Tuesday 15 April 2014

Isu Azan!!! Cerita Sebenar Di Sebalik Laporan Polis

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita terkejut.

Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim. Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya.

Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku.

Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi : Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu.

Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun

Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi. Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah.

Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain.

Fikir-fikirkanlah Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah. Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam. ~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang.

Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - Sumber

4 comments:

  1. tmpt kja aku dkt sna mna ada azan terlalu kuat ,dasar org pas nk bela org kapir, bangsat btul org yg repot klu tk suka dgr azan nti telinga kau kena curah besi panas

    ReplyDelete
  2. As salam tuan2
    Saya bkn nak bela pakcik said
    Tp jugak kita jgn mudah terpengaruq dgn tajuk kt suratkhabar

    Aku pun rasa pelik jugak baca tajuk paper tu. Tp mgkn ada cerita sebalik laporan tu. Dan cerita kt atas mgkn jawapannya

    Pd anon 13.26, aku yakin dia seorang yg warak dan baik orgny. Dia nak bela agama. Tp sayang, pikiran dia x bnyjt beza dgn PAS penjual agama !!! Hancing tutur katanya. Busuk sekali budi bahasanya. X layak jd ahli UMNO. Mgkn DAP Melayu kot

    Apa pun, aku ada mintak sorang kawan ke lokasi Pak Said. Tentu ada sbb. Baca Quran dlm masjid x boleh kuat2. Sama jugak pasang tarhim kuat2. Ganggu org, dosa jugak beb. Azan lain lag. Kena kuat2. Bgtau org dan panggil org solat

    Aku merayu pd semua Melayug jgmw mudah melataghtgk surat khabar. X semua wartawan akan tulis berita benar dan betul. Lebih kepada sensasi, dan nak naik pangkat. Baik harakagp atau paper kerajaan. Sama saja !!

    ReplyDelete
  3. Betul tu..sesetengah wartawan Hanya lebih pentingkan imbuhan dari fikir soal dosa dan pahala..jenis wartwan celako...

    ReplyDelete
  4. Pada aku membuat laporan polis satu kesilapan kerana ia seolah memberi ruang kpd kafir untuk membuat laporan lain di tempat tempat lain. Walaupun keadaan tidaklah menimbulkan gangguan.. Pakcik tersebut sepatutnya berbincang dlm komunitinya utk cri penyelesaian..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive