Tuesday, 13 May 2014

Mat Said Oh Mat Said!!! Di Mana Kejujuran Mat Said Selama Ini???

Semalam telah berlaku satu situasi dimana Menteri Besar Terengganu telah bertukar dari pada Datuk Seri Ahmad Said kepada YB Dato Ahmad Razif.

Upacara mengangkat sumpah telah diadakan di Istana Terengganu pada malam tadi dan selang beberapa jam kemudian, mantan Menteri Besar telah bertindak keluar daripada parti diikuti oleh seorang lagi dan kini dikatakan ada 4 orang lagi ADUN dari Barisan Nasional mengikut tindakan sama.

Alasan Mat Said amat mudah kenapa beliau bertindak keluar daripada UMNO dana alasan yang beliau berikan adalah kerana anak beliau akan berkahwin pada 17 Mei nanti dan beliau mengatakan bahawa beliau telah memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri.

Persoalan disini, adakah Mat Said akan melepaskan jawatan Menteri Besar secara jujur jika peluang untuk menunggu sehingga majlis perkahwinan itu berlangsung diberikan?

Atau adakah perkara sama akan berlaku dimana beliau akan keluar dari UMNO dan bertindak menjadi ADUN bebas di negeri tersebut? Apa yang PT lihat, Mat Said tetap akan bertindak keluar dari UMNO walau apa peluang diberikan kepada beliau ketana bagi PT, pemimpin seperti ini hanya memerlukan jawatan dan bukan berpaksi kepada perjuangan.

PT juga berani mengatakan bahawa Mat Said pada hari ini ialah pengkhianat kepada UMNO dan derhaka terhadap Sultan Terengganu.  Malam tadi DYMM Sultan Mizan telah berkenan untuk menerima perlantikan Menteri Besar yang baru dan Baginda berkenan untuk menerima upacara angkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Tapi selepas beberapa jam, Mat Said bertindak keluar dari UMNO bersama seorang lagi ADUN yang membuatkan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan dan Menteri Besar yang baru dilantik tidak mendapat majoriti kerusi bagi menjalankan tugas seperti biasa.

Ini juga membuktikan bahawa Mat Said tidak menerima perkenan Tuanku Sultan diatas perlantikan Menteri Besar tersebut. Mungkin ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh Mat Said sebab alasan yang beliau berikan, tapi bagaimana pula dengan ADUN ADUN yang tidak ada kena mengena dengan majlis tersebut?

Apa pula alasan mereka? Walaupun begitu, PT tidak mengatakan semua pemimpin gilakan kuasa dan jawatan sepertimana Mat Said, ada juga beberapa pemimpin yang pernah menerima nasib sama tetapi masih lagi setia bersama dengan UMNO.

PT ambil contoh Tan Sri Isa Samad yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden dan kemudian ditarik balik dan digantung dari keahlian namun masih lagi setia bersama sama UMNO hingga ke hari ini. Tapi bagaimana pula dengan Mat Said yang mengambil tindakan menongkah arus setelah tidak memegang jawatan sebagai Menteri Besar?

PT rasa ada baiknya juga pertukaran Menteri Besar dilakukan di Terengganu kerana dengan itu kita dapat melihat sejauh mana kesetiaan dan rupa sebenar pemimpin di peringkat negeri Terengganu. - Sumber ( Sangkakalajari9)

2 comments:

  1. pemimpin UMNO ramai yg sombong. tak terkecuali presidennya. masalah UMNO ini adalah dmereka cuma sombong dan keras terhadap org mereka sendiri tapi cukup takut dan kecut telur terhadap org cina dan india.

    jatuhnya terengganu hari ini adalah disebabkan kesombongan dan kebodohon Najib. Jatuhnya UMNO dan malaysia hari ni atau akan datang adalah disebabkan kebodohan Najib.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive