Showing posts with label #prksgbesar #SCS93 #InilahBudiman #KekalBN. Show all posts
Showing posts with label #prksgbesar #SCS93 #InilahBudiman #KekalBN. Show all posts

Saturday, 11 June 2016

Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR,  – Perwatakan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi yang sederhana dan ramah dalam kempen mendekati pengundinya diyakini menjadi daya penarik kepada pengundi untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka yang baharu. 

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kemenangan Budiman di kawasan ini pada 18 Jun nanti bakal menjadi langkah kecil kerajaan sedia ada dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

“Hari ini saya lihat ramai yang datang dalam program ini menyatakan mereka suka perwatakan Budiman yang sederhana dan pembawaan sebagai calon berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ini. 

“Insya-Allah 18 Jun ini kita akan dapat saksikan satu isyarat yang cukup besar oleh penduduk di sini untuk ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa parti ini inklusif membawa negara maju ke depan,” katanya. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian selepas melancarkan Program Kempen Keselamatan Kebakaran bersama Komuniti di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, di sini hari ini. 

Abdul Rahman berkata hubungan kerja yang rapat dengan penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, dan kemahirannya mengenai selok-belok kawasan berkenaan juga merupakan satu bonus buat anak kelahiran Kampung Sungai Limau, Sungai Besar itu. 

“Penduduk kawasan menyukai Budiman kerana beliau selalu berada di kawasannya dan berkhidmat kepada masyarakat termasuk bukan Melayu, jadi ini membuatkan beliau berpotensi agak besar untuk tarik sokongan orang Melayu dan bukan Melayu,” katanya. 

Pada pilihan raya kecil itu, Budiman bakal ditentang calon PAS yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Parti Amanah Negara (PAN) mempertaruhkan Pengerusi PAN Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur. Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Noriah yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. 

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi dari lain-lain kaum.

PT yakin dan percaya pengundi - pengundi parlimen Sg Besar bukan membuat pertimbangan yang sembarangan untuk tidak memilih calon yang paling layak untuk meneruskan legasi kepimpinan BN di Sg Besar. Fikir - fikir dan renung - renungkan. Pengundi - pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!


Friday, 10 June 2016

Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR – PAS Selangor menyifatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan huru-hara berikutan kenyataan tiada koordinasi antara jentera, punca papan iklan bersifat tohmahan dan provokatif di sekitar kawasan pekan Sekinchan di sini, Rabu lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad berkata sekiranya Pakatan Harapan tidak mampu menguruskan perkara kecil seperti itu, adalah satu kerugian bagi pengundi di kawasan itu mengundi calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

“Mengapa rakyat perlu mengundi mereka apabila perkara-perkara penting seperti itu, mereka gagal bincangkan, Pakatan Harapan sepatutnya membetulkan masalah dalamannya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini.

Pakatan Harapan sudah mula goyah dalam persediaan menghadapi prk Sg. Besar. Pengundi-pengundi Sg Besar pasti akan memilih pemimpin yang berjiwa rakyat iaitu YB Budiman Mohd Zohdi sebagai menyambung legasi kepimpinan wakil BN yang lepas. Fikir- fikir dan renung - renungkan. PT yakin dan percaya pengundi-pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB

Kempen Munafiq PAS Di Bulan Puasa Terdesak untuk meraih undi, jentera kempen PAS yang ditugaskan berceramah di atas kereta 4x4 di bazar juadah Ramadhan secara terang-terangan berbohong.

Dengan menggunakan gula sebagai umpan, kumpulan ini bertempik dengan pembesar suara kononnya gula yang mereka bawa untuk dijual ini adalah 'bebas dari GST'. Memalukan apabila PAS menggunakan anak-anak muda dalam usaha memburukkan kerajaan BN kononnya kerajaan yang zalim apabila melaksanakan perubahan sistem cukai negara.

Dari cukai SST kepada cukai GST. Sejak sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada 1954 di Perancis dengan kadar 19.6% serta lebih daripada 160 buah negara mengikuti jejaknya, belum kedengaran adanya negara pengamal sistem cukai GST hancur. Malah tiada negara yang berundur ke belakang atau membatalkannya. Bukankah ini petunjuk bahawa GST ini sistem yang baik?

Kaedah PAS menggunakan tenaga orang muda menyebabkan imej dan nama baik golongan belia tercalar seolah-olah golongan ini mudah ditipu, mudah menipu orang kampung dan jahil tentang apa itu sistem percukaian negara malah jahil tentang sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bukan itu saja, timbul pertanyaan, apakah ini 'akal' golongan muda di zaman milenium pro pakatan pembangkang? Lupakah mereka ini rakyat Malaysia bukan sebodoh yang mereka sangka.

"Mereka (Jentera PAS) tanpa malu cuba berbohong kami orang kampung di sini, mereka ingat kami begitu bodoh tidak tahu bahawa gula dan barangan keperluan harian tidak dikenakan GST" - Hajah Zaleha, pengunjung bazar ramadhan di Pasir Panjang.

Turut sama melahirkan rasa kecewa ialah Hj Mahadi yang juga pengunjung bazar tersebut, kata beliau.

"Sepatutnya pihak PBT datang tangkap mereka kerana berniaga tanpa lesen dan cubaan mengelirukan pengguna". Tambah beliau lagi, Bulan puasa pun mereka berani menipu, bagaimana dengan bulan-bulan yang lain.

Tak habis-habis pembangkang menggunakan cara kotor untuk mendapatkan sokongan mudah pengundi Sg Besar. Nak tergelak pun ada bila memikirkan taktik dan strategi pembangkang demi  kemenangan calon-calon mereka. Tapi PT amat yakin pengundi-pengundi parlimen Sg Besar bukan sebodoh itu untuk ditipu....fikir-fikir dan renung - renungkan. Pengundi - pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive