Friday, 6 December 2013

Kenapa Gardenia Taja Malaysiakini???

“Kesalahan besar” Gardenia kerana menaja portal bebas, Malaysiakini. Mungkin hanya orang-orang Umno yang membeli dan makan roti Gardenia.

Kini Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary diminta memberi penjelasan.

Ia disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid. Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia? Oleh itu,

Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini,” kata Johari dipetik Utusan Malaysia.

Semalam Gardenia tampil sokong dana bangunan Malaysiakini. Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin berkata

“Syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul”.

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Apa yang salahnya. Akhabar Utusan  juga mendapat tajaan besar dari Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Dia menjadi pemegang saham terbesar Utusan selain Umno. - Sumber

Wednesday, 4 December 2013

Tolak Jawatan MT UMNO - Ustad Kazim Umum Depan 2000 Hadirin

Ustaz Mohammad Kazim Elias telah mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Pengumuman tersebut telah dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.

Pada Sabtu lalu, sembilan lagi ahlli Majlis Tertinggi Umno dilantik termasuk Mohammad Kazim. Ia diumumkan SU Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Sebelum ini beliau telah berjumpa PM, Datuk Najib Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah, lapor Sinar Harian.

Tuesday, 3 December 2013

Runtuh Lagi Di Terengganu. ..Apa Kata MB Ganu???

Runtuh Lagi Di Terengganu Sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (TATIuC) di Teluk Kalung, Kemaman runtuh pagi tadi.

Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu.

Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.

Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina. Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.

Katanya, bangunan berharga RM17 juta itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa. Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu.

PT
Apa komen MB Ganu dengan insiden runtuh terbaru ini???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive