Showing posts with label Jambatan Kedua Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Jambatan Kedua Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

Mangsa Runtuhan Akan Di Kebumikan Pagi Ini


PULAU PINANG 8 Jun - Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.


Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi - Utusan

Friday, 7 June 2013

[FOTO] Mayat Mangsa Runtuhan Berjaya Di Keluarkan !!!

Gambar di bawah merupakan keadaan mangsa runtuhan jambatan kedua yang telah di temui oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus mengesan mangsa sejak petang semalam.

Menurut sumber mangsa adalah seorang lelaki Melayu berusia 40-an dari Permatang Damar laut.Pihak polis di katakan telah menghubungi saudara terdekat mangsa bagi membuat pengecaman.

Sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Al-Fatihah dan takziah ucapkan kepada keluarga mangsa.

Sebelum itu Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md. Sofar.

Jurucakap polis berkata, bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

Mangsa bagaimanapun belum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerja mengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.

Semalam, runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Batu Maung itu menghempap sebuah kereta dan seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam runtuhan itu.

Dalam kejadian itu, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan.

Tiga orang iaitu dua pekerja asing dan seorang wanita tempatan cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, kerja mengangkat sisa runtuhan tanjakan konkrit yang dipotong sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan kejadian.

Jurucakap bomba berkata, runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalih dan mengangkut dilakukan.

Katanya, setelah runtuhan tanjakan itu dialih, barulah bomba dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta akibat dihempap tanjakan konkrit itu.

Beliau berkata, lebih 300 anggota pasukan yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu. - BERNAMA

TERKINI!!! Mangsa Runtuhan Jambatan Maut Di Dalam Kereta Di Kenal Pasti


GeorgeTown, 7 Jun - Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain.

Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.

Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

Mangsa bagaimanapun belum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerja mengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.


"Adik mangsa dalam perjalanan ke sini untuk membuat pengecaman sama ada mayat itu adalah abangnya. Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga daripada seorang individu di Batu Maung," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata setakat ini hanya satu mayat ditemui di dalam timbunan runtuhan konkrit itu dan percaya tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya. - BERNAMA

[FOTO] Mangsa Runtuhan Jalan Susur Jambatan Kedua Pulau Pinang Dikeluarkan!!!




GEORGE TOWN 7 Jun - Pasukan mencari dan menyelamat dijangka dapat mengeluar mangsa di dalam sebuah kereta yang terperangkap dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Batu Maung selewat-lewatnya petang ini.


Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan itu sedang menunggu jentera pemotong untuk memotong besi penyambung yang runtuh itu bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.

Katanya runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalihkannya dibuat.

"Seramai 350 anggota dan pengawai yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu.

"Jurutera yang bertugas memaklumkan mangsa yang terperangkap mungkin boleh dikeluarkan tengah hari ini atau selewat-lewatnya petang ini selepas bantuan jentera pemotong tiba," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, setakat ini sekurang-kurangnya seorang mangsa di dalam mangsa sebuah kereta jenis Perodua Kelisa warna hijau terperangkap di dalam runtuhan berkenaan.

Beliau berkata, menerusi kamera khas yang digunakan bomba mendapati terdapat seorang mangsa di bawah timbunan berkenaan, bagaimanapun identiti dan jantina mangsa belum dapat dikenal pasti kerana hanya beberapa bahagian badannya sahaja yang kelihatan.

"Mangsa juga tidak memberi sebarang respons dan apabila dipanggil mangsa tidak menyahut. Saya percaya beliau berada dalam keadaan kritikal berdasarkan fizikalnya," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga sejak semalam supaya membuat laporan polis kerana maklumat yang diperoleh setakat ini berbeza-beza.

"Ada yang kata beberapa buah kereta dan motosikal terperangkap di dalam runtuhan itu, jadi saya minta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya membuat laporan polis.

"Setakat ini kita cuma nampak sebuah kereta dan kita juga gagal untuk kenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan berikutan ia telah pecah. Kita hanya nampak nombor (pendaftaran) 437 saja." katanya.

Abdul Rahim berkata, operasi mencari dan menyelamat sejak 12 jam lepas itu berdepan beberapa kesukaran berikutan perlu menggunakan beberapa jentera termasuk kren seberat 300 tan.

"Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh semua pihak dan kita mendapat kerjasama yang baik daripada syarikat kontraktor termasuk beberapa syarikat lain bagi membantu melancarkan kerja operasi ini," katanya. - BERNAMA

Monday, 17 December 2012

FOTO !!! JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG DIJANGKA SIAP 2013


MERCU TANDA BARU... Deretan tiang konkrit dibina bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bakal menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai merupakan jambatan sejauh 24 kilometer yang terpanjang di Asia Tenggara. Projek pembinaan jambatan itu bermula pada 2008 dan dijangka disiap pada 2013. Jarak antara Jambatan Pulau Pinang dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah kira-kira lapan kilometer dimana ianya merupakan jambatan pertama di dunia menggunakan bahan dari getah bagi menghadapi menyerap gegaran gempa bumi
Inline image 1

























Projek pembinaan jambatan berharga kurang daripada RM4.5 bilion itu adalah usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.

Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 24 kilometer itu merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

__._

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive