Showing posts with label Pistol. Show all posts
Showing posts with label Pistol. Show all posts
Sunday, 9 September 2012
VIDEO !!! PENGAWAL PERIBADI KETUA UMUM PKR ACU PISTOL ???
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.
Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.
“Saya serahkan kepada polis,” katanya yang dipetik dari Malaysiakini.com.
Beliau menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan. Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.
Pengawal peribadi itu kemudiannya ditahan. SEMENTARA ITU Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.
Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.
Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.
Labels:
Anwar Ibrahim,
Jasin,
pdrm,
Pistol
Tuesday, 19 June 2012
KELANTAN KITA - BURUH THAI DITEMBAK MATI
KOTA BHARU - Seorang penyelia yang sedang membuat rondaan di sebuah tapak pembinaan terkejut apabila menemui satu mayat lelaki yang mempunyai tiga kesan tembakan di pipi, leher dan belakang kepala di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.
Mayat Mamat Omar, 58, dari Chenerong, Thailand ditemui penyelia berusia 32 tahun itu pada pukul 11.30 malam dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pejabat syarikat tapak pembinaan tersebut. Mamat telah menetap di Kampung Simpangan, Tumpat sejak 22 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pemeriksaan pada mayat buruh binaan itu menemui tiga kesan tembakan di pipi kanan, leher dan belakang kepala.
Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah. Dia memakai kain sarung, berbaju T hitam dan selipar.
"Kita tidak menemui kelongsong peluru dari senjata api jenis Revolver itu. Siasatan mendapati bapa kepada lima anak itu merupakan tukang kayu di situ dan tidak tinggal di rumah kongsi yang disediakan majikan," katanya. - Kosmo on9
Mayat Mamat Omar, 58, dari Chenerong, Thailand ditemui penyelia berusia 32 tahun itu pada pukul 11.30 malam dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pejabat syarikat tapak pembinaan tersebut. Mamat telah menetap di Kampung Simpangan, Tumpat sejak 22 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pemeriksaan pada mayat buruh binaan itu menemui tiga kesan tembakan di pipi kanan, leher dan belakang kepala.
Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah. Dia memakai kain sarung, berbaju T hitam dan selipar.
"Kita tidak menemui kelongsong peluru dari senjata api jenis Revolver itu. Siasatan mendapati bapa kepada lima anak itu merupakan tukang kayu di situ dan tidak tinggal di rumah kongsi yang disediakan majikan," katanya. - Kosmo on9
Saturday, 16 June 2012
AJAL DI MAJLIS HARIJADI - BUDAK TERTEMBAK PISTOL BAPA SAUDARA
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol yang disangka mainan di rumah neneknya di Ketereh di
sini, jam 9 malam tadi.
sini, jam 9 malam tadi.
Sementara bapa saudaranya, Helmi Ghazali berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa, cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai pistol jenis Walter, yang disimpan oleh bapa saudaranya iaitu seorang anggota polis di bawah meja.
"Mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan telah melepaskan tembakan dan salah sebutir peluru menembusi dahinya.
"Mohd Faris meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di sini, hari ini.
Mohd Faris yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik bapa saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini.
"Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya," kata beliau.
Jalaluddin berkata, sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja, namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan.
"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak," katanya lagi.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata, anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil.
Jenazah Mohd Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan.
Dalam pada itu, Benama memetik ibu Mohd Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya.
Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian dia berada di luar rumah untuk mengemas
meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.
meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai.
"Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada," katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku.
Sementara itu, ibu saudara Mohd Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)





