kerana ia termasuk kenderaan kerajaan negeri.
"Sekarang garis panduan lengkap tiada tetapi kita boleh usulkan pada kerajaan supaya adakan panduan yang tegas berhubung penggunaan kenderaan kerajaan," katanya.MK

Thursday, 29 March 2012
PANAS BERASAP!!! Kebakaran di Suria KLCC, 5000 dipindahkan.
Panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pada jam 5.28 petang, kata Timbalan Pengarah Operasinya, Azizan Ismail.
Bagaimanapun, apabila empat jentera bomba dengan 30 anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, api di restoran Chinoz on the Park di sebelah Taman telahpun dipadamkan.
Azizan memberitahu pemberita bahawa kebakaran itu dipadamkan oleh unit tindakan kecemasan KLCC.
"Kira-kira 5,000 orang dipindahkan dalam masa 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada sebarang laporan kecederaan.
Bagaimanapun, Malaysiakiniternampak seorang wanita, yang kelihatan dalam keadaan sedar, dibawa ke dalam sebuah ambulans.
Orang ramai yang dikeluarkan ke kawasan sekitar pancutan air di taman sebelah Suria KLCC, bersorak apabila pusat membeli-belah itu dibuka semula pada jam 6.38 petang. Pekerja di pejabat di Menara Berkembar KLCC tidak dipindahkan.
Restoran Chinoz ditutup oleh jabatan bomba untuk siasatan lanjut. Pusat membeli-belah Isetan masih ditutup pada jam 7.30, manakala kedai-kedai lain telah dibuka semula.
Penerbit buku Amir Muhammad, yang berada di tempat kejadian, memberitahu Malaysiakinisebelumnya bahawa beliau terbau asap semasa berada di tingkat atas pusat membeli-belah itu.
BARU BETULl!!! Laporan polis bantah jual tapak masjid, sekolah.
Sekretariat Suara Keamanan Malaysia (SSKM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pihak swasta.
Pengerusinya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata SSKM mahu polis menyiasat tindakan kerajaan negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Timur Laut di sini, Muhamad Mukhlis juga menggesa polis mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini melibatkan isu agama dan perihal sosial masyarakat.
Beliau juga berharap agar bantahan yang dilakukan oleh SSKM ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia tiada kaitan dengan politik sebaliknya perihal isu masyarakat.
Isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah kepada pihak swasta di Bayan Mutiara yang bernilai RM1.07 bilion, dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Ir. Shaik Hussein Mydin.
Dalam pelan asal projek di Bayan Mutiara yang terletak di atas tanah seluas 41.5 hektar itu, ia melibatkan pembinaan sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti dan pusat beli belah dengan nilai pembangunan kasar RM10 bilion.- Bernama

BIAR BETUL!!! SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak didakwa?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.
"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.
"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.
"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.
Mohd Shukri juga berkata, kes rasuah berbeza dengan jenayah lain kerana ia melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'.
"Mereka tak kan bercakap. Siapa yang nak datang bercakap bila kita tanya? Kita tak ada kuasa untuk dakwa orang," katanya.sh
BIAR BETUL!!! Rakyat Malayisa tanam Pokok ganja di Melbourne??
Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta.
Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.
Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen.
Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial.
Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama.
Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan.
Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri.
Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa.
Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas.- Bernama

PENANG HEBAT!!! Kasino Mini Rimba, 63 termasuk 17 wanita ditahan.
Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di George Town, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi tumpuan kaki judi setiap malam.
Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram.
Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan telah dilakukan sejak tiga hari lepas.
Sehubungan itu kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita.
Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, DSP Tan Tin Heng berkata premis tersebut turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta.
Beliau berkata, ketika dalam serbuan yang berakhir awal pagi tadi, kesemua yang ditahan itu yang berumur lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Katanya pihaknya juga terpaksa berdepan dengan ancaman tonto malah kawasan itu dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap persimpangan masuk.
"Kita berjaya merampas wang tunai sebanyak RM45,000 dan pelbagai cip yang bernilai RM65,000 dalam serbuan berkenaan.
"Setiap pertaruhan boleh mencecahi RM250,000 malah ada antara mereka yang sanggup mengadaikan barang yang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut.
Tan berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Kami yakin ini merupakan serbuan judi yang terbesar di negeri ini setakat ini malah pihak kami akan menjalankan lebih banyak operasi bagi membanteras kegiatan ini," katanya.
- Bernama
HEBAT BETUL!!! - Remaja reka cerita diculik boleh didakwa.
SHAH ALAM - Remaja yang mereka cerita diculik dan dilarikan ke Thailand, selain terlibat dalam aktiviti meminta sedekah, boleh dikenakan tindakan mengikut jenayah komersial sekiranya ada bukti kukuh untuk mendakwanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, bagaimanapun orang awam yang pernah menjadi mangsa penipuan perlu tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan.
"Jika dia mendakwa mewakili sesuatu organisasi dan siasatan mendapati ia palsu, dia boleh disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Syaratnya, mangsa perlu membuat laporan polis kerana tindakan remaja itu memperdayakan seseorang supaya memberi sesuatu sebagai sumbangan," katanya ketika ditemui di Bangunan Umno di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan polis terhadap remaja terbabit, berusia 14 tahun, yang didapati terlibat dalam kegiatan meminta sedekah bersama lima remaja Myanmar, berusia antara 14 dan 17 tahun.
Sebelum itu, ibunya membuat laporan polis mengatakan dia hilang selepas menghantarnya di sebuah hentian bas di Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu.
Remaja perempuan dan lima lelaki warga Myanmar tersebut kemudiannya diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac, setelah mendakwa diculik.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati remaja tersebut sengaja mereka cerita bahawa dia diculik.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Kuala Selangor kerana menipu sebagai wakil untuk mengutip derma bagi pembinaan sebuah masjid di Thailand, baru-baru ini.
"Lelaki itu membawa surat sebagai bukti dan setelah disemak, surat tersebut adalah palsu. Tangkapan ini merupakan kes kedua direkodkan tahun ini," katanya.SH
Subscribe to:
Posts (Atom)
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2012
(1542)
-
▼
March
(69)
- Letupan di Haadyai: 11 rakyat Malaysia cedera
- Pekeliling Baru Gaji SSM 2012
- HATI2 DENGAN ANWAR, BENCANA AKAN MENYUSUL - IBRAHI...
- PTPTN: Khaled Nordin CABAR- Buat apa demo, Undi je...
- BIAR BETUL!!! 36 DUN Selangor milik BN - NOH
- PONTENG, KHALWAT AKHIRNYA DITANGKAP!!!
- Gempa Sederhana Landa Sumatra Utara.
- Dua Sami Buddha Bakar Diri Protes Pemerintahan Bei...
- Pindaan Akta Cetak - PM
- BARANGKALI INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH DR M - PRU...
- BIAR BETUL!!! GALI BALIK KUBUR.
- BIAR BETUL!!! BUAT MALU KAUM GURU - MAIN2 BALING S...
- NFCorp dakwa 3 pemimpin PKR!!!
- BIAR BETUL !!!! BEKAS UMNO JUMPA HJ HADI.
- TANDAS LRT MELETUP !!! POLIS : BUKAN KERJA PAKAR
- DEMO LAGI !!!! PR bantah penyenaraian Felda.
- BIAR BETUL!!! Khaled Nordin Hina Kami - SISWA
- BETUL KE??? ISNIN INI AKAN BUKTIKAN - HASAN ALI
- DEMO3!!!!! DAH TAKDE KERJA LAIN BUDAK2 U NIE???
- BANJIR OH BANJIR!! Banjir teruk di Klang, Memang ...
- BETUL SANGAT!!! Dollah Kok Lanas : Kesian Shahrizat
- HEBAT!!! Blogger Sahabat-Gunung - Kholid Ada Sebab...
- PENANG HEBAT!!! HUSSEIN LU TUNGGU SAMAN WA - GUANG...
- MANUSIA KE SETAN??? MAYAT BAYI DALAM BEG
- NFC: NOH NAFI!!!
- TERKINI!!! Gempa bumi TAK KUAT singgah Mersing.
- MEMANG BETUL!!! Rasuah: MALAYSIA antara terbaik da...
- PANAS BERASAP!!! Kebakaran di Suria KLCC, 5000 dip...
- BARU BETULl!!! Laporan polis bantah jual tapak mas...
- BIAR BETUL!!! SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak d...
- BIAR BETUL!!! Rakyat Malayisa tanam Pokok ganja di...
- PENANG HEBAT!!! Kasino Mini Rimba, 63 termasuk 17 ...
- HEBAT BETUL!!! - Remaja reka cerita diculik boleh ...
- PETIKAN KERAMAT!!! KERJASAMA DENGAN KAFIR - APA K...
- BIAR BETUL!!! KM cabar PR- ADUN diperiksa polis??
- BIAR BETUL!! Tuntutan Dong Zong BIADAP?? - Ridhuan...
- wo0OO!!! APA ADA DENGAN BANGSA?? - NIK AZIZ
- BARU BETUL!!! LYNAS mesti dapat kebenaran hantar b...
- BIAR BETUL!!! : Orang Asli mengadu kubur jadi lapa...
- TS KHOLID : KOS UBAHSUAI PEJABAT HASAN ALI TERTING...
- KU LI : Ambo selesa dalam UMNO!!!!
- PRU13 : Laporan akhir PSC esok.
- BETUL KE ?? KERAJAAN AKUI PROJEK NFC GAGAL!!!
- BIAR BETUL?? SU Agung Umno minta saya keluar part...
- BIAR BETUL!!!! PENGUNDI INDIA PENENTU KEMENANGAN ...
- PANAS BETUL!!! Penunjuk perasaan Tibet bakar diri.
- PRU13!!! Jun atau September???
- PANAS!!! Siapa Adun BN Kena Tangkap Dengan GRO???
- MENTERI AMARAN!!! Ahli politik diminta lapor kepa...
- 2 IN 1 !!! AzMiN TiBAi Hasan ALi uNtuK HaNCuRkaN ...
- CeLAkA!!!! Setelah 46 Tahun Baru DAP Mahu Bela Mel...
- INGAT HASAN ALI!!!! JANGAN GHAIRAH BURUKKAN PAS- A...
- MUKTAMAD!! Bukan Islam tidak boleh jadi No 2 Pas-...
- BIAR BETUL!!! HUKUM KARMA - JAWATAN KETUA WANITA U...
- PENAT!!! Hutang Negara Kini Hampir RM 600 Bilion?...
- BIAR BETUL!! PINGGIRKAN GURU UMNO KINI SEMAKIN HAN...
- GEMPAR!!! BIAR BETUL VIDEO KE 2 ANWAR AKAN KELUAR...
- SKANDAL LEMBU!!! SEDIKIT INFO DARI KAK IJAT????
- BERASAP!!!! TIKAM BELAKANG DAN DEPAN BERMULA DIKEL...
- "APA BERUNDUR ? SHAHRIZAT SUDAH TAMAT TEMPOH SENA...
- Kenapa Shahrizat letak jawatan? Sedangkan Nazri ka...
- PANAS!!!!!! PAS LAWAN PAS...DAP DAN PKR TEPUK TANG...
- APA HAL PULAK TETIBA NIK AZIZ NAK JADI ARTIS???
- TERKINI!!!!! RANTAU PANJANG PENUH DENGAN SAMPAH..A...
- BIAR BETUL!!!!! Tinjauan Merdeka Centre Terhadap ...
- Keputusan Banci Umno Julai 2011 -Pemimpin UMNO ha...
- DEMI POLITIK APA-APA PUN BOLEH JADI TERMASUK PEMIM...
- Harun Taib Mahu Hadi Jadi PM bukannya Anwar Ibrahi...
- KERAJAAN ADIL KEPADA SEMUA ANGGOTA TENTERA - PM
-
▼
March
(69)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)