Tuesday, 3 January 2012

SAYA TERLALU SAYANGKAN ANWAR SEBAB ITU SAYA TURUNKAN BENDERA DS NAJIB - ADAM ADLI??









Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Saya terlalu sayangkan Anwar Ibrahim dan kami menggunakan kesempatan mengembalikan   kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dengan menurunkan bendera itu tanda kebencian kepada DS Najib. Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan untuk semua mahasiswa adalah membela Anwar Ibrahim yang terseksa kerana konspirasi UMNO

Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Ya memang dipengaruhi oleh PKR iaitu Tian Chua berada dibelakang kami yang sentiasa menunjuk ajar kepada kami cara-cara memalukan UMNO/BN yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu. Kami juga mendapat sokongan yang tidak berbelahbagi daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya. Kami sengaja menghantar memo kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang juga merupakan sebahagian daripada pembangkang tapi matlamat kami hanyalah satu untuk memalukan UMNO.
Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada apalagi kami pun buat hal dengan penuh. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib dihadapan Datuk Saifuddin.
Kami juga dikawal oleh beberapa pemimpin PKR seperti Tian Chua yang sentiasa menghubungi kami untuk mengetahui apakah tindakan yang kami telah buat.


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang kerana matlamat saya hanya satu untuk memalukan UMNO sebagaimana UMNO memalukan idola saya iaitu Anwar Ibrahim.



Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tahu dan memang kami seiring dengan PKR yang diterajui oleh idola kami Brother Anwar Bin Ibrahim.

Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, lantaklah saya sudah menjangka bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13, oleh itu apa yang hendak ditakutkan.
Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Saya ceroboh PWTC dan saya turunkan bendera tidak menjadi kesalahan pun


Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?
ADAM: Pergi jahanamlah dengan UPSI selepas PRU13 Anwar jadi PM mana-mana Universiti pun saya boleh masuk.



Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?


ADAM: Ayah adalah orang pertama suruh saya turunkan bendera Najib. Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya kerana menyokong saya menurunkan bendera DS Najib. Mereka kata berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim adalah satu perjuangan yang dialu-alukan

Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu fikir 50 kali kerana jika mereka buang saya satu Malaysia akan berdemo bersama Anwar Ibrahim.



Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

Memalukan UMNO




Sumber : Blog Pro BN.

1 comment:

  1. bodoh... taktik lame bro.. xpyh la.. aq pon leh taip cmtu... penccai!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive