Wednesday 23 May 2012

AMARAN2 TAK MAIN LA !!!! - NST

KUALA LUMPUR: Selepas amaran demi amaran dan bantahan demi bantahan tidak dihirau, Pemuda PAS akan mengadakan demo di perkarangan pejabat akhbar NST Jumaat ini ekoran dakwaan 'Nik Aziz bapa kafir'.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataannya berkata, demo itu akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

"Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar," dan selepas itu mereka akan berarak ke pejabat NST.

Menurut Khairul Faizi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu “Nik Aziz is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.

Sebelum ini, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.

Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.

"Sehingga kini, Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada pihak New Straits Times untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012 selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar.

Setiap ahli PAS, katanya, diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu “Nik Aziz is Father of Kafir” dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf.

pT
Nak Suko weh!!! Pulang paku buah keras la katakan. Tunggu dan lihat la, trend sekarang ni tidak sah kalau tidak  demo, demo, demo, tak kira la apa isu.. Jangan lupa jemput sama Ambiga untuk demo, mungkin dengan adanya 'medaliar' tu..suasana menjadi semakin hangat dan mengancam Penat la dengan puak sebelah sana2  nih!!!! Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive