Saturday, 7 December 2013

Pencuri Tabung Masjid Dipukul Jemaah Sampai Mati - Puteri

Puteri UMNO Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul kerana disyaki mahu mencuri tabung masjid ..

Seorang perwakilan Puteri Umno kecewa dengan laporan mengenai seorang belia yang dibelasah sehingga mati di sebuah masjid di ibunegara tiga hari lalu kerana disyaki mahu mencuri tabung masjid, kerana ia memberi persepsi buruk terhadap Islam.

Sambil mengecam perbuatan tersebut, wakil dari Perak itu, Farina Mohd Bali berkata tindakan itu tidak berperikemanusiaan dan bukanlah didikan agama Islam. Sekaligus, katanya, ia menjadi satu isu yang memenuhi dada akhbar dan laman sosial facebook serta telah memberi persepsi buruk terhadap Islam.

“Hari ni di dada-dada akhbar kita baca seorang pemuda dipukul sampai mati kerana cuba mencuri derma masjid. belum lagi mencuri, belum ambil sesen pun.

“Dia hanya mangsa kehilangan ibu dan tiada keluarga lain, inikah yang Islam sarankan? ada kita cek adik ni terdesak sehingga begitu sekali? tertekan hidup bandar,” katanya.

Berucap dalam perbahasan di perhimpunan agung Umno semalam, Farina memaklumkan juga kata-kata terakhir dalam whatsapp peribadi belia berusia 20 tahun itu.

"Bagi aku hidup dah tak benar, nyawa pun tak ada harga," petikan Whatsapp belia tersebut. Sementara itu, dalam laporan Mymetro remaja lelaki terbabit maut didakwa akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di masjid tersebut.

Menurut laman itu juga, dalam kejadian berlaku jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, tetapi gagal.

Laporan itu mendakwa, hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa dikatakan mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dikatakan dipukul sehingga setengah mati.

Berdasarkan laporan polis yang dipaparkan dalam laman tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian.

Laporan tersebut turut mengatakan, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

"Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul,” petikan laporan laman itu. - Sumber

Friday, 6 December 2013

Laporan Banjir!!! Berita Harian Ingat Rakyat Bodoh???

Laporan Banjir -Berita Harian telah dikesan menipu rakyat seluruh negara apabila dikesan mengubah tarikh lawatan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok dengan Menteri Belia dan Sukan ketika itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bertarikh 28/12/2012 kepada 28/11/2013.

Ada tiga perkara yang BH menipu dalam isu ini .. pertama tarikh .. kedua Ahmad Shabery Cheek ketika ini ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia bukannya Menteri Belia dan Sukan dan ketiga pada 28/11/2013 kawasan Kemaman, Terengganu yang dilawati belum lagi di landa banjir besar.

Mengapa perlu BH menipu rakyat secara terang-terang sedangkan rakyat yang berfikiran waras tidak pernah lupa. Ini di namakan bodek mengampu membawa rebah. ..

Peliknya ada pula dok jaja cerita tentang lawatan TSM kesana sebagai berita menunjukkan pemimpin turun padang dan berjiwa rakyat konon. -Sumber

PT
Malang sungguh rakyat Malaysia yang mempunyai akhbar BH yang hebat tetapi  sanggup menipu rakyat sendiri demi menjaga pemimpin kesayangan mereka. Kalau nak bodek dan ampu sekalipun janganlah melibatkan rakyat!!!!

Rasuah!!! Luput Ibadat Solat & Doa - Siapakah Terlibat???

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam mengenai bahaya rasuah kerana antara kesan buruk perbuatan itu adalah terluputnya ibadah solat dan doa akibat menggunakan sumber yang haram.

Menurut Jakim, sekiranya rasuah tidak segera dibanteras nescaya umat Islam akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan akibat kemurkaan Allah.

“Bayangkan, alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini, ibadah dan doa menjadi sia-sia. Justeru, ia menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah.

“Rasuah hanya dilakukan oleh mereka yang tidak yakin dengan pengawasan Allah serta pembalasan-Nya di hari akhirat. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, tipu daya, khianat dan pecah amanah maka api neraka adalah tempatnya,” katanya melalui khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk “Merakyatkan Usaha Membasmi Rasuah”.

Jakim turut menyifatkan mereka yang menolak rasuah adalah manusia hebat kerana menjamin kesinambungan keturunan beriman dan berintegriti serta meningkatkan martabat organisasi warga pengurusan.

Kata badan itu, mereka yang menjauhi rasuah dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin berani memerangi rasuah serta membuktikan amalan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah diri daripada terlibat dengan najis rasuah.

“Sabda Rasulullah SAW bermaksud setiap daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram itu maka api neraka adalah lebih utama untuknya. Mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

“Apabila sifat tamak telah bertapak di hati, bisikan untuk melakukan rasuah akan mula mempengaruhi diri. Inilah buktinya kelemahan iman seseorang yang menyebabkan mereka mudah diperkotak-katik oleh nafsu dan mengikut hasutan syaitan,” katanya.

Menurut Jakim, seseorang yang didorong oleh perasaan tamak haloba dan mementingkan diri sendiri amat cekap serta berani melanggar batasan digariskan Islam padahal perbuatan itu hanyalah memusnahkan diri sendiri, organisasi dan negara malah mengakibatkan setiap punca pendapatan yang tidak halal.

Katanya, kesalahan rasuah tidak mengira golongan atau amaun transaksi yang terlibat tetapi terletak pada perbuatan sama ada pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan rasuah tersebut.

“Ini boleh berlaku apabila seorang pekerja yang mengampu ketua dan suka bermuka-muka dengan kerjanya, sedangkan diri sendiri tiada kebolehan dan kemahiran.

“Kemahirannya ialah berlakon untuk mengaburi mata ketua dan kadangkala melibatkan penyelewengan tugas, penipuan dalam kenaikan pangkat dan ketirisan dalam penggunaan wang rakyat,” katanya.

Khutbah hari ini turut mengingatkan hadirin perjuangan menentang rasuah bukan hanya terletak di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun pihak pemerintah semata-mata bahkan ian adalah tanggungjawab bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Khatib berkata, perbuatan licik lagi jahat itu nampak seperti tidak bercanggah dengan undang-undang negara tetapi ia tetap bercanggah dengan hukum Syarak.

“Sempena sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia pada 9 Disember, inilah masanya semua pihak perlu menggembleng tenaga memerangi rasuah secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta.

“Yakinlah, semakin gigih usaha dakwah yang kita laksanakan untuk memerangi rasuah, pasti semakin jelas kesan perubahan positif yang akan berlaku. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan supaya hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan,” katanya. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive