Friday, 27 July 2012

INFO !!! KEBIJAKSANAAN YAHUDI MENIPU KITA




Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang berbangsa Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu.



5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Ni tak dalam bulan puasa macam ni la banyak iklan Maggi ni, suruh bersahur and berbuka dengan Maggi, macam dah takde makanan lain pulak nak makan.Coke tu pulak sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum. Kalau nak makan sangat dekat McD tu elakkanlah minum air coke ni mintak la digantikan dengan air Milo ke.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI wahai umat Islam. Sebarkan kalau korang semua prihatin dengan hal ini.

Sumber : meramonst

VIDEO !!! KEKEJAMAN REJIM BASHAR AL-ASSAD



Tentera Rejim Basyar yang memaksa seorang pemuda untuk menukar kalimah "Tiada tuhan selain Allah SWT" kepada "Tiada tuhan selain Bashar"..



Mohon Anda Share supaya dunia tahu siapa yang jahat!

LAGI PEMINAT SELAR TINDAKAN ABBY !!!


PETALING JAYA: Tindakan pelakon Abby Abadi yang mendakwa artis bertudung sepertinya hanya akan mendapat tempat dalam industri hiburan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum akan datang mengundang reaksi negatif daripada kalangan peminat.

Mereka berpendapat, kenyataan Abby yang baru “berhijrah” itu sebagai cetek pengetahuan selain tiada kewajaran untuk dia mencampuradukkan urusan agama dengan politik sekiranya mahu bergelar Muslim sejati.

Komen pembaca yang disiarkan oleh portal rotikaya.com antara lain meminta pelakon Gerak Khas itu supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan terutama yang berkaitan agama walaupun penghijrahan yang dilakukannya itu adalah langkah yang baik.

Peminat pelakon itu, Suzana Salleh turut meminta Abby supaya tidak taksub dengan politik kerana agama Islam itu bukanlah parti PAS yang disertainya sekarang.

Artikel mengenai Abby yang disiarkan The Malaysia Insider pada Rabu lalu.
“Jangan terlalu taksub dengan politik. Jika ikutkan, orang perempuan langsung tidak boleh terlibat dalam lakonan apatah lagi nyanyian,” katanya.

Raihan Rizal pula menasihati pelakon itu supaya memberi tumpuan kepada anak-anak dan keluarga kerana apa dibimbangkan langkahnya melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan dia hanyut dalam fantasi sendiri.

Malah pelakon itu juga diminta untuk mencontohi pengacara Wardina yang berjaya mendidik anak dengan ilmu agama yang cukup sehingga mampu menghafal surah tertentu dalam al-Quran.

“Saya rasa lebih baik akak fokuskan kepada anak-anak dan keluarga sebelum akak lebih jauh hanyut dalam fantasi akak sendiri. Jangan akak sibuk dengan politik, anak-anak terabai. Ingat, matlamat tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.
Antara komen yang dibuat oleh peminat Abby mengenai kelantangan pelakon itu.
Leylazulaikha pula berpendapat, ramai artis yang bertudung tetapi mereka masih mendapat tempat ketika kerajaan ketika ini memerintah tanpa dinafikan hak masing-masing.

Malah tindakan Abby untuk menyertai mana-aman parti politik adalah hak peribadinya tetapi pelakon itu haruslah tidak memberi kenyataan yang menunjukkan kelemahan dirinya sendiri.

“Berapa ramai artis bertudung yang masih ada dalam industri? masih boleh bebas berkarya? Ada kerajaan sekarang sekat?

“Sebelum salahkan kerajaan sekarang, salahkan orang dalam industri sendiri. sebab mereka itu yang meletakkan halangan ke atas artis yg mula berhijrah,” katanya.

Dalam pada itu Feewit Fuyoo pula menjelaskan, terdapat kebenaran apabila seseorang artis itu melakukan penghijrahan, ruang kreatifnya menjadi sempit tetapi sikap tuduh menuduh dan mengata keburukan orang adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

“Pastinya sebelum ini segala hasil yang diperoleh melalui orang atau pemerintah yang dicerca malah rasanya penghijrahan (Abby) sekarang ini pun rasanya sedikit sebanyak menggunakan hasil kerajaan yang di cerca,” katanya.


Menerusi portal The Malaysia Insider pada Rabu lalu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.

Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan. - mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive