Showing posts with label bukit jalil. Show all posts
Showing posts with label bukit jalil. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

[VIDEO] Konsert FMFA - 6 Maut & Berbelas Cedera!!! Kenapa Sekretariat Visit Malaysia Perlu Sokong???


Berikut dipaparkan video Konsert FMFA 2014 yang mendapat restu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, yang telah mengakibatkan 6 orang maut dan berbelas yang lain mendapat rawatan akibat dadah.

Mengapa di katakan konsert ini mendapat restu Kementerian pelancongan dan Kebudayaan kerajaan Malaysia? Gambar berikut menjelaskannya..




Malah Sekretariat Visit Malaysia 2014 di bawah kementerian pelancongan & Kebudayaan juga masih terus "menyokong penuh" penganjuran aktiviti maksiat tersebut seklaipun telah ada kematian. Pengurus Besar Sekretariat Visit MY, Nor Yahati Awang menyatakan:

"Tapi kita sokong because event ni sebenarnya VERY GOOD FOR VISIT MALAYSIA sebab ramai pelancong yang datang..."

Gila betul. Hancur negara anak muda..sila lihat disini [VIDEO]

Ini video Konsert tersebut.. Bagaimana penonton nak bertenaga untuk terkinja-kinja berjoget selama 3 hari kalau bukan bersumber dari pil-pil khayal... Jelas dan nyata.. Ini bukan konsert nyanyian semata-mata tapi parti liar yang dianjurkan secara besar-besaran.... Kerajaan patut buat kajian dari awal benda sebegini sebelum diberi permit penganjuran.... -fb

Monday, 1 July 2013

Tahniah Berganda Untuk Kelantan Juarai Piala FA!!!

Tahniah kepada Kelantan kerana menjadi Juara Piala FA untuk 2013 dan tahniahlah juga kepada Annuar Musa, Presiden KAFA [dia layak jadi orang bola dari orang politik].

Tahniah juga untuk penyokong-penyokong Kelantan seperti gambar di bawah.  Mereka tak lupa suruhan Maha Pencipta, lagi ‘best’ kerana mereka boleh melakukan secara berjamaah.

Melalui gambar-gambar yang tersebar, ada yang menjadikan tempat duduk stadium sebagai hamparan solat, alhamdulillah…

Kalaulah 100 000 penonton di Stadium Bukit Jalil dapat sama-sama melakukan solat berjamaah di sana, alangkah bahagianya Malaysia.

Insyaallah, kita doakan seluruh rakyat Islam Malaysia tak mengabaikan solat mereka…

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive