Friday, 17 May 2013

"Kalau Menteri Penuh Saya Takkan Tolak," - Joseph Salang

Joseph Salang tolak perlantikan timbalan menteri Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai timbalan menteri pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baru Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya". Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Dalam PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baru itu.

Bernama

2 comments:

  1. YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE

    Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Kepada Yip Kum Fook (MCA GOMBAK)
    Menbaca berita dari Media dan berpendapat berita dari orang ramai Taman Desa Jaya, Kepong berkenaan kelakuan yang benar-benar “U” (Yip Kum Fook) tipu perempuan dan merosakan keluarga orang lain dan memakan wang Tokong, bermalu-malukan parti MCA Malaysia, masyarakat Cina dan penganut Agama Buddha…….

    Kami harap “U” menujukan satu contohan yang baik, letakan jawatan Ketua MCA Gombak dan pengerusi SAMNAK SAMBODHI dan lain-lain jawatan dengan segara.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive