Thursday 29 May 2014

Terkini!!! Coklat Cadbury Halal - Majlis Fatwa Kebangsaan

Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwamengandungi Asid Deoksiribonukliek(DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja."Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. ~awani

Kelantan Hebat!!! 12 Ekor Manusia Ditahan Kes Rogol Dan Liwat Budak 12 Tahun


KOTA BARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi Selasa di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula pada Rabu, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini, Rabu.

“Polis pada hari ini (Rabu) telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh,” katanya.

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu Khamis.

Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.

Sementara itu, Azham tidak menolak kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diliwat.

Katanya, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.

“Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.

“Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu,” katanya.

Menurut Azham, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Belum Pun SUKMA Selesai, Bumbung Kompleks Renang Terkoyak Habis!!!

KANGAR: Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan turun.


Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka."Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup.

Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka."Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang.


Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti.

Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.

Edwin berkata acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir."Saya tidak boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk bahagian acara sahaja.

Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.

Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul. ~hmetro

Sunday 25 May 2014

[VIDEO] UMNO #DSIS @ismailsabri60 Kerajaan BN Abaikan Penternak, Peladang Dan Nelayan @tunfaisal????


Pelbagai lagi bantuan daripada pihak kementerian dalam membantu meningkatkan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan dalam negara disamping beberapa program lain yang dilihat mampu memberikan impak positif terhadap golongan sasar itu.

ANTARA KEMUDAHAN UNTUK PETANI
http://m.youtube.com/watch?v=gVWWqa9KQNY



FAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK PETANI 
http://m.youtube.com/watch?v=LznX7VaySS8


Pihak orang tengah memang bijak menipu mereka. Pada mula nya mereka diberi in modal, wang, dahulukan wang jika perlu, tetapi pada akhirnya nya petani, penternak dan nelayan dipaksa menjual hasil mereka dengan harga ditetapkan oleh hm orang tengah sesuka hati.

LAFAZ IKRAR JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH 
http://m.youtube.com/watch?v=TeHNx3_H_qs


Masalah inilah yang menyebabkan nelayan, petani dan penternak tidak maju dan hidup dalam kemiskinan.

Dengan adanya pelan strategi pemasaran yang baru oleh kementerian dan usaha memperbanyakkan produk untuk pasaran antara bangsa diharap jihad ini akan berjaya.

Semalam pada 24 Mei 2014, Dato Seri Ismail Sabri berada di RTC Gopeng Perak untuk melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah untuk sub sayur sayuran dan buah buahan.
RM60 BERBILION RINGGIT DICURAHKAN KEPADA PETANI PENTERNAK DAN NELAYAN
http://m.youtube.com/watch?v=UIqaXslVlxs



Harap dengan strategy pemasaran yang baru ini akan menjadikan anak anak muda berminat dalam bidang ini sebagai kerjaya mereka yang memberikan mereka pendapatan tinggi.

[VIDEO] @ismailsabri60 #DSIS 120 Juta Dana Untuk Petani Bebas Dari Cengkaman @tunfaisal???

Semalam Dato Seri Ismail Sabri telah melancarkan satu program Pelancaran jihad memerangi Orang tengah dari sektor penjualan sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dibuat di RTC GOPENG. Disamping itu juga Menteri Pertanian Dato Seri Ismail Sabri telah menyampaikan cek daripada TEKUN NASIONAL sebanyak RM1,197,000 Juta untuk pinjaman bagi kawasan Tekuk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datuk. Dan pinjaman tersebut adalah bagi pembiayaan kepada pengusaha petani supaya mereka ini dapat dibebaskan dari cengkaman orang tengah yang telah menanipulasi dan memindas mereka selama ini. Mereka juga bebas dari dibelengu kemiskinan yang dialamai selama ini.


Bagi pihak Agrobank telah menyediakan dana sebanyak RM80 juta untuk Skim Kredit Pengeluaran makanan dan pertanian. TEKUN NASIONAL pula akan menyediakan kemudahan pembiayaan sebanyak RM40 juta dibawah Skim TEKUN NASIONAL.

Saturday 24 May 2014

Apa Lagi Produk Yang Tercemar Dengn DNA Babi Keluaran Cadbury???


RESPON KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.

Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

RESPON JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil berikutan analisis yang dijalankan KKM dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca pencemaran.
Tambahnya, selepas sijil halal dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim terhadap syarikat pengeluar produk.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Jakim telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Februari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. - Bernama

GEMPAR!!! UMNO #DSIS @ismalsabri60 Lancar Jihad Di RTC Gopeng!!!

Semua orang boleh berjanji, malah sesiapa sahaja boleh berlakon menjadi Hero Membela Nasib Rakyat. Tetapi selain daripada janji kosong dan demo atas jalanraya, bolehkah sesiapa nyatakan waima satu hasil usaha mereka dalam memastikan kos kehidupan rakyat sentiasa dibela walaupun setelah lebih dua penggal menerajui pentadbiran beberapa Kerajaan Negeri?!!

Hari ini di RTC Gopeng, YB Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani telah melancarkan Jihad Memerangi Orang Tengah Subsektor Sayur dan Buah. Inilah bukti kukuh pihak Kerajaan yang diterajui UMNO begitu serius dalam memastikan nasib rakyat terbela.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak Kerajaan dalam membanteras sabotaj ekonomi yang didalangi oleh orang tengah yang kebanyakannya penyokong pro pembangkang. Bijak bukan strategi kotor mereka?!!

Mereka naikkan harga barangan melalui peranan orang tengah untuk menekan rakyat. Kemudian mereka akan hasut pula rakyat melalui ceramah dan propaganda pembangkang yang BNlah punca rakyat susah.

Satu perkara yang mereka lupa, ketentuan Allah SWT dan tradisi UMNO yang membela rakyat akan sentiasa mengagalkan perancangan jahat ini. Tahniah DS Ahmad Sabri dan UMNO atas jihad murni ini!!!!

PT
Pembangkang hanya reti memanipulasi sesuatu  program  yang kerajaan lancar untuk membantu rakyar sahaja. Jadi fikir-fikir dan renung-renungkanlah kita sebagai rakyat jelata.

Thursday 22 May 2014

Panda Oh Panda!!! Selesa Sungguh Tinggal Di Malaysia???

Selamat datang diucapkan kepada Fuwa dan Fengyi pasangan beruang panda yang baru tiba hari ini ke Malaysia dari negara China. Semoga selesa tinggal di Malaysia bagi menghabiskan percutian selama 10 tahun atas perjanjian pinjaman antara Malaysia dan China sebagai lambang keutuhan persahabatan selama 40 tahun. 

Begitulah yang dilaporkan. Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! 

Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah! Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. 

Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun. Sekiranya panda tersebut melahirkan anak, maka Zoo Negara sekali lagi mesti membayar sebanyak RM2 juta kepada China dan setelah dua tahun, anak tersebut mestilah diserahkan kembali kepada China. 

Keseluruhan bagi 10 tahun kos pembiayaan panda ini ialah sebanyak RM70 juta jika mereka mandul. RM72 juta jika beranak dan jika sekiranya tanah itu bernilai RM250,000 seekar, maka jumlah keseluruhan pasangan panda itu dan seekor anaknya ialah RM73 juta. 

Satu jumlah yang sangat besar bagi perjanjian membawa binatang tinggal, makan dan beseronok-seronok di “rumah” kita. Sekiranya diberikan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jumlah wang sebanyak itu, berkemungkinanan rakyat Kuala Terengganu terselamat daripada kenaikan cukai pintu. 

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Dan perlu diingat semua kos ini anda semua yang bayarkan. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan GST, tarif elektrik, harga petrol dan lain-lain lagi. Faham? 

 Saya juga bukan pakar binatang, tetapi sepanjang puluhan tahun saya tinggal di Malaysia, saya tidak pernah tahu yang Malaysia mempunyai panda yang tinggal secara semula jadi di habitatnya di Malaysia ini. Jadi untuk apakah penyelidikan yang hendak dijalankan? Kenapakah tidak sahaja dibiarkan pakar-pakar binatang dari China yang menguruskan panda-panda itu? 

Dan sememangnya di situlah tempat mereka. Fikirkan kembali kenyataan dari World Wildlife Fund (WWF) yang mencadangkan agar peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan kepada usaha-usaha menyelamatkan binatang-binatang yang diancam kepupusan di Malaysia ini sendiri seperti harimau, badak Sumatera, penyu dan lain-lain lagi. 

Adakah akan kita mendapat peribahasa baru “Panda di China disusukan...”? Saya juga tidak mengetahui sangat apakah maksud kedatangan beruang panda yang dibawa itu jika ingin saya kaitkan kepada kemiskinan dan kesempitan hidup rakyat serta masalah gejala sosial, atau akan membantu mendekatkan masyarakat yang semakin jauh daripada agama. 

Apakah ini mungkin cara penyelesaian terbaru bagi mengurangkan semua masalah negara tadi oleh kerajaan, saya tidak tahu? Tapi yang pasti hal ini tidak pernah dilakukan orang, dan ianya tiada dinyatakan dalam tujuan pinjaman panda ini. 

 Sedarkah anda semua, kehadiran beruang panda ini akan menjadikan sekumpulan manusia berwang kerana mereka cukup pandai dalam mencari peluang menambahkan wang mereka. 

Apa yang terjadi, nasib yang menimpa rakyat, tidak diendahkan. Buktinya dengan kenaikan harga petrol, harga barang-barang dapur, tarif elektrik dan lain-lain lagi selepas PRU. Sepatutnyalah rakyat bangun menyatakan sikap dengan pembaziran, penyelewengan, penipuan dan pemerasan ini. 

Ditambah dengan masalah kehidupan, gejala sosialnya, tekanan kerja, hambatan material dan pertambahan kejadian jenayah. Semestinya kita bersama-sama menghentikannya. - Sumber

Wednesday 14 May 2014

ADUN Bukit Besi Buat U-Turn Kembali Kepada UMNO

Skrip Perak Berulang Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.

"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider. “Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.” Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu,

Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi semalam, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno. Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).

DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi. Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ‎akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. – TMI

Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.
Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia. Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008.

Walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh. Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib. Tahun lalu,

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.
Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

PT
Kemelut politik yang berlaku di Terengganu diharap dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Tuesday 13 May 2014

Terkini!!! Sah DUN Terengganu Bubar Secara Rasmi

DUN Negeri Terengganu dibubarkan secara rasmi bermula 13 May 2014 bersamaan 13 Rejab 1435H.

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan.

Sebarang maklumat akan diwarwakan melalui sidang media tergempar pada petang ini.  - sumber

Mat Said Oh Mat Said!!! Di Mana Kejujuran Mat Said Selama Ini???

Semalam telah berlaku satu situasi dimana Menteri Besar Terengganu telah bertukar dari pada Datuk Seri Ahmad Said kepada YB Dato Ahmad Razif.

Upacara mengangkat sumpah telah diadakan di Istana Terengganu pada malam tadi dan selang beberapa jam kemudian, mantan Menteri Besar telah bertindak keluar daripada parti diikuti oleh seorang lagi dan kini dikatakan ada 4 orang lagi ADUN dari Barisan Nasional mengikut tindakan sama.

Alasan Mat Said amat mudah kenapa beliau bertindak keluar daripada UMNO dana alasan yang beliau berikan adalah kerana anak beliau akan berkahwin pada 17 Mei nanti dan beliau mengatakan bahawa beliau telah memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri.

Persoalan disini, adakah Mat Said akan melepaskan jawatan Menteri Besar secara jujur jika peluang untuk menunggu sehingga majlis perkahwinan itu berlangsung diberikan?

Atau adakah perkara sama akan berlaku dimana beliau akan keluar dari UMNO dan bertindak menjadi ADUN bebas di negeri tersebut? Apa yang PT lihat, Mat Said tetap akan bertindak keluar dari UMNO walau apa peluang diberikan kepada beliau ketana bagi PT, pemimpin seperti ini hanya memerlukan jawatan dan bukan berpaksi kepada perjuangan.

PT juga berani mengatakan bahawa Mat Said pada hari ini ialah pengkhianat kepada UMNO dan derhaka terhadap Sultan Terengganu.  Malam tadi DYMM Sultan Mizan telah berkenan untuk menerima perlantikan Menteri Besar yang baru dan Baginda berkenan untuk menerima upacara angkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Tapi selepas beberapa jam, Mat Said bertindak keluar dari UMNO bersama seorang lagi ADUN yang membuatkan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan dan Menteri Besar yang baru dilantik tidak mendapat majoriti kerusi bagi menjalankan tugas seperti biasa.

Ini juga membuktikan bahawa Mat Said tidak menerima perkenan Tuanku Sultan diatas perlantikan Menteri Besar tersebut. Mungkin ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh Mat Said sebab alasan yang beliau berikan, tapi bagaimana pula dengan ADUN ADUN yang tidak ada kena mengena dengan majlis tersebut?

Apa pula alasan mereka? Walaupun begitu, PT tidak mengatakan semua pemimpin gilakan kuasa dan jawatan sepertimana Mat Said, ada juga beberapa pemimpin yang pernah menerima nasib sama tetapi masih lagi setia bersama dengan UMNO.

PT ambil contoh Tan Sri Isa Samad yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden dan kemudian ditarik balik dan digantung dari keahlian namun masih lagi setia bersama sama UMNO hingga ke hari ini. Tapi bagaimana pula dengan Mat Said yang mengambil tindakan menongkah arus setelah tidak memegang jawatan sebagai Menteri Besar?

PT rasa ada baiknya juga pertukaran Menteri Besar dilakukan di Terengganu kerana dengan itu kita dapat melihat sejauh mana kesetiaan dan rupa sebenar pemimpin di peringkat negeri Terengganu. - Sumber ( Sangkakalajari9)

Monday 12 May 2014

Pemilihan Parti PKR Atau Pemilihan Kepala Gengstar Ni???

Nampaknya Nurul Izzah amat kecewa dengan pemilihan parti yang dilangsungkan kali ini apa bila banyak terjadi kekecohan seperti pergaduhan dan sebagainya. Izzah juga selaku Naib Presiden PKR mengatakan bahawa kaedah lama perlu dilakukan semula iaitu meletakkan gambar seta nombor pada kertas undi dan dipangkah pada kotak bersebelahan. 

 Tapi bukan ke itu cara yang digunakan oleh SPR dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan di Malaysia dan bukankah PKR sendiri yang merungut mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya tapi kali ini Naib Presiden PKR meminta cara SPR digunakan semula, tak ke jadi agak pelik tu. 

Pemilihan PKR sama macam pemilihan nak memilih kepala ganster, dengan kerusi meja melayang, bertumbuk terajang, pukul dengan kerusi dan pelbagai lagi. Semua rakyat Malaysia tahu yang PKR adalah hasil daripada himpunan tepi jalan jadi sampai sekarang masih lagi terbawa bawa perangai lama. 

Video dalam gambar dibawah [klik gambar].. Sepatutnya Nurul serta seluruh kepimpinan PKR berasa amat malu kepada SPR yang selama ini menjalankan pilihanraya secara aman dan jika ada pergaduhan pun, ianya berpunca daripada kumpulan pembangkang sendiri dan ianya masih boleh dikawal. 

 Tapi dalam pemilihan PKR, apa yang kita nampak, pergaduhan sesama sendiri berlaku dan adakah ini sebagai saru contoh tauladan yang baik bagi sebuah parti yang beriya sangat nak menakluki negara? Ahli parti sendiri pun tak dapat nak kawal, adakah PKR mampu untuk mengawal sebuah negara? - Sumber ( sangkakajari9)

Sunday 11 May 2014

MB Terengganu Akan Bertukar Tangan

Ini Penjelasannya Spekulasi jawatan Menteri Besar Terengganu akan bertukar teraju semakin kencang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman (gambar, bawah kiri) dilaporkan hampir pasti menggantikan Datuk Ahmad Said.

Abdul Razif yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan Terengganu dijangka akan menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

Laporan The Star memetik sumber bahawa Abdul Raziz sudah diarahkan bersiap sedia untuk berada di Kuala Lumpur bagi menerima pelantikan tersebut.Abdul Razif berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat exco mingguan pada Rabu.

“Beliau berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Beliau menerima panggilan dari Putrajaya pada malam Selasa meminta beliau supaya berada di Kuala Lumpur hari ini (Khamis),” tambah sumber itu.

Abdul Razif, 49, merupakan salah seorang daripada dua ADUN dikatakan akan dilantik menjadi Menteri Besar baharu bagi menggantikan Ahmad Said. Seorang lagi adalah Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45.

Perubahan mengenai jawatan Menteri Besar di Terengganu itu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada pilihan raya umum yang lepas.

BN hanya memenangi 17 kerusi negeri manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat manakala ia berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.Najib telah memberikan Ahmad tempoh penangguhan selama setahun selepas pilihan raya kerana beliau mahu pemimpin Terengganu yang mempunyai keperibadian yang bersesuaian untuk bersama dengan rakyat.

Sumber Putrajaya memberitahu bahawa Ahmad menandatangani surat itu kira-kira dua minggu selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu, lapor portal itu.Surat itu, yang hanya sepanjang dua perenggan, menyatakan bahawa Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri

Selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Najib. Sumber di Terengganu berkata, di kalangan para anggota exco dan pegawai kanan amat merasakan bahawa akan terdapat Menteri Besar baharu tidak lama lagi.Ia begitu kuat bahawa mereka percaya bahawa Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat exco terakhir pada Khamis.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad memberikan jawapan dua perkataan beliau: “Tiada komen.”Bagaimanapun, mereka yang biasa dengan bahasa badan Ahmad berkata, “tiada komen ” itu merupakan jawapan sebenarnya yang bermakna beliau tidak menafikan apa-apa.

“Beliau cuba yang terbaik untuk menerima keadaan yang tidak dapat dielakkan. Lagipun, tidak ada MB secara terbuka akan mengesahkan bahawa beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam pertengahan penggalnya,” kata sumber. ~new malaysian post

Tutup Aurat Bukan Hak Wanita Islam Saja - Felixia Yeap

PAKAIAN menutup aurat atau berhijab sangat sinonim dengan wanita Muslimah. Tetapi, berlainan pula bagi gadis berbangsa Cina dan pemilik nama Yeap Chin Yee atau lebih mesra disapa sebagai Felixia Yeap ini (gambar di bawah.)

Biarpun pernah digelar simbol seks sebelum ini, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah di luar sana.

"Bagi saya, dalam menutup aurat, ia bukanlah tertakluk kepada mereka yang beragama Islam saja.

"Ini kerana, saya sering kali melihat wanita yang beragama Islam tidak menutup aurat.

"Saya percaya, agama Islam tidak pernah menghalang mana-mana wanita untuk menutup aurat dengan sempurna asalkan mereka tidak menyalahgunakan cara pemakaian itu," katanya kepada Zass dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini, seperti di laporkan Sinar Harian hari ini.

Begitu pun, sesuai dengan perubahan imejnya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan serta tidak sabar-sabar menjalani ibadah puasa.

Mengulas lanjut, gadis jelita ini menjelaskan, dia tidak berniat untuk menangguhkan niat suci tersebut sebaliknya memerlukan lebih masa bagi mendalami agama ALLAH SWT itu.

"Saya masih lagi dalam peringkat mengenali agama Islam. "Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

"Malah, jika berkesempatan, saya ada menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih memahami mengenai Islam," kata bekas finalis Dewi Remaja ini.

Pun begitu, dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.

"Saya tidak menyangkal sebarang kemungkinan akan memeluk agama Islam, tetapi apa yang saya ingin katakan kepada semua, adalah untuk berserah kepada ketentuan Tuhan.

"Ajaran Islam itu tidak pernah berunsurkan desakkan atau gesaan. Saya tidak mahu terburu-buru memeluk Islam hanya kerana desakkan orang ramai yang bukan berada di dalam situasi saya," katanya.

Menurut berita itu lagi.. ‘Kerakusan manusia’. Mungkin dua perkataan itu boleh menggambarkan akan situasi sebenar yang dialami oleh Felixia Yeap. Masakan tidak, model Playboy Bunny pertama berwarganegara Malaysia itu boleh 'bertukar' sehingga 360 darjah dalam membawa perubahan imej terkininya, menutup aurat dan bertudung litup.

"Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, saya tidak nafikan banyak perkara tidak manis pernah dilihat. Bukan saja melihat, malah saya juga mengalaminya sendiri.

"Lebih-lebih lagi, apabila haluan peragaan yang saya terjerumus dulu, memerlukan modelnya berimej seksi dan 'hot' untuk mendapat lebih kerja.

"Ketika itu, tiada unsur agama hadir dalam hidup saya. "Saya kecewa dengan individu yang mendekati atas tujuan mengambil kesempatan dan bukannya kerana prestasi kerja, keperibadian dan disebabkan perkara ini juga saya sering dipandang remeh," katanya.

Jelasnya, situasi berkenaan membuatkan dia sedih dan tertekan sekali gus mula memberi sepenuh tumpuan kepada penampilan wanita Muslimah.

"Saya tahu diri saya lebih berharga daripada itu. Saya berhak untuk dihormati dan bukannya hanya dipandang sebagai simbol seks semata-mata.

"Setelah saya mula memberi perhatian terhadap wanita berhijab, saya merasakan mereka jauh lebih anggun, cantik dan manis dipandang semua.

"Malah setelah saya mulai berhijab, golongan Adam yang mengacau sudah berkurangan. "Saya tidak lagi dipandang pada aset fizikal sebaliknya mulai dilihat dari segi keperibadian, cara pemikiran, intelek dan bakat," jelasnya.

Pada masa sama, Felixia berharap menjadi satu contoh dan teladan yang lebih baik kepada semua. Duta butik Neng Geulls ini juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama ibunya.

"Sejak berhijab, ibu menyaksikan sendiri perubahan ketara yang dialami. "Jika dulu, saya seorang panas baran dan berfikiran sempit, kini jauh lebih tenang dan berfikiran lapang serta terbuka.

"Saya gembira atas perubahan positif dan lebih seronok apabila ibu dapat menerima saya seadanya," kata pengamal diet pescetarian iaitu yang hanya memakan makanan laut, telur, tauhu dan sayur ini.

Sumber

Alhamdulillah, Jazakillahu Khairan Kathira!

Saturday 10 May 2014

Harith Iskander Akui Kebodohan Dirinya Kerana Persenda Hudud!!!

Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Jelasnya, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak. "Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal. Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.

Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.

"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.

"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya. - Sumber

Betulkah Gambar Ini Berlaku Di Tanah Suci???

Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi. 

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu. ~sh

Thursday 8 May 2014

Betul Ke Orang Mat Said Warning PM Najib???

Pergolakan UMNO Terengganu kini makin parah dan kritikal. Orang-orang Datuk Seri Ahmad Said tidak puas hati dengan perkembangan terkini yang dilihat seolah-olah menekan MB untuk melepaskan jawatan MB.

Semalam The Star telah menyiarkan lagi berita yang kononnya proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

The Star menyebut dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu. Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Walau bagaimana pun disebelah Datuk Seri Ahmad Said perkara ini tidak dianggap terlalu serius kerana kedudukan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan Rakyat (PAS) yang memperoleh 15 kerusi.

Ini memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Said untuk menekan musuh politik dikalangan parti sendiri dengan ugutan keluar parti. Malah Ahmad Said telah pun memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO Terengganu dengan pelbagai sokongan.

Tak hairan kalau kita lihat banner dan kain rentang menyatakan sokongan ini telah terpapar dimerata tempat. Malah Jabatan Penerangan Negeri juga digunakan untuk kempen kekal MB.

Baru-baru ini Ketua Umno Bahagian Marang yang telah mengambil ketetapan dalam satu retreat Umno Bahagian itu menyokong penuh Dato’ Seri Haji Ahmad Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Malah beberapa orang exco termasuk Nawi Haji Mohammad merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri juga menyatakan sokongan penuh kepada Dato’ Seri Haji Ahmad. Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

Kalau dulu ada usaha-usaha membuat undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad Said pernah berjumpa Dato' Harun Taib untuk membuat rundingan dan bila akhbar bertanyakan hal ini dia selamba menjawab datang untuk membeli kambing Ustaz Harun Taib.

Pihak kami dimaklumkan beberapa orang kuat DS Ahmad Said telah berjumpa dengan YB Ustaz Saiful Bahri Mamat untuk suatu rundingan Ustaz Saiful Bahri Mamat sekarang ini adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kebetulan adalah anak buah Ustaz Harun Taib paling kanan.

Anwar Ibrahim dan setpolnya Abdul Rahman (yang rosakkan hubungan PAS-PKR Terengganu) pernah menziarahi Ustaz Saiful semasa beliau sakit dulu dan pernah berkata dalam loghat utara "Anak buah Ustaz Harun tapi lebih keras daripada Ustaz Harun"

Ada pihak bertanyakan Ustaz Saiful tentang perkara ini beliau menafikan wujud perjumpaan berkenaan dan berkata bersedia untuik berbincang dengan Ahmad Said jika dia berhasrat untuk berjumpa.

Datuk Seri Ahmad Said juga bermasalah sekarang ini dengan Sultan Terengganu, Pertabalan Sultan baru-baru ini tidak ada jemputan untuk Wakil Rakyat malah tiada pingat diberikan. Tiada majlis yang menunjukkan Sultan sudah tidak suka Mat Said. Mat Said hanya ada peluang dengan PR sahaja bagi mempertahankan kedudukannya.

Pihak kami difahamkan orang kuat Ahmad Said telah memberikan amaran jika perkara ini mengaibkan MB dan jawatan timbalan menteri seperti dijanjikan tidak ditunaikan DS Najib akan kehilangan Terengganu. Betul ke Mat Said warning Najib melalui Orang kuatnya?? Kita nak lihat "Nelang Mat Said"  - Sumber

Hudud!!! Renungan Dari Pelbagai Sudut

Kerapkali orang menyangka bahawa mereka boleh “melaksanakan hukum Allah” (menggunakan ungkapan mereka) hanya dengan semangat yang berkobar, tangan yang digenggam dan pekikan takbir yang memekak.

Mereka menyangka, tidak kira apa persediaan yang dibuat, bagaimana ia dilakukan, ia semestinya akan berjalan dengan baik, menjamin keadilan dan berjaya semata-mata kerana mereka “melaksanakan hukum Allah” atau mereka tidak fikir langsung mengenainya. Mereka lupa bahawa Sunnah Allah berlaku di mana-mana.

Tentera Islam yang diketuai oleh Rasul Allah sendiri pun pernah kalah dalam perang Uhud bukan kerana tujuan mereka tidak baik, bukan kerana iman mereka berkurangan, tetapi kerana pasukan pemanah tidak mematuhi arahan, meninggal posisi mereka untuk merebut harta rampasan yang membolehkan Khalid Ibn Walid dan pasukannya memusing dan menyerang dari arah yang berlainan.

Dalam melaksanakan undang-undang pun serupa. Tidak kira undang-undang apa yang hendak dilaksanakan, jika ia tidak dilaksanakan dengan betul, cekap dan jujur, ia boleh membawa kepada ketidakadilan. Itu Sunnah Allah, dari apa yang saya faham.

Pelaksanaan sesuatu undang-undang bukanlah tamat dengan penguatkuasaannya. Lebih penting ialah bagaimana pelaksanaan itu berjalan, apa kesan dan akibatnya, adakah ia membawa kepada keadaan masyarakat yang lebih aman dan tenteram dan adakah ia meningkatkan tahap keadilan di sesebuah negara itu?

Kejayaan pelaksanaan hukuman hudud bukanlah terletak kepada berapa banyak kepala dipancung, berapa orang direjam dan berapa banyak tangan dipotong. Dari apa yang kita baca mengenai apa yang berlaku di Pakistan, Nigeria dan Sudan, nampaknya pelaksanaan undang-undang itu masih belum boleh dikatakan berjalan dengan licin dan meningkatkan keadilan.

Kita baca mengenai ketidak adilan kepada wanita-wanita mangsa rogol yang berakhir dengan dihukum kerana kesalahan zina, sebab mereka tidak dapat mengemukakan saksi-saksi secukupnya dan mereka mengandung.

Di Pakistan, tuduhan ini ditolak oleh Taqi Usmani, bekas Hakim Mahkamah Syari’ah Persekutuan Pakistan dan Hakim Mahkamah Agung Pakistan (Bahagian Rayuan Syari’ah) sambil mengatakan bahawa, semasa beliau menjadi Hakim, beliau tidak pernah menemui satu kes pun di mana seorang perempuan yang melaporkan dia dirogol berahkir dengan dihukum kerana berzinai.

Kita terima kenyataannya, tetapi bagaimana dengan kes-kes yang tidak pergi kepadanya, terutama sekali di kawasan pedalaman? Kita tidak tahu hakikat yang sebenar. Apa yang kita pasti ialah, setelah “berlaku tunjuk perasaan setiap hari” kesalahan rogol dikeluarkan daripada Hudud Ordinance dan masukkan semula ke dalam Penal Code dan dibicarakan oleh Mahkamah Sivil semula sehinggalah sekarang.

Di sini saya memetik kata-kata Dr. Anwarul Haq, seorang rakyat Pakistan yang berkhidmat dengan Kerajaan Brunei selama kira-kira tiga puluh tahun, antara lain, untuk menggubal Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah 2013 yang kita sedang bincangkan ini.

Soalan: Mengapa “berlaku tunjuk perasaan setiap hari” dan mengapa kesalahan rogol sahaja yang dikeluarkan daripada Hudud Ordinance dan dimasukkan semula ke dalam Penal Code?

Semesatinya tunjuk perasaan itu berkaitan dengan kesalahan rogol. Mengapa? Mengenai Nigeria, saya bertanya Hakim Ibrahim Bukar, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Wilayah Persekutuan, Abuja, Nigeria mengenai pegalaman Nigeria.

Dalam jawapannya kepada saya melalui email pada 10 Disember 2013, beliau berkata dan saya petik sepenuhnya dengan terjemahan saya sendiri:

“Memang betul sistem perundangan syariah telah diperkenalkan di lebih kurang 10 buah negeri di bahagian utara Nigeria. Sebagaimana yang tuan sedia maklum Nigeria adalah sebuah Persekutuan yang terdiri daripada 36 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

Sistem itu telah diperkenalkan di negeri-negeri itu secara tergesa-gesa dan lebih kerana keuntungan politik daripada pentingannya dan keperluannya. Tambahan lagi, idea itu timbul di negeri-negeri itu dan diperkenalkan tanpa rundingan dan pandangan Kerajaan Persekutuan.

Di Nigeria, Jabatan Polis, Jabatan Penjara dan undang-undang keterangan terletak di bawah senarai bidangkuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan. Tanpa “peralatan” itu, keadilan jenayah tidak boleh ditadbirkan dengan berkesan.Keadaan ini telah memberi kesan kepada innovasi itu.

Kedua, kegagalan kerajaan untuk melakukan orientasi kepada anggota masyarakat yang terlibat dan membolehkan masyarakat bukan Islam di kawasan itu menghargai (appreciate) bahawa sistem itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja menyebabkan sistem itu ditentang.

Kebanyakan pengamal undang-undang tidak mahir dalam syariah. Ini juga adalah satu faktor yang menghalang kejayaan pelaksanaannya.

Kesimpulannya, pengenalan keadilan jenyah syariah, disebabkan oleh faktor-faktor ini dan lain-lain, tidaklah boleh dikatakan satu usaha yang berjaya.

Malah, di kebelakangan ini, kita tidak langsung mendengar hukuman hudud dikenakan. Kebanyakan, jika tidak semua, hukuman yang telah dijatuhkan telah dibuat rayuan. Dalam keadaan itu, jawapan saya kepada soalan tuan ialah pelaksanaan hudud tidak atau masih belum diterima sepenuhnya.”

Lebih kurang sepuluh tahun dahulu, di satu persidangan di IKIM, Prof. Dr. Ibraheem Sulaiman daripada Centre of Islamic Studies, Ahmadu Bello University, Nigeria, antra lain, mengatakan bahawa pelaksanaan Syari’ah di Nigeria berlaku dengan cara mengejut dan tergesa-gesa.

Dalam satu rencana bertajuk “Enforcement of Hudood Punishments under Islamic Law in Nigeria: Implications for a Plural Legal System” yang ditulis oleh Aminu Adamu Bello dari Faculty of Law, University of Abuja, Nigeria, penulis itu merumuskan bahawa “..... data tidak menyokong kenyataan bahawa pelaksanaan hukuman hudud mempunyai apa-apa kesan ke atas kelakuan anti-sosial, terutama sekali rompakan bersenjata (hibara) di negeri-negeri itu.” (Terjemahan saya”). xxviii

Mengikut rencana itu, “Setakat ini terdapat tidak kurang daripada 23 orang yang sedang menunggu hukuman potong tangan dan rejam di Negeri Bauchi sahaja. Banyak daripada mereka telah berada dalam penjara lebih kurang tujuh tahun tanpa pegesahan (“ratification”) atau sebaliknya terhadap hukuman mereka oleh kerajaan negeri.”(Terjemahan saya) xxix

Mengapa kerajaan negeri tidak mengesahkan hukuman-hukuman itu?

Jawapannya, “......Gabenor-Gabenor itu mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan hukuman-hukuman itu kerana hakim-hakim Mahkamah Syari’ah telah menjatuhkan hukuman-hukuman itu dengan tergsa-tergesa tanpa mamatuhi proses perundangan.’” (Terjemahan saya).xxx

Malah, penulis rencana itu mencadangkan supaya pelaksanaan hukuman hudud dI negeri-negeri berkenaan di gantungkan.

Bagaimana dengan Sudan? Saya cuba mendapat, termasuk melalui rakan-rakan akademik, orang-orang yang mempunyai maklumat terus mengenai keadaan di Sudan untuk mejelaskan kepada kita keadaan sebenar di Sudan tetapi tidak berjaya.

Saya tidak tahu mengapa. Apa yang kita baca dan lihat di internet amatlah membimbangkan. Tetapi, untuk berlaku adil, kita tidak tahu hal yang sebenar. Maka saya hanya akan memetik dua kenyatan ini.

Pertama, saya pernah membaca satu rencana (memanglah saya tidak dapat mencarinya sekarang) yang mangatakan bahawa, atas sebab-sebab politik, suatu malam, Presiden Jaafar Nameiri muncul di talivesyen dan mengisytiharkan bahawa mulai jam 12.00 malam itu Syari’ah akan dilaksanakan sepenuhnya di Sudan.

Esoknya semua aktiviti terhenti. Polis tidak tahu yang hendak dibuat, Pendakwa tidak tahu apa yang hendak dibuat, Peguam tidak tahu apa yang hendak dibuat dan mahkamah juga tidak tahu apa yang hendak dibuat. Peguam-Peguam berlari ke kedai-kedai buku mencari apa-apa buku yang ada mengenai Syari’ah.

Kedua, kita juga membaca bahawa, dalam bulan Mac 2013, Timbalan Hakim Besar Sudan, Abdul Rahman Sharfi membuat satu pengumuman bahawa jika doktor-doktor enggan memotong tangan penjenayah yang disabitkan oleh mahkamah, kerajaan akan melatih Hakim-Hakim untuk melakukannya sendiri!

Malah beliau juga mencadangkan supaya doktor-doktor yang enggan melaksanakan hukuman itu didakwa. Saya tidak akan berhujah mengenai kewajiban melaksanakan hukuman-hukuman itu kerana saya bukan seorang ulamak.

Tetapi, saya ingin menarik perhatian kepada dua perkara. Pertama, kita tahu bahawa, Umar Ibn Khattab, Khalifah Islam yang kedua, penah tidak melaksanakan hukuman hudud bagi kesalahan mencuri di musim kelaparan.

Soalan: Adakah pendekatan seperti itu hanya diberi khusus kepada Umar Ibn Khattab dan terpakai di musim kelaparan sahaja?

Kedua, matlamat undang-undang jenayah bukanlah untuk mengenakan hukuman termasuklah sesuatu jenis hukuman tertentu. Matlamat undang-undang jenayah adalah untuk mewujudkan ketenteraman awam dan melaksanakan keadilan jika berlaku pelanggaran terhadapnya.

Hukuman adalah alat untuk mencapai matlamat tersebut. Alat bukannya matlamat. Maka, bagaimana alat itu digunakan perlu diambil kira. Hasilnya akan menjadi pengukur kejayaannya atau sebaliknya.

Mungkin orang akan berhujah bahawa prinsip ini tidak terpakai kepada hukuman hudud sebab ia adalah hak Allah. Jika demikian, soalan saya ialah: Bagaimana kita hendak “justify” tindakan Umar Ibn Khattab yang saya sebutkan itu?

Kita belum boleh membuat penilaian mengenai pelaksanaan undang-undang itu di Brunei kerana ia belum dilaksanakan. Mungkin dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi kita boleh melihat bagaimana pelaksanaannya sebenarnya berlaku dan kesannya.

Adakah ia meningkatkan tahap pencapaian keadilan? Adakah ia mengurangkan kadar jenayah seperti yang diharapkan? Adakah Negara Brunei Darussalam, yang sudah pun aman tenteram itu, akan menjadi lebih aman dan tenteram?

Setakat ini negara-negara yang melaksanakan hukuman hudud, seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan nampaknya masih jauh di belakang berbanding dengan negara-negara yang tidak melaksanakan hukuman hadd seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun dalam hal ini. Mungkin ada factor-faktor lain.

Kita tidak boleh menjadikan apa yang kita lihat di Makkah dan Madinah sebagai ukuran. Orang-orang yang pergi ke sana adalah orang-orang yang hendak mengerjakan ibadat haji, kebanyakannya mungkin hanya sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup yang mungkin disimpan seumur hidup, berhasrat mendapat haji yang mabrur dan kebanyakannya sudah lanjut usia dan sudah bertaubat.

Semestinyalah mereka tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan jenayah. Sebaliknya, tidakkah peraturan bahawa perempuan mesti diiringi oleh mahramnya (lelaki) dan hakikat bahawa hingga ke hari ini perempuan di Saudi Arabia tidak dibenarkan memandu kereta mempunyai kaitannya dengan keselamatan diri mereka?

Mungkin Brunei akan membuktikan sesuatu kelak. Kita tunggu dan lihat. Sekurang-kurangnya di Brunei ada satu perbezaan. Di Brunei pelaksanaannya bukanlah kerana survival politik atau untuk memenangi pilihanraya yang terdekat. Kerja-kerja ke arahnya telah berjalan kira-kira tiga puluh tahun dan masih belum selesai.

Di Malaysia? Saya telah meletakkan faktanya di hadapan tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan fikirlah sendiri dan buatlah keputusan sendiri. Terima kasih.

Catitan : Tulisan diatas merupakan petikan bahagian 'penutup' WACANA INTELEKTUAL MPM-YADIM 7 January 2014 PELAKSANAAN HUDUD DI BRUNEI: PERBEZAAN DI ANTARA BRUNEI DAN MALAYSIA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia)

Nama MB Terengganu Yang Baru Telah Dihantar Ke Istana???

PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik. Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu. Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -mstar-

Monday 5 May 2014

Wajib Baca!!! Betulkah Sistem PDRM Senaraikan Mayat Sebagai Buruan???

PETALING JAYA: Tahukah anda berkenaan filem cereka Hollywood berjudul R.I.P.D (Rest in Peace Department)? Ia berkisar sebuah agensi di mana anggota polis yang telah mati memburu hantu penjenayah.

Tidak lama lagi, Polis di-Raja Malaysia (PDRM) juga mungkin menyaingi agensi itu kerana orang mati masih disenaraikan sebagai “buruan” di dalam sistem KomPol yang dikatakan teramat canggih. Bezanya, polis hidup memburu hantu penjenayah.

Kepada yang terpinga-pinga, KomPol ialah pengkalan data dalaman yang merangkumi butiran tentang penjenayah dan mereka yang berada di dalam senarai buruan. Yang anehnya, pihak yang bertanggungjawab terhadap sistem itu langsung tidak melakukan kemaskini.

Pengerusi badan bertindak memantau aktiviti jenayah (MyWatch) R. Sri Sanjeevan menarik perhatian tentang kelemahan sistem ini.

“Aduan yang kami terima ialah berkenaan orang disyaki yang telah ditangkap dan dibicarakan tetapi nama mereka masih di dalam senarai orang buruan.

“Ini menyebabkan kesusahan mereka, kerana disoal ketika pemeriksaan polis di jalanraya. Rakan-rakan yang menemani juga ditahan beberapa jam. Kadang-kala ‘orang buruan’ itu dihumban ke dalam lokap selama sehari sehingga polis mengesahkan senarai itu dengan Pegawai Penyiasat atau balai polis berkaitan,” katanya.

Kelemahan pihak polis yang sering mengaku telus dan berkesan di dalam tindakan mereka amat mengecewakan. Tiada alasan bagi perkara sebegini berlaku kerana ia melibatkan reputasi individu serta hidupnya.

Bayangkan sekiranya dia terpaksa meringkuk di dalam penjara selama beberapa bulan dan selepas dibebaskan, mahu memulakan hidup baharu. Dia ditahan polis kerana kesalahan yang pernah dilakukannya, hanya kerana sistem ini tidak dikemaskini.

Didapati bersalah sekali, diburu polis sampai mati. Bukan sekadar menghukum pesalahlaku yang telah menjalani hukuman, sistem tersebut juga didapati MyWatch sebagai menyenaraikan sekurang-kurangnya seorang individu yang telah meninggal dunia sebagai orang buruan.

“Individu ini melakukan kesalahan pada 2007 dan meninggal pada 2013. Sistem KomPol masih menyenarainya sebagai buruan sementara Jabatan Pendaftaran Negara jelas menyatakan statusnya sebagai telah mati.

“Ini amat mengejutkan. Bagaimana PDRM gagal menyedari perkara yang sebegini besar di dalam senarai mereka?” soal Sanjeevan. Ia turut menimbulkan persoalan tentang kerjasama di antara agensi kerajaan -- dalam hal ini JPN dan PDRM.

Adakah kerjasama di antara mereka? Bagaimana PDRM boleh terlepas pandang perkara ini? Berapa kerapkah sistem KomPol ini dikemaskini, dan bagaimana ia dilakukan?

Adakah dengan hanya menekan butang ‘refresh’ atau pihak yang terbabit benar-benar menyemak senarai yang ada? Tidakkah kita belajar daripada pengalaman dua warga asing yang menggunakan dokumen yang dicuri bagi menaiki pesawat MH370 yang hilang itu?

Insiden itu mampu dielakkan jika pegawai imigresen kita menyemak butiran yang terkandung di dalam paspot penumpang dengan pengkalan data Interpol -- yang menyenaraikan berjuta paspot yang hilang di serata dunia.

Pendedahan ini membuka pelbagai kemungkinan tentang amalan salahlaku dan rasuah di kalangan pihak berkuasa -- dan pekerja yang hanya makan gaji buta.

Di dunia ideal (atau di Jepun), insiden ini dituruti dengan pengunduran pegawai tertinggi sehingga ke peringkat menteri kerana mereka memikul tanggungjawab bagi kesalahan yang dilakukan.

Namun di Malaysia, urusan berjalan seperti biasa. Jari telunjuk sudah tentu ditunding ke pihak lain. Bagi insiden ini, wajar sekali PDRM membetulkan keadaan. Kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat dan anggota polis kita tidak melakukan tugas yang berkesan membasminya.

Kita tidak mahu anggota PDRM menangkap orang yang sama berulang kali kerana kesalahan yang dilakukan di masa lampau. Kita juga tidak mahu mereka terus melakukan pemburuan ke atas individu yang telah mati. - V Shuman

PT
Seorang sahabat membetitahu beliau  mula hilang kepercayaan kepada PDRM semenjak beberapa insiden yang berlaku dengan seorang anggota polis yang bertugas di negeri Kelantan. Rupa2nya PDRM ni memihak kepada anggota mereka walaupun berpuluh repot telah dibuat!!! Jangan jadikan kes yang terpencil ini sebagai sebab untuk rakyat bawahan membenci PDRM???

Misteri MH370!!! Rakaman Audio Telah Disunting???

PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat 'jarak kosong' yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio. Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

"Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

"Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit," katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit. Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

"Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti," kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru. - SINAR HARIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive