Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Monday, 24 September 2012

YAHUDI SANGAT MARAH DENGAN IKLAN INI !!!


Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.

Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi. Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.


 Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"


Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem. Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.

Tahu pula kaum yahudi marah tentang gambar ini.

Sumber : KakiSembang

Monday, 13 August 2012

IKLAN BERNAS HARI RAYA - TERSENTUH JIWA


Muncul pula Iklan pendek Hari Raya (2012) Dari terbitan Padi Beras Nasional Berhad, BERNAS bertajuk "The Journey" dalam bahasa Malaysia bermaksud perjalanan. Iklan ini sangat menyentuh hati bila ditonton.

Mengisahkan perjalanan 2 orang anak yatim yang kurang upaya iaitu Ahmad dan Fizi untuk pulang menyambut Aidilfitri sungguh menyentuh hati. Disini PT kongsi dengan anda video yang diambil dari Youtube untuk tatapan anda.



Mesej yang ingin disampaikan adalah kekurangan yang di miliki merupakan kelebihan yang tidak ada kepada insan lain. Kekurangan bukan alasan untuk kita terus memberi alasan.

Hari Raya yang bakal tiba, janganlah kita lupakan anak yatim, orang kurang berkemampuan dan umat islam yang lain. Bersyukurlah apa yang kita ada, ingatlah apa yang kita ada tidak mungkin kekal selamanya.Kita tidak selalu berada diatas ada masanya kita akan kebawah juga. Fikir2 dan renung2kanlah !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive