Thursday, 8 January 2015

Paris - 12 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang

12 terbunuh dalam insiden tembakan rambang di Paris PARIS: Kartunis terbaik di Perancis antara 12 individu yang terbunuh apabila dua individu bersenjata merempuh masuk ke dalam pejabat sebuah akhbar satira Charlie Hebdo di Paris pada Rabu, menurut sumber kehakiman.

Ketua Pengarang Stephane Charbonnier yang juga dikenali sebagai Charb dan kartunis yang dikenali sebagai Cabu, Tignous dan Wolinski turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Dalam laporan terdahulu, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk dua anggota polis apabila dua individu yang bersenjatakan mesin gan dan pelancar roket menembak rambang dalam sebuah pejabat Charlie Hebdo di Paris.

Terdahulu, Timbalan Datuk Bandar Paris, Bruno Julliard berkata, enam orang cedera parah termasuk seorang anggota polis. Presiden Perancis Francois Hollande turut memanggil satu mesyuarat kabinet tergempar, kata jurucakap pejabat presiden.

Sumber terdekat memberitahu, "dua lelaki bersenjatakan mesin gan dan pelancar roket menceroboh bangunan itu yang terletak di tengah bandaraya Paris dan kedengaran bunyi berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan."

Individu terbabit kemudiannya merampas sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki berhampiran. Operasi memburu tiga suspek terbabit sedang digiaykam oleh pasukan keselamatan negara itu.

Sumber

Monday, 5 January 2015

Kegilaan Kerajaan Selangor Semakin Terserlah Dibawah MB Baru??? #ubahselangor

Kerajaan Selangor kian menggila dibawah kepimpinan Menteri Besar yang baru apabila para peniaga terus tertindas dengan kerakusan kerajaan negeri.

Melalui PBT, kerajaan negeri mula mengarahkan gerai gerai dirobohkan tanpa diberikan tempat sebagai ganti kononnya dan jika ada sekalipun sudah pasti dengab kadar sewa yang tidak masuk akal akan ditawarkan.

Biasanya pengikut PR akan mengadakan bantahan apabila kerajaan Pusat membuat satu satu perkara, tapi kali ni kenapa senua senyap membisu? Sebab pengikut tegar?

Perkara ini patut dihentikan memandangkan para peniaga ini bukanlah dikalangan mereka yang berada atau kaya, hidup mereka ada yang bergantung sepenuhnya dengan perniagaan secara kecil kecilan.

Lagi satu  adalah perkara yang patut dihentikan ialah penggunaan cogankata oleh PBT, 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' adalah amat tidak sesuai memandangan PBT akan mengikut polisi kerajaan serta arahan kerajaan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan.

Ini akan membuatkan rakyat berasa keliru sama ada ianya atas arahan kerajaan negeri atau kerajaan pusat dan slogan baru perlu diberikan kepada PBT seperti contoh 'BERKHIDMAT UNTUK NEGERI' dan ini akan menampakkan satu satu arahan atau perlaksanaan sesuatu hal itu adalah dari arahan kerajaam negeri.

Rakyat Selangor perlu bangkit, jangan jadi bacul menunggu segala permasaalahan datang, kalau tak dibendung, maka akan lebih teruk lagi jadinya nanti.

Sumber

Friday, 2 January 2015

Kelantan Hebat!!! RM23 Untuk Sepinggan Nasi Berlauk Ikan Kembung???

TANAH MERAH: Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.

"Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di sini yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu. Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami. Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol. Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15. Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive