Sunday, 29 July 2012

PAKATAN KEPADA SABAH @ SINGKIR MUSA AMAN - LAJIM UKIN


TERKINI: Anggota Majlis Tertinggi Umno Lajim Ukin mengumumkan petang ini peletakan semua jawatannya dalam Umno dan terserah kepada Umno untuk memutuskan keangotaannya dalam parti dan kedudukannya sebagai timbalan menteri.

Sejauh manakah Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membiarkan dirinya diugut oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dengan ancaman akan keluar Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Beliau telah mementaskan berbagai lakonan politik yang sehingga ini tidak menarik perhatian atau tidak mendapat reaksi dari Datuk Seri Najib. Sikap Najib ini menampakkan kepada umum beliau sedang mencari penyelesaian kepada krisis dalam BN Sabah menjelang pilihan raya.

Berita terakhir mengatakan Lajim dan wakil Parlimen BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing akan menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan Barisan Refomasi Sabah. Sebelumnya beliau juga telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.

Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.

Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau.

Terakhir Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah pun menggesa Lajim supaya menyatakan pendirian yang tegas berhubung dakwaannya mahu meninggalkan Umno. Dalam kata-kata lain - Lajim tamatkan drama!

PT
PM kena berani buat pilihan....

BIAR BETUL !!! PUSAT TUISYEN HINA SAHABAT NABI WAJAH BABI ???


Tangkak:Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama!Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen disini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Kadi Dearah Ledang,Sulaiman Maidin berkata,dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan yang tidak baik.

Katanya,nota tingkatan empat,bab lima,kerajaan Islam di Madinah memaparkan karikatur 16 sahabat Nabi dan paling menyedihkan,watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir. Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iatu Syaidina Uthman Affan dihina dengan karikatur dan digambar sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkhawinan umat Islam.

Gambaran dilakukan guru sejarah pusat tuisyen itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam kerana rasa terhina atas perbuatan yang dianggap melampau batas itu.
Zubir Al-Awwam antara 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga dan pengiktirafan itu menggambarkan kedudukan tinggi Zubir Al-Awwam di sisi Allah

Jadi adalah tidak wajar sahabat nabi itu digambarkan dengan karikatur haiwan haram berkenaan,”katanya ketika ditemui dipejabat agama Dearah,disini semalam.

Menurutnya,pejabat menerima aduan berbentuk nota yang diserahkan oleh seorang lelaki pada 4 julai lalu. Katanya,nota itu ditemui di tepi longkang sebuah sekolah menengah Tangkak oleh pelajar sekolah itu.

Ia kemudian diserah kepada guru agama sekolah berkenaan sebelum diserahkan kepada anggota kami.

Berikutan penemuan itu kami mambuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya,”katanya.

Selain itu katanya,kementerian dalam negeri(KDN) perlu menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas.

Katanya sebagai pusat tuisyen yang bertanggungjawab,pengurusan premis itu perlu meminta maaf secara terbuka kerana perbuatan itu menyinggung umat Islam Negara ini.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Ledang,Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. - HM

PT
Kita tunggu amaran dari Menteri KDN ??

BIAR BETUL !!! PROTON SATRIA WW1 KEMALANGAN ??

Proton Satria Neo No Plat WWW1 Milik Sultan Johor Terlibat Kemalangan Jalan Raya? Berita ini belum disahihkan dan menurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, kereta Satria Neo milik Sultan Johor yang menggunakan no plat WWW1 telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Kejadian yang dikatakan berlaku di lebuhraya PLUS berdekatan Yong Peng sekitar jam 12.30 tengah hari semalam. Sebarang berita terkini samaada Satria Neo WWW1 terlibat kemalangan atau tidak, kami akan bawakan kemaskini selepas ini.

Sumber gambar dan info dari
 Lowyat.net.




PROTON SATRIA NEO WWW1 KEMALANGAN JALAN RAYA ??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive