Tuesday, 28 February 2012

Semuanya Kerana UMNO, Jika tiada UMNO saya tidak ditangkap Khalwat - Badrolamin



Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.
Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.
Menurut Badrol, Faizal membiarkan isterinya datang ke bilik saya untuk ditangkap khalwat
"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.
"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya Badrol
Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang bernama Zatiwani oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok.
Dalam pada itu ditanya kemungkinan perangkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin tidak menolak perkara berkenaan mungkin berlaku.
Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani bini tua dan peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


Sumber : Sg Rapat On9.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive