Monday, 5 March 2012

DEMI POLITIK APA-APA PUN BOLEH JADI TERMASUK PEMIMPIN KAFIR PUN BOLEH PIMPIN PAS-- NIK AZIZ


Malu apanya. lantik je  terus LKS jadi Timbalan Presiden Pas


Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang boleh memimpin Pas, tidak kira kaum atau bangsa.

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi ALLAH SWT,kata Nik Aziz

Dalam ulasannya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.

Justeru beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.

Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya merujuk kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, berpendapat bahawa Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Sumber : Sinar Harian & Sg Rapat On9

Friday, 2 March 2012

Harun Taib Mahu Hadi Jadi PM bukannya Anwar Ibrahim yang penuh krisis moral!!!!!!



Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memimpin parti Pas dan seterusnya bertanding pada PRU13 kerana mereka mahu Haji Hadi menjadi PM bukannya Anwar Ibrahim.

Bagi Dewan Ulamak Pas Anwar tidak layak memimpin Malaysia kerana beliau penuh dengan krisis moral yang belum dijelaskan kepada rakyat.

Kata Harun lagi jika Hadi tidak bertanding bagaimana beliau boleh dicalonkan jadi Perdana Menteri. Ini semua kerja parasit yang berad didalam Pas yang cuba untuk menendang keluar Presiden Pas.

Walaupun Pas Pusat baru memasukkan nama Presiden sebagai calon tetapi kata putus daripada Presiden Pas belum diterima.

Sumber : Sg Rapat On9

KERAJAAN ADIL KEPADA SEMUA ANGGOTA TENTERA - PM

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberi keadilan kepada semua anggota tentera agar dapat menikmati dan tidak tersisih daripada semua kemudahan yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh adalah kemudahan yang kerajaan berikan kepada anggota tentera Rejimen Sempadan yang kehidupan mereka kini jauh lebih baik sebelum diserapkan ke rejimen itu.

"Saya pernah melawat kem ini ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2008 dan saya rasa sangat sedih dan menyayat hati melihat kem ini ketika itu.

"Saya buat keputusan dalam hati saya mahu membantu bagi memastikan anggota tentera kerahan (sebelum diserapkan ke rejimen itu) ini terjamin dalam soal kebajikan dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Rejimen Sempadan Batalion 2, Kem Batu Melintang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Najib berkata bahawa sebelum ini pasukan kerahan tersebut walaupun mendapat gaji setiap bulan sama seperti anggota tentera lain tetapi mereka tidak mendapat kemudahan seperti pencen serta pinjaman kenderaan dan perumahan.

"Saya mahu pasukan kerahan pada masa itu dapat menempa kehidupan yang sama dengan yang lain dan berkat usaha yang dilakukan kerajaan kini kehidupan mereka jauh lebih baik dari dahulu," katanya. 

Perdana Menteri berkata kerajaan berpendapat bahawa jika kebajikan anggota tentera dijaga dengan baik, mereka akan berkhidmat dengan sepenuh hati dan menjadi kebanggaan negara.

Pada majlis itu Najib turut mengumumkan pemberian peruntukan RM600,000 kepada dua kem rejimen itu di sini.

Zulkifeli pula berkata semua janji Perdana Menteri kepada anggota tentera selama ini telah ditunaikan dan wajar semua anggota tentera berbangga kerana kebajikan mereka sangat diambil berat oleh kerajaan.

"Jasa Perdana Menteri sangat besar kerana beliaulah yang memastikan Rejimen Sempadan ini diwujudkan dengan pasukan kerahan diserapkan sepenuhnya," katanya.


Sumber : Sg.Rapat On9

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive