Wednesday 22 January 2014

Oh Malaysiaku!!! Isu Kangkung - Lim Kit Siang Desak Adun PKR Mohon Maaf

Tuesday, 21 January 2014 Suap kangkung: Lim Kit Siang desak Adun PKR mohon maaf DAP mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Lee Khai Loon memohon maaf kerana menyuapkan kangkung ke replika mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Supaya kumpulan ekstremis tidak menjadikan insiden itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei, 1969.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf berikutan terdapat pihak tertentu termasuk dirinya melihat perbuatan itu sebagai melampau, kasar dan tidak sensitif.

“Namun apa yang lebih penting adalah tidak membenarkan pihak tertentu mencari alasan bagi memanipulasi insiden itu untuk menghangatkan lagi kebencian kaum dan agama sehingga berulangnya peristiwa 13 Mei.

“Mereka yang cintakan tanah air berkata tentang keamanan, perpaduan dan tolak ansur di kalangan rakyat Malaysia tetapi pengkhianat negara mencetuskan konflik, kebencian dan tidak toleransi.

“Adakah pemimpin Barisan Nasional (BN) bersedia menyertai Pakatan Rakyat bagi mempromosikan patriotisme, keamanan, perpaduan dan tolak ansur serta menolak perpecahan, konflik dan kebencian?” soalnya.

Lim berkata, Najib dan anggota Kabinet perlu menghentikan siri jelajah Umno Selangor yang hanya akan mencetuskan lebih kemarahan, syak wasangka dan hilang kepercayaan dalam negara berbilang kaum.

Kira-kira 30 siri jelajah dirancang Umno Selangor bersama pertubuhan Islam bagi menerangkan kontroversi perundangan di Selangor dan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

“Inilah masanya semua pemimpin parti politik tanpa mengira latar belakang parti membuktikan kesatuan, keharmonian dan tidak berasa malu mengasingkan diri daripada pengkhianat yang mencetuskan kebencian kaum dan agama.

“Salah satu cara menguji kesetiaan terhadap negara adalah apabila pemimpin politik atau pertubuhan menyemarakkan api kebencian kaum dan agama,” kata Lim. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive