Showing posts with label blackout505. Show all posts
Showing posts with label blackout505. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

[FOTO] Terkini!!! Makhluk Peserta #Blackout505 Semakin Hilang Kawalan???


Kumpulan makhluk perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.



Lokasi makhluk himpunan antaranya Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.

Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.

Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun agak berjerebu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terus ke Padang Merbok dan tidak menyertai perarakan.

Setakat jam 2 petang ini, dianggarkan seramai 15,000 orang telahpun berhimpun di lokasi berasingan dan akan bergabung di Padang Merbok.

LAPORAN LANGSUNG



2.45pm : jalan Parlimen - Kumpulan makhluk peserta yang berarak dari ibu pejabat PAS, Sogo dan Brickfields kini bergabung di Jalan Parlimen dan seterusnya bergerak ke Padang Merbok.

Sementara itu diPadang Merbok, sejumlah kira-kira 3,000 orang sudahpun berkumpul dan mendengar ucapan dari MP Sungai Petani Johari Abdul.

Beliau menasihati para peserta agar tidak memusnahkan harta awam, menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

2.42pm: Jalan Parlimen - Lebih 5,000 peserta yang bergerak dari Sogo di Jalan TAR memasuki Jalan Parlimen dan menuju ke Padang Merbok.

Sebahagian dari peserta berkenaan yang terdiri daripada golongan muda menyanyi 'anak muda tolak BN" sambil bertepuk tangan.

2.30pm: Jalan TAR - Kumpulan peserta dari ibu pejabat PAS bergabung dengan peserta di hadapan kompleks membeii-belah Sogo dan bersedia untuk meneruskan perjalanan.

Kumpulan makhluk berkenaan turut melaungkan takbir serta slogan "Tumbang SPR", "SPR penipu" dan "Reformasi".

2.20pm: Jalan Parlimen - Tren komuter KTMB yang sepatutnya bergerak melalui jambatan, yang merentasi Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, terpaksa berhenti seketika kerana terdapat peserta himpunan yang berdiri di atas landasan.

Peserta berkenaan memenuhi kawasan landasan itu untuk merakam video dan gambar perarakan peserta lain yang menuju ke Padang Merbok.


2.12pm : Jalan Raja laut - Sekumpulan makhluk seramai 200,000 orang yang diketuai naib presiden PAS Salahuddin Ayub berjalan melawan arus kenderaan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mereka akan bergabung dengan kumpulan yang menunggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.10pm: Jalan TAR - Sejumlah 2,000 orang menunggu ketibaan satu lagi kumpulan yang berarak dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka seterusnya akan meneruskan perarakan ke Padang Merbok.

2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 1,000 orang berarak ke Padang Merbok.


\Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.

"Kenyataan itu tidak berasas," katanya yang turut meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerebu.

Sementara itu di Jalan Sultan, seramai kira-kira 2000 peserta yang berkumpul juga mula berarak ke Padang Merbo.

Mereka akan melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Tun H.S Lee, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Pergerakan kumpulan berkenaan dibantu oleh anggota polis trafik yang membantu mengawal lalu lintas.

1.55pm: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.

Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.

1.20 pm: Dataran Merdeka - Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1.12pm: Jalan Raja Laut - Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.


"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1:10pm: Jalan Sultan – Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.


Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.

Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'.

Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara - Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.

Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.



Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.

Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli. - Sumber




TERKINI!!! Kronologi #Blackout505 Dari Masjid Negara #KL622



Kelibat anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula kelihatan di Padang Merbok. 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini:

2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur.

2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan "Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS - Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara.

2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad.

Beberapa orang makhluk peserta himpunan yang berkumpul di Masjid Negara. 

1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.

1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara.

Azmin turut kelihatan bersama makhluk di Masjid Negara

12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal.

10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.

Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup.

Makhluk peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara. 

9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara.

Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Masjid Negara menjual makanan, minuman termasuk kemeja-T dan bandana Blackout 505.

Monday, 17 June 2013

Solidariti Anak 'Monyet' Malaysia (SAMM) Tetap Berhimpun Di Padang Merbok???

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin menjelaskan perhimpunan Black505 akan diteruskan sepertimana yang dirancangkan sebelum ini iaitu di Padang Merbok.



Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menjelaskan, Pakatan Rakyat dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menyatakan sokongn untuk menyertai himpunan yang akan diadakan pada 22 Jun nanti itu.

"Perhimpunan akan diteruskan sepertimana yang dirancangkan dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dan juga NGO iaitu 22 Jun nanti di Padang Merbok.

"Kita telah mengikuti peraturan yang telah ditetap di dalam Akta Perhimpunan Aman yang menetapkan pemberitahuan 10 hari notis sebelum sesuatu program itu dilaksanakan.

"Perkara ini telah pun dilakukan dan kita maklumkan kepada pihak polis dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman bagi tujuan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Ini perhimpunan aman bukannya 'Malaysian Spring' ataupun 'Arab Spring' kita menuntut keadilan serta kebenaran bukan hendak menjatuhkan kerajaan.

"Kita harap ada kerjasama baik dari pihak polis sewaktu himpunan tersebut sedang berlangsung," kata beliau lagi.

Chegubard turut memberitahu, terdapat kelompok anak muda akan berkhemah di Padang Merbok pada 22 Jun nanti sehingga hari pembukaan Dewan Rakyat 24 Jun.

"Kita akan ikut serta dalam perkhemahan tersebut, dijangkakan lebih seratus buah khemah akan disediakan untuk ahli SAMM.

"Kita anggarkan lebih 500 orang dari SAMM akan menyertai perkhemahan tersebut dan jumlah ini tidak termasuk dari anak-anak muda," katanya. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive