Showing posts with label patrick teoh. Show all posts
Showing posts with label patrick teoh. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

PATRICK TEOH MOHON MAAF...

KUALA LUMPUR : Pelakon, Patrick Teoh, 65,meminta maaf berhubung kenyataannya menerusi laman sosial, Facebook pada Isnin lalu yang disifatkan telah menghina agama Islam.

Patrick berkata, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Islam dan kontroversi yang tercetus itu menjadi pengajaran berguna untuknya.

“Kepada semua umat Islam, saya dengan ikhlas hati memohon maaf tentang apa yang saya tulis di Facebook sebelum ini dan kenyataan itu telahpun dipadamkan,” ujarnya menerusi Twitter miliknya semalam.

Isu tersebut tercetus selepas pelakon yang pernah membintangi filem Baik Punya Cilok dan Buli itu mempertikaikan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah berhubung majlis sambutan Tahun Baru Cina di negeri.-kosmo

Wednesday, 16 January 2013

HINA ISLAM !!! GILIRAN ZED ZAIDI BANTAI PATRICK TEOH

PEPATAH Melayu ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang berlaku kepada salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh yang kurang ajar dan menghina Islam. Patrick Teoh pulak jadi perhatian sejak kenyataan facebook menghina Islam gara-gara tidak bersetuju dengan Gara-gara tak puashati dengan garispanduan 1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013. Lagi banyak cerita Sila {KLIK]


Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi membidas tindakan pelakon itu menghina Islam. 

“Mewakili persatuan, saya mengutuk segala kata-kata kesat yang dikeluarkannya berhubung sentimen agama kita. Seniman menyarankan Teoh membuat sidang media bagi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan permintaan maafnya seakan tidak diterima banyak pihak."

 Persatuan Seniman Zed Zaidi membidas tindakan pelakon itu menghina Islam dalam kenyataannya mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Kedah semalam.

Satu pesanan pada Patrick Teoh yang cauvanist ni, jangan berlaku biadap dan kurang ajar. Akan ada ramai lagi yang akan menghambat jika tindakan sewajarnya tidak dibuat. Teman harap SKMM akan ambil tindakan segera dan jangan beri peluang kepada sesiapa sahaja yang menghina Islam. - Sumber

PATRICK TEOH HINA ISLAM TAPI OSTAZAH ARBYY ANGGUK SAJA...

Beliau seorang pelakon. Beliau juga seorang pelawak. Beliau seorang aktivis yang terkenal menyebelahi Pakatan Pembangkang. Beliau adalah Patrick Teoh. Kenyataan beliau di laman Facebook semalam mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan Umat Islam apabila beliau secara terang-terangan menghina Agama Islam dan Al Quran.

Ini gara-gara ketidakpuasan hati beliau terhadap Kerajaan PAS Kedah yang "flip flop" dalam isu mengeluarkan garispanduan 1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013. Beliau boleh mengkritik kepimpinan PAS dalam isu ini tetapi beliau tidak ada hak untuk menghina Islam dan Al Quran. Tindakan beliau amat kurang ajar!!!
Lihat video di matkilaupinang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive