Showing posts with label Belasah. Show all posts
Showing posts with label Belasah. Show all posts

Wednesday, 5 September 2012

PERAGUT SEPARUH MATI KENA BELASAH, TAHNIAH TUKANG BELASAH !!!!


KUALA LUMPUR – Cubaan tiga pemuda untuk menyamun seorang wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat semalam bukan sahaja tidak berhasil malah salah seorang daripada mereka cedera parah dibelasah selepas diberkas oleh orang awam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tiga suspek tersebut menunggang dua buah motosikal jenis Yamaha 125Z manakala mangsa pula menaiki kereta Honda Insight seorang diri.

Sebaik mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, salah seorang suspek terus memecah cermin kereta mangsa yang berusia 30-an.

Malangnya perbuatan suspek itu dilihat oleh seorang pemandu van jenis Nissan Vannete yang kemudian berhenti di belakang kereta mangsa.

Difahamkan, pemandu van tersebut kemudian bertindak nekad merempuh sebuah motosikal dinaiki dua suspek dengan salah seorang sedang menarik beg tangan mangsa dari dalam keretanya.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua suspek berkenaan terjatuh ke atas jalan tetapi salah seorang suspek itu kemudian sempat bangun dan melarikan diri.

Seorang lagi suspek yang menunggang sebuah motosikal lain turut meninggalkan tempat kejadian.

Orang awam yang melihat seorang suspek yang berbadan agak gempal yang tidak sempat melarikan diri terus menangkap suspek itu.

Berikutan itu, suspek berusia 20-an itu yang difahamkan baru dibebaskan dari pusat tahanan Simpang Renggam, Johor dibelasah sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang cedera parah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan ditempatkan di wad separa kritikal.

Keadaannya dilaporkan stabil. – Kosmo Online

VIDEO !!! SUAMI BELASAH ISTERI, KEJAM KE???



Kejam separuh gile video nih..Buletin tv3 jugak ada menyiarkan video ni.



Petikan dari You Tube....

SI SUAMI MASIH WARAS LAGI..KORANG TENGOK YANG PART SUAMI SOROK GUNTING....X KE KORANG RASA SI SUAMI TU MASIH BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL?? KALAU XRASIONAL XKN DIA SEMPAT FIKIR NAK SOROK GUNTING....
BAGI AKU LA...XBOLEH NK TUDING JARI KT SUAMI JER..TENGOK SI ISTERI PLAK...MELAWAN BLEH TAHAN...HUHU... DUA-DUA SALAH...KAWIN MUDA KOT PUNCA..ANGIN TENGAH PANAS...

Tuesday, 8 May 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! Dibelasah Curi Wang Masjid


BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.

Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.

Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.

“Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri,” kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam. -Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive