Tuesday, 24 April 2012

Dataran di pagar, khemah mahasiasia dirampas!!!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang nyenyak tidur.
NONEPegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanya yang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku. - ms-

1.5 million for mistress!!! Untuk rakyat hanya RM500

Mungkin kerana hebat disindir atau bertalu-talu dihubungi rakan, wartawan, kaum keluarga, maka si artis ini menutup telefonnya. Mungkin?

Yang menariknya, dia menulis di Twitter: "its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli??


Orang tidak hairan dengan siapa dia mahu membuat hubungan. Orang hanya peduli tentang wang RM1.5 juta itu? Jika benar, dari mana sumber wang tersebut? Fikir-fikirkanlah!!!

Maaf Zaid, Kota Bharu Pas Yang Punya!!! - Datuk Taki

GEORGE TOWN: PAS Kota Baru enggan memberikan ruang kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalannnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan PAS di peringkat negeri telah mencapai konsesus bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan akan hanya ditandingi oleh ahli PAS.

"Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS," katanya.

Beliau berkata Zaid boleh bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru sebagai calon Parti Kita tanpa perlu mendapatkan sokongan daripada Pakatan Rakyat.

Pada Ahad, Zaid dilaporkan berkata beliau berminat untuk bertanding di Parlimen Kota Baru kerana beliau pernah bertanding di kerusi tersebut sebelum ini. Beliau berharap PAS akan memberikan laluan kepadanya.

Beliau mendakwa Zaid juga telah memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa dia mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.

"Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri," kata Takiyuddin.

Beliau berkata PAS Kelantan telah belajar daripada sejarah hitam yang lalu kerana membenarkan Datuk Paduka Ibrahim Ali bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008.

"Selepas Ibrahim menang, beliau memutuskan kerjasama dengan PAS dan menubuhkan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Perkasa dan ia menjadi ancaman bukan sahaja kepada PAS malah penduduk bukan Bumiputera di negara ini.

"Kami tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekali digigit cukuplah," kata Takiyuddin. -sH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive