Thursday 24 November 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! 

Subject: Fw: Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! 

Interesting info .. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. 

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 
Letakkan no 2 selepas jawapan. 
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 
Letakkan no 2 selepas jawapan. 
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Harap dapat dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive