Saturday 28 June 2014

MH370!!! Semua Disyaki Mati Sesak Nafas???

SYDNEY - Semua penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi, mengikut laporan terbaharu pihak berkuasa Australia yang disiarkan hari ini.

Dalam laporan setebal 55 muka surat itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia menjelaskan, kesimpulan tersebut dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbezaan senario dalam pesawat berbanding dengan insiden-insiden sebelum ini namun tiada bukti baharu dikemukakan berhubung keadaan dalam pesawat tersebut.

Menurut laporan itu, kegagalan komunikasi dan corak penerbangan stabil yang menyerupai cara penerbangan pemanduan automatik mengukuhkan lagi dakwaan bahawa semua penumpang dan krew telah meninggal dunia lebih awal, dipercayai akibat sesak nafas.

Selain itu laporan tersebut menjelaskan, beberapa petunjuk luar biasa yang ditinggalkan sepanjang laluan penerbangan pesawat berkenaan dan tiada campur tangan juruterbang juga diambil kira sebagai bukti mengukuhkan dakwaan berkenaan.

"Berdasarkan penilaian tersebut, situasi terakhir yang menunjukkan tiada maklum balas daripada krew atau kejadian kekurangan oksigen dilihat sebagai bukti terbaik untuk menjelaskan senario yang berlaku pada tempoh akhir penerbangan pesawat MH370 ketika menuju ke arah selatan (Lautan Hindi)," jelas lapor itu tanpa menjelaskan punca semua penumpang dan krew sesak nafas.

Bagaimanapun laporan tersebut menjelaskan bahawa kesimpulan berkenaan dibuat bagi mengecilkan skop pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengumumkan lokasi pencarian baharu pesawat MH370 bermula Ogos depan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi, melibatkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Pencarian di kawasan tersebut yang dikenali sebagai 'arka ketujuh' (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit) akan dimuktamadkan dalam tempoh setahun- AFP

Friday 27 June 2014

[FOTO] Adakah 2 Pekerja Warga Asing Restoran Mamak Ini Yang Mencabul Gadis Di Seremban???

Semalam 2 orang pekerja dari sebuah restoran mamak MAULANA RESTORAN SEREMBAN JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN telah kena cekup kerana pertuduhan mencabul seorang budak perempuan anak kepada seorang towkey jual santan di Pasar Awam Seremban Jaya, Negeri Sembilan. 

Kejadian ini diberitakan menjadi kecuh dan bahan perbualan masyarakat Seremban Jaya kini sehinggakan sudah berbunyi ibu bapa sudah tidak berani nak bawa anak-anak perempuan mereka bertandang direstoran tersebut.

Kini kes tersebut dalam siasatan polis .. apa-apa pun biarkan pihak polis jalankan siasatan terperinci. -Sumber

Wednesday 25 June 2014

Presiden MCA Menteri Penuh Kabinet Persekutuan!!!

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Wee Ka Siong masing-masing dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan sebagai menteri penuh. Turut dilantik sebagai menteri ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan baharu ini berkata, Liow akan memegang jawatan Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memangku jawatan itu selama lebih setahun.

Sementara Wee akan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan itu diumumkan Najib dalam sidang media khas di Putrajaya pada pukul 1.18 tengah hari Rabu.

Selain itu tiga Naib Presiden MCA turut diberi portfolio sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Chua Tee Yong (Kementerian Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Barisan anggota Kabinet baharu ini akan mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat ini. Pengumuman pertambahan jawatan menteri dan timbalan menteri itu dibuat berikutan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA Februari lalu yang meluluskan resolusi menerima semula jawatan dalam Kabinet selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Dalam perhimpunan agung 2011, MCA meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam PRU-13. Pelantikan Liow ke portfolionya itu dilihat sebagai menyambung tradisi apabila jawatan Menteri Pengangkutan diperuntukkan kepada MCA.  - Sumber

Sidang Media PM Najib 12.30 Tengahari, Mungkinkah Berlaku Rombakan Kabinet???

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya jam 12.30 tengah hari ini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai sidang media berkenaan namun dipercayai berkaitan rombakan Kabinet.  - Sumber

Anak Didik Bang Non Bakal Hadapi Hukuman Penjara???

Bekas pelajar UPSI yang propembangkang/pro Anwar Ibrahim, Adam Adli Abd. Halim diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan di Dewan Perhimpunan Cina, tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan demikian setelah berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. "Setelah meneliti pertuduhan secara maksimum, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan wujud kes prima facie," katanya.

Mahkamah menetapkan 22 Julai ini untuk tertuduh membela diri. Berdasarkan pertuduhan Adam Adli, 24, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didakwa menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang memerintah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di No. 1, Jalan Maharajalela, di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengemukakan empat saksi terdiri daripada anggota polis termasuk Ketua Polis Balai Dang Wangi sepanjang perbicaraan.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen yang mewakili Adam Adli berkata, beliau akan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri pada prosiding pembelaan. - Sumber

Tuesday 24 June 2014

Kenapa Muhyiddin Ke Jakarta???

Khabar angin yang tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin hampir menjadi kenyataan apabila beliau dikhabarkan ke Jakarta, sebaik Perdana Menteri menafikan ada sebarang pertukaran untuk orang nombor dua itu.

Justeru, para pengundi serta ahli-ahli Umno Pagoh lega menerima perkhabaran itu. Bagi penulis Shahbudin Husin, sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

“Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib Razak menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik,” tulis beliau di blognya, seperti dilapor.

Menurutnya, sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

“Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat
sesuatu keputusan yang mengejutkan.

“Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihan raya umum akan datang,” ulasnya lagi. Desas desus berkenaan sebelum itu disebarkan dalam laman blog dan media sosial, mengatakan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran.

Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib. Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara punca Muhyiiddin diminta berundur.

Monday 23 June 2014

CFM - Larangan Kalimah Allah Hanya Untuk Herald???

Persekutuan Kristian Malaysia menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah “Allah” kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald.

Pengerusi CFM Eu Hong Seng berkata, peguam negara sebelum ini sudahpun menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini hanya berkait dengan penggunaan kalimah “Allah” dalam akhbar tersebut.

"Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan Malaysia, kami menganggap beliau dan kerajaan Malaysia berpegang pada pendirian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya CFM menetapkan bahawa masyarakat Kristian masih berhak menggunakan kalimah “Allah” dalam naskhah Bible, perkhidmatan gereja dan perhimpunan Kristian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, seperti diamalkan sebelum ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald.

Sumber

KALIMAH ALAH!!! Satu Hakim Islam Sokong Bersama Hakim Kafir???

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim, di dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. Beliau berkata itu adalah keputusan majoriti yang dipersetujui oleh empat hakim termasuk dirinya.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald, terpakai dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan.

Hakim-hakim yang bersidang: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar Datuk Zainun Ali Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Datuk Zainun Ali dikatakan menyokong supaya Kalimah Allah digunakan oleh Gereja Katholik dalam akhbarnya The Herald.  - Sumber

AL-FATIHAH!!! AJK PAS Pusat Abu Bakar Chik Mati Kemalangan!!!

KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pagi tadi .

Menurut laman web Harakah Daily, kereta yang dipandu Allahyarham dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu, sementara pembantunya dilaporkan cedera. Menurut laporan itu juga kereta yang dinaiki Allahyarham dikatakan melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja Allahyarham dan pembantunya itu dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka terbakar. Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring untuk disolat sebelum dikebumikan.

Wednesday 18 June 2014

1BestariNet-Servis YTL Dipertikai!!! KPM Jadi Kambing Hitam???

SHAH ALAM – Aktivis Pendidikan Negara, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu menyusahkan bukannya memudahkan guru seperti tujuan asal ia diperkenalkan.

Menurutnya, kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah.

“Saya merasakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi kambing hitam dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet. Ia diperkenal oleh KPM bagi mempermudah segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah katanya, projek itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan kementerian.

“1BestariNet hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300Mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan. “1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan sistem server yang lembap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak KPM mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL Communications Sdn Bhd. “Saya memohon kepada pihak KPM agar mempertimbangkan semula perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM sendiri.

“Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada,” katanya.-SH.

Saturday 7 June 2014

CEO MASKargo Letak Jawatan???

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Sdn. Bhd. (MASKargo), Mohd. Yunus Idris meletak jawatan hari ini. MASKargo dalam satu kenyataan media memberitahu, peletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 10 Jun ini.

“Mohd. Yunus telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASKargo. Hari terakhir beliau dalam syarikat adalah pada 10 Jun ini,” kata kenyataan itu hari ini.

MASKargo dalam kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan punca peletakan jawatan tersebut. Namun, desas-desus tersebar Mohd. Yunus meletak jawatan berikutan insiden pesawat MAS dilanggar sebuah kereta dan kenderaan bagasi di parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.

Mynewshub.my pada 4 Jun lalu melaporkan, sebuah lagi pesawat MAS dilanggar kenderaan bagasi ketika diparkir di KLIA selepas satu insiden sebuah pesawat MAS dilanggar kereta Perodua Viva di lokasi sama bulan lalu.

Pelanggaran tersebut menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah badan pesawat yang robek dan memberi kesan pada fiuslaj. Kejadian itu menyebabkan penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu terpaksa dipindahkan ke pesawat lain manakala pemandu kenderaan bagasi terlibat kini digantung kerja sementara.

MASKargo dalam pada itu memaklumkan, Mohd. Yunus telah berkhidmat selama 30 tahun dengan MAS bermula sebagai Pengawal Barangan. Beliau kemudian menyertai MASKargo sebagai Pengurus Projek dan Perancangan pada tahun 1994.

Mohd. Yunus seterusnya dilantik sebagai Pengurus Sokongan Lapangan yang bertanggungjawab dalam operasi kargo dan `ramp’ lapangan terbang. Beliau kemudian diberi jawatan Pengurus Besar Operasi pada tahun 2001 dan Pengurus Besar Jualan pada 20007 sebelum menjadi Ketua Pegawai Operasi pada 2012. – mynewshub.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive