Showing posts with label Papagomo. Show all posts
Showing posts with label Papagomo. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

[VIDEO] Husam Batalkan Saman Terhadap PapaGomo !!!




KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

“Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.

“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Friday, 22 March 2013

Ekoran Video #AnwarSodomy2 Blogger PapaGomo Di 'Katok' !!!!

Hari ini,Utusan Malaysia telah mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengendali blog PapaGomo berikutan pendedahan video liwat Anwar Ibrahim dengan pelajar yang berasal dari Sabah oleh blog tersebut.


Akibat itu,hari ini individu tersebut yang DIPERCAYAI pengendali blog Papa Gomo seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi.Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai Papa Gomo secara melulu.





Akibat daripada pendedahan Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Ibrahim Saman Papagomo RM100juta" dan paparan wajah blogger yang disyakki Papagomo, baru tadi aku terima berita bahawa Gomo dipukul oleh seseorang di Segambut.



Berkemungkinan besar,kejadian tersebut ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog Papa Gomo semalam.Video tersebut yang mendedahkan perilaku homoseksual Anwar Ibrahim bersama seorang Mahasiswa dari Sabah.



[VIDEO] Kekalutan Pak Sheikh Selepas Episod 1 !!!



Dari Blog PapaGomo...
Demi Rakyat, Agama Bangsa dan Negara dan semalam Gomo telah keluarkan episod pertama sedikit paparan video yang menunjukkan Anwar Ibrahim berbual mesra dengan seorang Mahasiswa. Cukup romantis perbualan mereka dengan hanya ungkapan ayat "i" dan "U" sudah cukup untuk memualkan rakyat Malaysia.

Namun sebelum itu minta rakyat lihat sendiri pengakuan Anwar Ibrahim bahawa beliau adalah seorang BISEKSUAL!




Hari ini Gomo nak cerita modus operandi Anwar Ibrahim dalam meliwat Mahasiswa.

PERTAMA
Dulu Anwar Ibrahim sering menggunakan Dato Eskay, Datuk Nallakarupan dan beberapa lagi individu lain dalam membantu Anwar Ibrahim melepaskan nafsu seks nya. Datuk Nalla untuk Wanita dan Jantan, manakala Datuk Eskay Pelacur. Ada beberapa lagi individu lain yang menjalankan tugas sepertimana Datuk Eskay dan Datuk Nalla lakukan bagi membantu Anwar Ibrahim.

Modus tersebut kini telah pun pupus kerana Datuk Nalla dan Datuk Eskay telah berpaling tadah dan tidak mahu untuk terlibat dengan aktiviti seks songsang Anwar Ibrahim.

Baca di SINI seterusnya.....

Thursday, 19 July 2012

PAPAGOMO WARNING NURUL IZZAH??



Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya,

Papagomo berkata, "sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."

"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia.

"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas (ahli perniagaan yang bertindak sebagai Datuk K) Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?" katanya sambil menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.

"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tampatan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive