Showing posts with label Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Musa Aman. Show all posts

Monday, 17 September 2012

TANPA YAHYA BN SABAH TAK TERGUGAT !!!


BEAUFORT – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PartiKeadilan Rakyat (PKR).

“Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini Ahad.

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata, demikian ketika diminta mengulas perkara itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.

Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Musa berkata, kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta rakyat Beaufort menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau wakil rakyat daripada parti pembangkang…apa gunanya. Banyak tempatyang diwakili pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa sebab tiada peruntukan dantidak boleh berjumpa Perdana Menteri.

“Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri…senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah,” katanya.

Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Musa berkata, pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kiniketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan.

“Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang.

“Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor…di sana sini ada masalah termasuk masalah air.

“Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang…ini tidak betul,” katanya.

Musa turut mempersoalkan: “Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun.”

Beliau berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. – BERNAMA

Sunday, 29 July 2012

PAKATAN KEPADA SABAH @ SINGKIR MUSA AMAN - LAJIM UKIN


TERKINI: Anggota Majlis Tertinggi Umno Lajim Ukin mengumumkan petang ini peletakan semua jawatannya dalam Umno dan terserah kepada Umno untuk memutuskan keangotaannya dalam parti dan kedudukannya sebagai timbalan menteri.

Sejauh manakah Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membiarkan dirinya diugut oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dengan ancaman akan keluar Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Beliau telah mementaskan berbagai lakonan politik yang sehingga ini tidak menarik perhatian atau tidak mendapat reaksi dari Datuk Seri Najib. Sikap Najib ini menampakkan kepada umum beliau sedang mencari penyelesaian kepada krisis dalam BN Sabah menjelang pilihan raya.

Berita terakhir mengatakan Lajim dan wakil Parlimen BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing akan menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan Barisan Refomasi Sabah. Sebelumnya beliau juga telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.

Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.

Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau.

Terakhir Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah pun menggesa Lajim supaya menyatakan pendirian yang tegas berhubung dakwaannya mahu meninggalkan Umno. Dalam kata-kata lain - Lajim tamatkan drama!

PT
PM kena berani buat pilihan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive