Wednesday, 29 January 2014

PRK Kajang - Komen Saifuddin Abdullah Bagi Pihak Anwar????

Perletakan jawatan ADUN PKR di Kajang menimbulkan pelbagai pendapat dari ahli politik, penganalisis dan orang ramai sendiri. 

PKR terpaksa memberi penjelasan tindakan ADUN tersebut meletak jawatan sehingga terpaksa membuat perhimpnan penjelasan khas pagi ini. 

 Bagi pihak Umno, nampaknya bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah sukarela membuat penjelasan bagi pihak PKR dan Anwar yang akan bertanding. 

 Penjelasan Saifuddin di atas di akaun Twitter miliknya menaikkan darah blogger Umno, seolah-olah Saifuddin menjadi jurucakap kepada Anwar, kata mereka. - Sumber

PRK Kajang - Dr MAZA Kecam Tindakan PKR

Dr Asri Kecam Tindakan PKR Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut. "PRK melibatkan perbelanjaan orang awam.

Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya. Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."

Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor. "PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay, pagi tadi.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini." Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.

"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya. Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.

"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding. - Sumber

Tuesday, 28 January 2014

Keputusan Papa Homo Vs Papa Gomo 28 Feb!!!

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 Feb depan untuk keputusan kes saman penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' yang didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam N. Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan).

Surendran ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa mahkamah menetapkan tarikh itu untuk keputusan selepas kes berkenaan ditutup hari ini.

Jasbeer Singh pula memaklumkan kepada pemberita pihaknya memohon tarikh baharu untuk memanggil saksi terakhir yang sepatutnya hadir ke mahkamah, bagaimanapun ia dibantah peguam plaintif (Anwar) dan mahkamah memutuskan kes itu ditutup," katanya

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Prosiding perbicaraan yang bermula semalam telah memanggil dua saksi plaintif termasuk Anwar dan seorang saksi defendan iaitu Wan Muhammad Azri memberi keterangan. - Bernama

Bang Non Sah Tanding DUN Kajang - MB

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.  - Sumber

Monday, 27 January 2014

Kisah Pernikahan Nurul Izzah Dari Dairi Zulkifli Nordin

MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri. Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh. Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah. Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri. Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri. Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka. Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu. Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin. Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah. Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu. Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.

Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang. Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.

Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua. Wallahua'lam dan Wassalam. (SH)

Zulkifli Noordin

Thursday, 23 January 2014

Betulkah Nurul Izzah Failkan Penceraian??? Kenapa & Mengapa???

Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya. Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim,yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan,telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini,tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.Nurul Izzah,33,Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim,35,telah berkahwin pada 9 Mei 2003.Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya. Lihat di Rakyat News

Apa pun PT doakan semoga hubungan Nurul Izzah berkekalan hingga akhir hayat. Kalau bergaduh sikit tu biasalah asam garam rumah tangga. Carilah jalan terbaik jangan sampai penceraian. Dalam Islam pun tak galakkan kita bercerai.

Perkara yang Allah S.W.T benci adalah penceraian...hindari diri kita dari perkara yang Allah S.W.T larang dan kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.

Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Tujuan berumah tangga ialah untuk “mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup” - (ar-Rum ayat 21) - Sumber

Wednesday, 22 January 2014

Oh Malaysiaku!!!! CASMET Nafi Arah Penyanyi Wanita Turun Pentas????

Syarikat pemaju hartanah, CASTMET Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka bertindak mengarahkan seorang penyanyi, Marinatasha Isnariah Mustapar turun dari pentas dari membuat persembahan kerana dia berhijab dalam pemakaiannya ketika majlis makan makan malam tahunan syarikat tersebut di Bukit Kiara pada Sabtu lalu.

Pengarah Urusannya, Tan Keh Wah memberitahu syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana individu berdasarkan latar agama, keturunan dan juga kepercayaannya.

“Ingin saya tegaskan disini, syarikat kami bukanlah syarikat berteraskan perkauman atau ‘rasis’ dan kami tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana individu kerana pegangan agama, kepercayaan atau keturunan,” kata Tan.

Menurut Tan, Marinatasha ditegah untuk tidak membuat persembahan oleh pihaknya bukan kerana dia bertudung tetapi dia bukanlah penyanyi yang dipersetujui oleh pihaknya dan pihak pengurusan acara.

Pada 6 Januari lalu, Jawatankuasa Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 telah bermesyuarat dan dalam mensyuarat itu, pihak CASTMET Sdn Bhd telah menjemput Mohd Solih Toha, iaitu wakil dari syarikat pengurusan acara.

“Dalam mesyuarat tersebut, kesepakatan telah dicapai dimana kumpulan muzik yang akan membuat persembahan akan berinteraksi seperti menari dan menyanyi bersama tetamu yang hadir pada malam itu,” kata Tan kepada pemberita di Bukit Damansara pada Selasa.

Pada 15 Januari pula, ketika raptai dijalankan, penganjur (CASTMET Sdn Bhd) telah diperkenalkan dengan kumpulan ‘Rufus’ yang akan membuat persembahan pada majlis tersebut.

“Kumpulan ini dianggotai oleh seorang penyanyi, pemain dram, pemain gitar utama, pemain gitar ‘bass’ dan pemain ‘keyboard dan ketika itu kami dimaklumkan dari ketua kumpulan ini, Nazri bahawa penyanyi yang muncul ketika majlis ‘preview’ itu, Marinatasha hanyalah sebagai penyanyi pengganti untuk sesi raptai dan kami berpendapat bahawa beliau tidak sesuai untuk majlis pada malam itu,” kata Tan lagi.

Tan menambah keputusan untuk tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung adalah disebabkan pada majlis tersebut ada dihidangkan minuman beralkohol.

“Menurut isi perjanjian itu, penyanyi harus berinteraksi dengan tetamu yang kebanyakkannya lelaki bukan Islam dengan menari dan menyanyi bersama mereka dan demi menjaga maruah dan sensitiviti orang Islam, syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung dalam majlis tersebut,” jelas Tan lagi.

Melalui wakil syarikat pengurusan acara juga, Tan difahamkan penyanyi utama bagi persembahan malam tersebut bukanlah Marinatasha tetapi adalah bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-8 iaitu Zafarina Jamhari atau Farina.

Pada majlis makam tersebut, selepas Marinatasha tidak dibenarkan membuat persembahan, beliau masih lagi naik ke pentas setelah diundang oleh Farina untuk mendendangkan dua buah lagu bersamanya.

“Ketika berada di pentas itulah, Marinatasha telah bertindak mengumumkan di khalayak ramai bahawa beliau adalah penyanyi utama dan beliau tidak dibenarkan membuat persembahan kerana memakai tudung,” kata Tan lagi.

Sebelum itu,  penyanyi mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan. Marinatasha Isnariah Mustapar, 32, mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah di Bukit Kiara pada Sabtu lalu.

Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut.

Kenyataannya itu telah mengejutkan tetamu yang hadir terutama pengurusan syarikat tersebut dan ianya juga telah memburukkan imej dan nama syarikat tersebut yang menunjukkan bahawa syarikat itu seolah-olah ‘rasis’.

Selepas acara itu tamat, wakil syarikat CASTMET ada bertemu dengannya untuk mempersoalkan tindakannya itu dan sekali lagi CASTMET Sdn Bhd dituduh sebagai ‘rasis’.

Lantaran itu, setelah tersebarnya laporan kejadian tersebut yang dipaparkan melalui blog, pihaknya membuat laporan polis setelah terdapat ugutan dari sebuah badan bukan kerajaan yang mengugut untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat CASTMET Sdn Bhd pada Jumaat ini selepas solat Jumaat.

"Syarikat kami menggalakkan pekerja wanita beragama Islam bertudung malah kami menyediakan tudung sebagai sebahagian pakaian seragam pekerja kami," katanya lagi.

Tan berkata sebagai pengarah urusan syarikat, dia menjemput Marinatasha untuk ke pejabatnya dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.

"Saya menjemput Marina dan ibunya untuk hadir ke pejabat kami, lihat sendiri situasi disana dimana lebih separuh pekerja kami adalah bumiputra beragama Islam dan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah ," katanya.

Namun, Marinatasha menolak pelawaan tersebut dan berkeras untuk tidak mahu pergi ke pejabat CASTMET Sdn Bhd. Sebelum itu, dalam satu sidang media yang berlainan, penyanyi, Marinatasha, 32 mendakwa dirinya telah dihalau turun dari pentas oleh penganjur majlis kerana mengenakan tudung ketika membuat persembahan.

Dakwa Marinatasha, beliau yang sepatutnya menyanyi bersama kumpulan muzik, 'Rufus' telah diarahkan untuk turun dari pentas utama pada majlis itu oleh wakil syarikat tersebut ketika majlis makan malam tahunan syarikat tersebut berlangsung.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Dasar Awam MySuara, Faizal Riduan. - Sumber

Oh Malaysiaku!!! Isu Kangkung - Lim Kit Siang Desak Adun PKR Mohon Maaf

Tuesday, 21 January 2014 Suap kangkung: Lim Kit Siang desak Adun PKR mohon maaf DAP mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Lee Khai Loon memohon maaf kerana menyuapkan kangkung ke replika mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Supaya kumpulan ekstremis tidak menjadikan insiden itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei, 1969.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf berikutan terdapat pihak tertentu termasuk dirinya melihat perbuatan itu sebagai melampau, kasar dan tidak sensitif.

“Namun apa yang lebih penting adalah tidak membenarkan pihak tertentu mencari alasan bagi memanipulasi insiden itu untuk menghangatkan lagi kebencian kaum dan agama sehingga berulangnya peristiwa 13 Mei.

“Mereka yang cintakan tanah air berkata tentang keamanan, perpaduan dan tolak ansur di kalangan rakyat Malaysia tetapi pengkhianat negara mencetuskan konflik, kebencian dan tidak toleransi.

“Adakah pemimpin Barisan Nasional (BN) bersedia menyertai Pakatan Rakyat bagi mempromosikan patriotisme, keamanan, perpaduan dan tolak ansur serta menolak perpecahan, konflik dan kebencian?” soalnya.

Lim berkata, Najib dan anggota Kabinet perlu menghentikan siri jelajah Umno Selangor yang hanya akan mencetuskan lebih kemarahan, syak wasangka dan hilang kepercayaan dalam negara berbilang kaum.

Kira-kira 30 siri jelajah dirancang Umno Selangor bersama pertubuhan Islam bagi menerangkan kontroversi perundangan di Selangor dan melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

“Inilah masanya semua pemimpin parti politik tanpa mengira latar belakang parti membuktikan kesatuan, keharmonian dan tidak berasa malu mengasingkan diri daripada pengkhianat yang mencetuskan kebencian kaum dan agama.

“Salah satu cara menguji kesetiaan terhadap negara adalah apabila pemimpin politik atau pertubuhan menyemarakkan api kebencian kaum dan agama,” kata Lim. - Sumber

Oh Malaysiaku!!! PERKASA Sedih Orang Melayu Terbit Filem Banyak Adengan 'Lucah'????

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz. 


Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat. "Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. 

PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya. 

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini. Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit. 

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York. Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan. Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara. 

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan. "Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung di negara ini," kata beliau. - sumber

Tuesday, 21 January 2014

Oh Malaysiaku!!! Pengarah Urusan Casmet Mohon Maaf - Isu Penyanyi Bertudung Dihalau Turun....

Penyanyi yang bertudung yang dihalau turun pentas pada 18 Januari lalu membuat laporan polis hari ini.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33 sebak ketika menceritakan ketika beliau diminta turun daripada pentas oleh seorang wakil syarikat yang menjemputnya menyanyi dengan alasan beliau bertudung.

Beliau yang pertama kali tampil memberi penjelasan kepada media berkata, kejadian itu tidak seharusnya berlaku di negara ini.

"Pada waktu kejadian saya telah berada di atas pentas tapi terpaksa mengemaskan peralatan di hadapan 100 orang tetamu. Anda semua boleh bayangkan bagaimana perasaaan saya pada itu.

"Saya rasa amat terhina. Perkara ini tidak seharusnya berlaku di Malaysia. Saya rasa amat malu tapi saya terpaksa akur dan turun," kata Marinatasha sebak.

Dalam pada itu Pengarah Urusan Casmet Sdn. Bhd, Tan Keh Wah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semasa pertemuan dengan penyanyi tersebut di Bukit Damansara hari ini.

Selain itu satu perjumpaan juga akan diadakan antara Marinatasha dan Pengarah Kewangan Casmet, Sharon Yong.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kontrak asal tidak menyembut Marinatasha sebagai penyanyi sebaliknya pihak ketiga menamakan penyanyi lain.

"Namun kita akan memenuhi permintaan Marinatasha untuk bersemuka dengan Sharon bagi mendengar penerangan dari beliau," jelas beliau dipetik Utusan Malaysia.

Kerana Tudung!!!! Penyanyi Wanita Diarah Turun Pentas....Oh Malaysiaku

Bukan soal agama, atau kaum atau isu politik, tapi mari kita lihat kejadian yang menjolok mata ini dari sudut hak asasi. Kes seorang penyanyi yang diarah turun pentas oleh salah seorang dari penganjur sebab penyanyi itu bertudung.

Keadaan ini berlaku dalam suasana masih panas lagi kontroversi diskriminasi ke atas seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarah membuka tudung semasa mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan ina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, baru-baru ini.

Pada pagi Ahad, seorang penyanyi membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi kerana terhina dimalukan dengan dihalau turun pentas kerana memakai tudung.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, (gambar) yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus mendakwa diarahkan turun daripada pentas ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu.

Menurut Mysuara.net, kejadian itu berlaku apabila Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong pada jam 8.00 malam Sabtu sejurus sebelum Marina membuat persembahan sempena Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung meminta dicari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan namun itu mustahil dilakukan pada saat akhir persembahan sudah hendak bermula.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah (bangkitkan) isu mengenai tudung yang saya pakai.

“Hanya semasa hari majlis tersebut (malam Sabtu), Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.” Marina, bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal berkata ini pertama kali beliau menjadi mangsa diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam bidang nyanyian.

Beliau menyifatkan tindakan pegawai syarikat berkenaan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina.

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul dalam persembahan selepas itu bersimpati dengan Marina lalu mengundang beliau naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina.

Namun Marina mendakwa beliau selepas itu dipanggil keluar dewan oleh Shannon dan dimarahi kerana menerima pelawaan Farina untuk menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkan Marina bersama Penolong Pengurus Pembangunan CATMET, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut atas alasan beliau bukan pihak yang berautoriti ketika dihubungi MySuara.net iaitu portal berita MySuara FM, sebuah Radio Internet ‘live’ tempatan.

Mari kita tunggu apa komen pejuang-pejuang hak asasi di Malaysia... apakah mereka perjuangan mereka hanya terhadap isu LGBT saja, atau yang mempunyai agenda pembangkang sahaja. Isu ini ujian keikhlasan mereka.
Sumber

Thursday, 16 January 2014

Mayat Bapak Pembunuh Islam Palestin Ariel Sharon Seakan Enggan Diterima Bumi...

Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel. Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan. Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.-Mynewshub

PT
Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan. Sepertimana kisah kezaliman Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran, maka ia kini berulang ke atas manusia yang zalim dan kejam semasa ia berada di atas mukabumi Tuhan.

Bukankah kesemua ini menceritakan kebenaran Kalamullah di dalam Al-Quran? Dari kisah Firaun, Allah SWT telah ber­janji bahawa jasad Firaun akan berkekalan sehingga hari kiamat sebagai peringatan dan pengik­tibaran kepada manusia yang melampau.

Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud: :

"Maka pada hari ini, Kami se­lamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) ses­ungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda - tanda kekuasaan Kami!"

Kini Ariel Sharon. Alam seakan-akan menolak kekhadirannya di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan....

Wednesday, 15 January 2014

Isu Kangkung!!! Prof Diraja Ungku Aziz Nafi Tulisannya...

Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan ‘kangkung’ di atas yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan ia zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara tersebut.

“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya dipetik Bernama.

Catatan tersebut tersebar di laman dan media sosial setelah penjelasan Najib berkaitan peningkatan dan penurunan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lalu.

Beliau juga menjelaskan lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi. Ditanya tentang kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, beliau berkata tidak berhasrat berbuat demikian.
“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.  - Sumber

Wednesday, 8 January 2014

Kenapa Masih Berlembut Dengan BANGSAT Ni????

Polis Selangor pada Selasa telah mengambil keterangan Pengarang majalah mingguan Katolik, 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Peguam Lawrence, Francis Pereira berkata anak guamnya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 3.30 petang dan selesai merakamkan keterangannya kira-kira pukul 5 petang Selasa.

"Kami dimaklumkan polis menyiasat perkara ini mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan berhubung kenyataannya kepada wartawan portal berita (The Malaysian Insider.com) Eileen Ng, minggu lalu," kata Pereira ketika dihubungi.

Paderi Lawrence dipetik oleh portal berita itu pada 27 Dis lepas sebagai berkata bahawa semua gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA

PT
Kalau setakat ambik keterangan, lepas tu bebas, tiada keperluan pendakwaan ke atasnya konon...Tengok yang kena tangkap perhimpunan "Turun" baru ni, apa dah jadi?? dibebaskan dengan alasan "tiada keperluan pendakwaan" !!!

Tuesday, 7 January 2014

PPD & JPN Siasat Admin Page Mansuh SPPBS

Seorang guru yang mewujudkan fanpage “Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan” telah disiasat PPD dan JPN. Ia dimaklumkan dalam fanpage tersebut. Malah katanya bukan hanya PPD dan JPN yang datang tetapi pihak kementerian-KPM turut hadir.

“Rupanya bukan sekadar JPN dan PPD yang hadir, malah ada pegawai KPM yang baru sampai ke sekolah Admin.”

Siasatan dijalankan selama 1 jam 45 minit di sekolah yang tak dinyatakan.

“Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar, siasatan selama 1 jam 45 minit,” tulis admin fanpage lagi.

Berdasarkan siasatan kesalahannya kerana membuat kempen di FB.

“Kesalahan Admin sekarang ialah membuat kempen ‘MANSUH’ dasar Kerajaan Malaysia.”

Admin tersebut juga menulis;

“Andai Admin dikenakan tindakan tatatertib sekalipun, Admin redha kepada Allah s.w.t. dan setakat inilah usaha untuk memudahkan perjalanan kerja semua guru Malaysia.”  - Sumber

Monday, 6 January 2014

Kekarutan Marina Mahathir??? - Isu Cuti Jumaat

Kekarutan Marina Mahathir tentang yang ini tentunya tak boleh diterima. Marina Mahathir mempertikaikan cuti hari Jumaat dan menganggap sebagai mengarut.

“tlg tunjuk kat mana dlm Quran dikatakan mesti cuti Hari Jumaat?” tulis Marina di laman Twitternya semalam.

Kenyataan mungkin berkaitan dengan negeri Johor yang malaksanakan cuti pada hari Jumaat bermula pada awal 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive