Wednesday, 2 May 2012

KL dilanda banjir !!! Salah UMNO jugak ke???


Kuala Lumpur: Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, pada Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat, dan menjejaskan pekan itu seketika.

Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada pukul 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai," katanya.

Pada Disember tahun lepas banjir kilat akibat hujan lebat telah menjejaskan pekan itu dengan pekedai dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sementara itu, laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART)ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di sini, Rabu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter.

Katanya memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut. "Kami telah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat," katanya.

Katanya banjir kilat turut melanda kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai apabila air naik sedalam 0.4 meter sejak 2 petang ini, dan satu jentera bomba melibatkan tujuh anggota dihantar untuk memantau keadaan.

Sementara terdapat dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi, yang telah menghempap empat buah kenderaan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya dan menambah, bomba telah menghantar satu jentera untuk memotong pokok tersebut.

Terdapat juga satu kes pokok tumbang di Flat Seri Johor di Jalan Tun Razak namun ia tidak menghempap sebarang kenderaan, dan kedua-dua insiden itu dilaporkan pada 2.15 petang tadi oleh orang awam, katanya.-BERNAMA

BERSIH !!! Yang Ganas Sahaja Ditangkap


Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.- Bernama

ASTRO JAWAB BBC!!!


KUALA LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan.

Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.

Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive