Friday, 23 March 2012

PENAT!!! Hutang Negara Kini Hampir RM 600 Bilion? AKAN BANGKRAPKAH MALAYSIA???


Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.

“Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan. “Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projek-projek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan,” ujar Azan.

Beliau turut menjelaskan, paras 55 peratus sebenarnya terlalu tinggi untuk dijadikan had siling hutang negara. Beliau merujuk jawapan Awang Adek kepada soalan dari Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan tindakan kerajaan untuk mengawal hutang negara yang semakin meningkat.


Merujuk laman Malaysiakini, Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.

17 Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengatakan kerajaan memanipulasi belanjawan dengan tidak memasukkan beberapa projek mega dalam belanjawan, sebaliknya menjadi penjamin kepada syarikat yang membuat pinjaman.

Tony Pua juga mengatakan kerajaan juga secara sewenang-wenangnya meminda undang-undang untuk menaikkan had hutang negara, dari 40 peratus pada tahun 2003 hingga 55 peratus pada masa kini.

Bercakap lanjut Azan berkata, kerajaan turut mengheret rakyat untuk sama-sama menanggung hutang, sehingga hutang isi rumah negara mencecah RM600 bilion, antara tertinggi di dunia.

“Sebenarnya ini isu yang perlu dititikberatkan. Kerajaan Umno BN melalui polisi seperti kadar bunga dan caj bank melahirkan rakyat yang terbeban dengan hutang yang cukup besar.

Sedikit komen

Kadar taraf hidup semakin tinggi, kadar jenayah pun semakin tinggi, pendapatan dan gaji tersangatlah rendah . Kau semua ada merasa ke semua tu? yang tak merasa tu memang sah la ko tu penting diri dan kaya, tak pikir orang lain, janji ko senang dan lenang. Dalam Islam mengajar kita jangan jadikan manusia yang tidak pentingkan diri dan saling bantu membantu, maka dengan itu jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri, kerana sikap pentingkan diri sendirilah Islam uthmaniyah jatuh dan yahudi dapat menguasai dunia.Terima kasih.

Sumber : Blog OR

Thursday, 22 March 2012

BIAR BETUL!! PINGGIRKAN GURU UMNO KINI SEMAKIN HANCUR???


Sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946 hingga ke penghujung era 1980'an, kaum guru adalah tonggak kepada perjuangan UMNO. UMNO mampu menempa kejayaan berkat pengorbanan dan usaha gigih kaum guru ini kerana sebagai guru mereka lebih mengutamakan nasib anak bangsa daripada kepentingan peribadi.

Malang bagi UMNO, di akhir era 1980'an peranan kaum guru diambil alih oleh ahli-ahli perniagaan. Kalau dulu kaum guru yang aktif menggerakkan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, sejak dasar pengswastaan dan 'Malaysia Incorporated' dilaksanakan oleh Tun M, kaum guru telah diketepikan. Di tempat mereka muncullah ahli-ahli perniagaan Melayu yang dilahirkan berikutan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Sebagai ahli perniagaan, kumpulan ini lebih berjuang untuk mendapatkan kontrak dan projek. Akibatnya amalan rasuah dan salahguna kuasa mula menular di kalangan pemimpin dan ahli UMNO sehingga hari ini ia menjadi budaya dan amalan barangkali. Setiap kali di musim pemilihan parti, ada saja pemimpin dan ahli UMNO ditangkap mengamalkan rasuah politik.

Perkembangan yang berlaku tidak begitu baik bagi masa depan UMNO. Eloklah gejala ini di benteras sebelum nasi menjadi bubur. Satu cara menangani alaman keji ini ialah dengan mengembalikan peranan kaum guru di dalam UMNO. Dengan kaum guru menguasai perjuangan dan halatuju UMNO, dipercayai mereka mampu membawa UMNO kembali ke landasan yang mulia demi bangsa, agama dan negara sekaligus memenangi semula hati nurani rakyat jelata. 

Ahli perniagaan pula eloklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan mereka. SESUNGGUHNYA kerjaya politik dan perniagaan tidak boleh disatukan, banyak mudaratnya dari kebaikan.

Rakyat jelata bagaimanapun tidak suka kepada rasuah dan salahguna kuasa dan pasti akan menghukum mereka yang rasuah dan salahguna kuasa itu di PRU13 nanti sama seperti yang mereka lakukan di PRU12 dahulu. Fikir-fikirkan lah siapakah yang MAMPU membawa pembangunan, kemakmuran dan keamanan kepada negara tercinta ini!!!

Sumber : Buku Politik

Monday, 19 March 2012

GEMPAR!!! BIAR BETUL VIDEO KE 2 ANWAR AKAN KELUAR ESOK????

Betul ke? Wah ini sudah hebat! Sama-sama kita nantikan esok jam 10.30 pagi! 

Anwar kini tidak boleh lari lagi dari hakikatnya kerana hampir semua rakyat sudah tahu pembohongannya mengenai segala maksiat yang dilakukannya.

Inilah yang dikatakan 'anugerah tuhan' oleh Wan Azizah kerana walaupun Anwar melakukan segala macam maksiat tetapi langsung tidak tahu malu berhadapan dengan tok-tok Lebai Pas. Bukan itu sahaja beliau sanggup menipu penyokong Pas bahawa semua itu hanya fitnah dan konspirasi UMNO.

Hanya simpati daripada perkataan fitnah dan konspirasi sahaja yang menyelamatkannya selama ini tetapi sampai bila beliau sanggup melakukannya.

Sumber : Blogger Pro BN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive