Friday, 13 December 2013

Isu Saman Lori Bantuan Mangsa Banjir - Penjelasan JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini.

Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan. Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.

Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.

Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih ~ Bernama

Tuesday, 10 December 2013

Khir Toyo Mohon Maaf - Kes Saman Fitnah Teresa Selesai

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta yang difailkan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selesai selepas Dr Mohamad Khir mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid merekodkan penyelesaian itu selepas Dr Mohamad Khir, yang diwakili peguam M.Athimulan, membacakan permohonan maaf itu. Dr Mohamad Khir ketika membacakan permohonan maaf itu berkata:

"Saya, Mohamad Khir, defendan pertama dalam kes saman ini, tanpa pengakuan liabiti, memohon maaf kepada Teresa kerana menyiarkan penerbitan dalam blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan. Saya kesal menyiarkan artikel itu dan bersetuju untuk membayar kos".

Terdahulu, peguam S.N. Nair, yang mewakili Kok memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu bersetuju untuk tidak meneruskan samannya terhadap Dr Mohamad Khir.

Mahkamah juga membenarkan saman itu tidak diteruskan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman baharu. Pada 23 Disember 2008, Kok memfailkan saman terhadap Dr Mohamad Khir dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung isu laungan azan di Masjid Kinrara di sini, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8 September 2008.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa pada 26 Jun 2008, Dr Mohamad Khir telah memetik sebuah blog dan membuat tuduhan salah terhadapnya manakala Utusan Melayu telah menerbitkan kata-kata Dr Mohamad Khir berhubung perkara itu dalam akhbarnya yang bertajuk

"Ada usaha larang azan di masjid Selangor". Kok mendakwa tuduhan kedua-dua defendan adalah tidak berasas, berniat jahat dan membawa maksud bahawa plaintif bersifat perkauman, seorang ahli politik yang anti-Islam dan tidak bertoleransi.

Bagaimanapun, kes saman terhadap Utusan Melayu selesai apabila Kok menarik balik saman itu pada 27 November lepas. - Bernama

Sunday, 8 December 2013

Jasa Rosmah Amat Besar Kepada Rakyat Malaysia - PM Najib

Inilah dua jasa besar Rosmah yang menjadi rahsia dan igauan Najib selama ini. Jasa pertama Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

“Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” katanya.

Jasa kedua Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan “jaringan” dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

“Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita. “Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” terang Najib lagi tentang rahsianya.

Dua jasa Rosmah yang membolehkan Rosmah Mansor menaiki jet eksekutif kerajaan secara percuma. Rahsia jasa Rosmah ini juga memberi gambaran Rosmah juga menelefon sesiapa sahaja terutama di Malaysia tentang sesuatu perkara atau ‘hajat’ yang diinginkan.

Rahsia Rosmah juga boleh mempengaruhi dalam pentadbiran Najib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive