Friday, 27 September 2013

Petrol RON95 Tak Akan Naik Tengah Malam Ini - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi itu masih kekal RM2.10. "Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 September lalu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut menafikan khabar angin itu. Katanya, khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.

Bini Mat Yo Mohon Maaf!!! Tapi Bukan Kepada Pak Guard Yang Dulu Ditendang Kini Disayang


Insiden Shahrul Aishah, bini Mat Yo atau Nor Shahrul Idlan Talaha maki seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjadi topik hangat pengguna internet. Setakat ini belum reda.


Ramai yang mengutuk Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook “Kami Benci Bini Mat Yo” sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan tersebut. Page tersebut sehingga kini mendapat 58 558 like.

Isteri Mat Yo mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.Beliau berkata "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

Saya percaya kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku".

Tu la pasainya bila perasaan ego menguasai diri , suka memandang orang sebelah mata maka terimalah akibatnya dari perbuatan kamu itu.

Tu pun mujur sedar akan kesilapan bila dicemuh oleh orang ramai, jika tidak pasti ego bertingkat tingkat.


Bini Mat Yo lupa barangkali... agama memang melarang umat menghina sesama insan hatta walau pada seekor kucing kurap sekali pun kita ditegah menyakitinya, inikan pula sesama manusia.Jadi perbuatan yang dilakukan oleh bini Mat Yo patut dicemuh oleh orang ramai ,baru jumpa akal baru nak mintak maaf...

Tatapi tak perlu la mintak maaf pada semua rakyat Malaysia , cukup la sekadar pergi mintak maaf dekat " pakcik Guard" tutup cerita.

Pakcik tu yang kena tendang dan sakitikan hatinya dengan sumpah seranah dari mulut longkang mu itu ,maka pergi la mintak ampun padanya sebelum terlambat.

28juta rakyat Malaysia tak ada kena mengena dan tak perlu mohon maaf,. lain kali jaga diri serta tingkah laku , jangan biadap dengan orang tua serta undang undang.



Sementara itu Siti Aisya menyifatkan kebenaran mengenai isu yang berlaku ini akan terbongkar dan meminta umum jangan terus menghukum dan mencemuh suaminya dengan hanya menonton rakaman video yang tersebar itu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya

Mengenai rakaman video yang mendapat kecaman ramai itu, Siti Aisya menjelaskan bukan dia yang memuat naik di internet seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak

Mengulas lanjut tentang video terbabit, Siti Aisya turut memaklumkan hanya dua individu memiliki rakaman terbabit namun beliau enggan mendedahkan siapa dua individu tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis

Tambah laporan lagi, ekoran penyebaran video berkenaan, Siti Aisya menghadapi tekanan apabila ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku

Beliau turut menafikan tuduhan masyarakat yang tindakannya itu memalukan suami malah dirinya bukan seorang yang biadap dan menegaskan kejadian itu berlaku apabila individu lain membuat dirinya terasa tercabar sehingga menimbulkan kemarahannya.


Bini Mat Yo juga tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar

Ada laporan menyebut isteri Mat Yo akan mengambil tindakan saman terhadap pengawal tersebut. Kenapa agaknya? Adakah dia ingin menambah lagi kemarahan orang ramai terhadapnya yang sepatutnya diselesaikan dengan cara lebih baik. Adakah ini juga ego orang berduit?



MENGAPA PROJEK Enchant1MST Di Rahsiakan Dari Rakyat!!! Apa Kerajaan Najib Buat???

Semalam PT terbaca dalam blog rakan blogger yang menulis tentang satu projek yang dinamakan Enchant1MST yang akan dibina di kawasan Gambang yang melibatkan tanah seluas 500 ekar lebih kurang seluas kawasan KLIA.

Projek yang menelan kos berbillion ringgit ini sebenarnya akan menempatkan segala gala yang terbesar dalam dunia termasuklah kuil dan patung tokong juga yang terbesar didunia akan dibina di kawasan tersebut.

Menurut rakan blogger, Din Turtle upacara pecah tanah akan diadakan pada bulan November nanti.

Lebih lanjut baca [DISINI].


Apa yang  di kesalkan disinibialah, mengapa Najib seperti merahsiakan projek mega ini kepada rakyat jelata, kalau setakat untuk membina kompleks perniagaan terbesar atau apa apa yang besar sekali pun, janganlah sampai projek tersebut diselitkan sekali dengan binaan berhala, tokong dan rumah penyimpanan abu mayat terbesar di kawasan tersebut.

Tapi tak terbaca pula ada pembinaan masjid terbesar di dunia dan ditempatkan di kawasan tersebut.

Dalam perlembagaan negara ada menyatakan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan sepatutnya Masjid adalah keutamaan dalam pembinaan di kawasan tersebut.

Walaupun untuk tujuan pelancongan, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan membina kawasan tersebut dengan pelbagai binaan yang pelik pelik termasuklah Piramid yang juga kononnya terbesar didunia.


Sedangkan beberapa tahun dahulu kisah kerajaan langit Ayah Pin juga merisaukan masyarakat Malaysia dan telah mengambil tindakan menghancurkan monumen monumen Ayah Pin bagi menyelamatkan pegangan agama penduduk negara ini..

Dengan keluasan seluas 500 ekar, ianya tidak akan mampu dilawati hanya dengan 4 atau 5 jam, mungkin ianya akan mengambil masa lebih dari itu dan Sangkakala tidak pula melihat bahawa ada binaan masjid di kawasan tersebut, dan jika kawasan ini dilawati oleh orang Islam, adakah mereka ini perlu melakukan solat di tepi jalan?

Satu lagi persoalan yang ingin persoalkan ialah, adakah kerajaan Malaysia akan mengubah lanskap kehidupan rakyat dengab mewujudkan tempat sebegitu atau adakah perlembagaan negara perlu kita tukar dengan tidak lagi meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan?

Bukanlah  hendak menghalang kemajuan negara tetapi pembinaan ini perlu DIBANTAH dan DIHALANG sepenuhnya oleh orang Islam demi menjaga maruah agama Islam di negara ini.

Mungkin Najib sekarang dah tak berapa nampak tentang Islam dan keperluan serta sensitiviti masyarakat beragama islam itu aendiri kerana sudah terlalu taksub dengan slogan mengampu iaitu 1Malaysia.
PT
Lihat kembali kepada agama suci Islam. Rasulullah s.a.w. memperjuangkan agama ringkas tanpa kelas. Baginda menolak sebarang amalan khurafat dan syirik. Tauhid mengehendaki ibadat yang suci dan bebas daripada berhala.

Berhala-berhala di keliling Kaabah diruntuhkan. Masjid Nabawi yang didirikan amat ringkas. Ia digunakan bukan saja sebagai tempat ibadat tetapi juga seperti dewan serba guna, atau town hall untuk membincangkan masalah politik, sosial, ekonomi dan ilmiah.
PT menyeru kepada semua umat Islam khasnya badan badan bukan kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai asas perjuangan mereka supaya sama sama menentang pembinaan tersebut sebelum ianya terlambat.

#PemilihanUMNO - Ahmad Mukhriz Calon Paling Layak Untuk Exco Pemuda #Mukhriz4Exco



Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.


Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad telah bersedia bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya juga akan berusaha membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu. 

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.

Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan. 


Apa-apa pun PT ucapkan selamat berjaya dan mudah-mudahan Dato' Ahmad Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.

Thursday, 26 September 2013

Al FATIHAH!!! Mantan MB Kedah Ustad Azizan Meninggal Dunia



Baru dapat berita bahawa Tan Sri Ust Azizan meninggal dunia sebentar tadi.. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.


Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang beriman..

Al Fatihah...


Apa Sudah Jadi??? Calon MT Dighaibkan Untuk Pemilihan UMNO 2013 @NajibRazak @Muhyiddinyassin @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi #TF4MT



Di bawah adalah senarai calon-calon Majlis Tertinggi UMNO yang terbaru tetapi satu perkara telah mengejutkan  sahabat-sahabat Media alternatif yang lain.

Majlis Tertinggi UMNO
SHAHIDAN BIN KASSIM - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH - 18
MAHDZIR BIN KHALID - 19
RAZALI BIN IBRAHIM - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29
ROSNI BINTI ZAHARI - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35
AZALINA BINTI OTHMAN - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN - 43
HASAN BIN MALEK - 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48
IDRIS BIN HARON - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED - 52
NASIR BIN SAFAR - 53
AZLAN BIN MAN - 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO - 64

Ramai terkejut besar apabila nama Tun Faisal Aziz digugurkan dalam pencalonan MT UMNO.

Sesungguhnya, siapa yang tidak kenal Tun Faisal Aziz, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Seluruh famili penggerak media alternatif sama ada pro-BN atau pun pro-pembangkang kenal beliau.



Beliau adalah AJK Pemuda UMNO Malaysia yang menang bertanding semasa pemilihan Pemuda UMNO pada tahun 2008 bukan atas perlantikan.

Dan Tun Faisal Aziz adalah salah seorang daripada calon Pemuda yang mendapat endorsement daripada YB Khairy Jamaluddin dan seluruh Pemuda UMNO Malaysia.

Seterusnya baca [SINI]

Wednesday, 25 September 2013

4 Januari 2013 Kemusnahan & Kebodohan DAP Mula Merebak??? #TF4MT @tunfaisal #Lokman4NKP


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. 



Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ?

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.


Sumber - thedapinsider

2 Lelaki Bersama Bahan Chin Peng Dibebaskan Dari Tahanan!!! #TF4MT @tunfaisal


GEORGE TOWN: Dua lelaki, seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong yang ditahan di sini malam tadi kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, dibebaskan awal pagi Rabu dengan jaminan polis.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Mohd Zain berkata, lelaki warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangan mereka.

“Selepas merekodkan keterangan mereka, kita bebaskan dengan jaminan polis. Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Malam Selasa, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasilpemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cenderahati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.

Kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lepas akibat sakit tua. - BERNAMA

Pak Guard Akui Jadi Mangsa Makian Dan Tendangan Bini Mat Yo??? #TF4MT @tunfaisal

Pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang Skypark, Azman Mohd Nayan, 49, yang menjadi mangsa maki hamun seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan mengakui kejadian yang berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Kata Azman, tindakan beliau menegur pasangan suami isteri terbabit agar meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang sepatutnya punca tercetusnya pergaduhan, hingga menyebabkan pelbagai kata biadap dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo.

Jelas Azman, Mat Yo pada mulanya dilihat sedang berborak dengan pasangannya hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

“Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.

“Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

“Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Azman bagi meredakan insiden tersebut beliau cuba berbuat baik dengan Mat Yo dengan menghulurkan tangan untuk bersalaman namun disambut dingin oleh pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu.

“Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

“Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

“Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.

Mengakui tidak begitu mengenali Mat Yo kerana kurang mengikuti perkembangan sukan bola sepak, Azman menjelaskan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.

Mat Yo dan pasangannya juga turut berbuat demikian.

Tambah Azman lagi, isteri Mat Yo Siti Aisya Adam juga mendakwa dirinya seorang kerabat diraja sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya tertera lambang berkenaan.

“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.

Siti Aisya Adam juga dilaporkan telah menyerahkan kes terbabit kepada polis dan enggan mengulas lanjut berkenaan insiden itu.

Video bertarikh 12 September yang dipercayai dimuatnaik oleh Aisya sendiri mula menjadi viral di laman sosial Facebook dan turut mengundang kritikan pelayar internet.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube.

Masing-masing mengutuk Aisya kerana bersikap kurang ajar dengan seorang pengawal keselamatan.  - Sumber

Tarikh Kemusnahan DAP Bakal Bermula??? #TF4MT @tunfaisal


Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP. 




Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang. 


Sumber - thedapinsider

GEMPAR!!! Betulkah Abu Chin Peng Sudah Ada Di Malaysia??? #TF4MT @tunfaisal


Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat. 



Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sumber Taiping Mali

Tuesday, 24 September 2013

[FOTO] Pemimpin Pas Kedah Beri Penghormatan Kepada Mayat Chin Peng Di Bangkok??? #TF4MT @tunfaisal



Inilah pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri. Agak-agaklah wahai manusia Pas takkanlah hang pergi dengan kehendak sendiri kalau ukan kerana arahan pemimpin tertinggi Pas.

Nampak sangat tindakan tersebut kerana nak meraih undi Cina.

“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur. Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?”

Peliknya masa wira negara Kanang a/k Langkau dan wira-wira Lahad Datu dikebumikan, tak pulak nampak Fadzil Baharom datang melawat, Chin Peng mati kat Bangkok, gagah pulak pergi sanggup menempuh perjalanan yang jauh, daripada sumber mengatakan selama 18 jam menggunakan keretapi.

















[VIDEO] Pak Guard DiDayuskan Bini Mat Yo!!!



Video ini mula menjadi perhatian ramai semalam dan ianya menunjukkan perilaku isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.

Akibatnya ramai orang yang membalas perbuatan isteri Mat Yo tersebut dengan kritikan pedas di laman sosial.


Ini bukan budaya kita maki-mencaci tapi kalau dah perempuan yang bersikap macam nie tak hormat orang tua apa lagi laki dia sendiri. MKP bukan nak membela sesiapa akan tetapi benda macam nie harus diberi pengajaran. Jangan berlagak diva sangat!!! Menteri pun tahu hormat orang!!!! - Sumber

PT
Apa la nasib kau Mat Yo dapat bini mulut macam longkang. Buatnya esok kau tak boleh main bola ... menganga la bini kau. Kau pun bukannya bagus sangat main sekarang. Harap berlagak je lebih!!!

MENGAPA @tunfaisal Perlu DiPilih Sebagai MT #TF4MT

PT bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger dari Taiping yang mengatakan bahawa jika dilihat daripada jumlah calon yang menyerahkan borang pencalonan sebagai ahli majlis tertinggi, ada harapan untuk Tun Faisal memperolehi kemenangan. 





Baca SINI.

Kalau mengikut pandangan PT pula, Tun Faisal perlu diberikan peluang untuk berada dalam barisan majlis tertinggi UMNO Malaysia untuk memberikan idea atau pendapat yang lebih baik dalam sistem pentadbiran parti.

Bukan sahaja Tun Faisal, malah keempat empat calon yang diendorse oleh pemuda UMNO Malaysia perlu diberikan peluang untuk berganding sama dengan barosan orang lama dalam kepimpinan UMNO Malaysia.

Keseimbangan ini bagi PT amat perlu kerana untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan kerajaan Barisan Nasional kekal sebagai kerajaan, maka suara suara orang muda perlu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadi PT amat berharap kepada seluruh para perwakilan untuk memberikan undi kepada Tun Faisal serta rakan rakan yang lain demi untuk kebaikan UMNO itu sendiri serta
kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.

Sumber

Monday, 23 September 2013

[VIDEO] Isu Kalimah - Ustad Haron Din Terima Makian!!!



Sumber

Allahuakhbar!!

Terima kasih Ustaz Haron Din. Insan yang patut dihormati dan dikasihi, beliau tahu membezakan politik dan agama. Beliau tidak akan sesekali menggadaikan agama untuk memuaskan nafsu politik semata-mata.

Katakanlah: 
1."Hai orang-orang kafir!".
2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.
Adakah sama yang dimaksudkan tuhan oleh mrk dgn Allah.Sudah tentu tidak sesekali. Subhanallah!!!

Terkini!!! Ostazah Abbiey Di Hentam Pengikut Kerana Ilmu Twitternya???



Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abbiey Abadiey itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?

Pandai2 la hang jawab, dasar mulut longkang barangkali????

Mengapa @AriffHakimi Perlu Dipilih Perwakilan Sebagai KP UMNO Pasir Puteh #AriffHakimi4Exco




Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.

Calon Ketua Pemuda Pasir Puteh dan Exco Pemuda Malaysia UMNO, Ariff Hakimi bin Zulkifli merupakan seorang anak muda yang bergiat aktif dalam beberapa NGO pro kerajaan serta pergerakaan lain. 


Antaranya ialah:

1- Ketua Pegawai Eksekutif, Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (TOMBAK).

2- Naib Presiden, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK).

3- Timbalan Presiden, Kelab Alumni Senibina Landskap UPM (KASEL).

4- Exco, Majlis Belia Negeri Kelantan.

5- Pengarah Eksekutif, Gerakan Destini Anak Bangsa.

6- Naib Presiden, Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA).

7-Presiden, Kelab Sukarelawan Belia Pasir Puteh (KRISPATEH)

Katanya, apabila beliau diumumkan bertanding jawatan itu respons daripada ahli seperti ada keterujaan dan sokongan untuk calon anak muda menerajui pemuda Pasir Puteh.

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.
Ariff Hakimi bin Zulkifli 34 merupakan seorang Arkitek Landskap. Beliau berkelulusan B.L.Arch(UPM), M.B.A.(UUM) dan sekarang sedang belajar secara sambilan di UUM utk ijazah Doctor of Business Administration.

Saturday, 21 September 2013

Inikah Penilai DAP??? Melayu Hanya Setaraf 5 Sen???




Seorang ahli DAP, Amran Ahmad berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

Amran, yang merupakan anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor berkata, nilai tersebut sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti itu terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.

"Perjuangan bapa saya dalam DAP, sejak-sejak mereka (DAP) menang, ada mereka hargai tak? Ada mereka nyatakan perjuangan bapa saya? Pernah mereka nyatakan nama bapa saya dalam DAP? Tak pernah.



"Bila mereka nak pakai, mereka nak tarik sokongan kaum India, mereka letak nama P Patto (timbalan setiausaha DAP). Satu apa pun perjuangan bapa saya dalam DAP tak disebut," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zulkifli sebagai berkata penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.

Dalam masa yang sama, Amran turut membidas parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini.

"Saya ni ahli, sudah empat tahun.. pun tak bagi bertanding. Mereka kata ini kongres la, nak pakai calon lama la.. Bagi saya itu semua mengarut. Itu semua satu cara untuk menyekat Melayu bertanding dan mengekalkan muka yang sedia ada. Itu saja," katanya sambil menambah, terdapat ramai lagi ahli Melayu yang kecewa ekoran tidak dibenarkan bertanding - seterusnya

Friday, 20 September 2013

Nasib Malang 5 Tiger Dalam DAP!!!


Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan.

Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini.

Seperti yang dijanjikan,hari ini saya ingin mendedahkan kisah Lima Harimau. Kumpulan ini sangat menakutkan Dinasti Lim. Orang-orang ini mampu mendatang ancaman kepada perjalanan politik Lim Guan Eng.

Walaupun mereka kelihatan jinak tetapi bila-bila masa sahaja mereka mampu menerkam Lim Guan Eng.

Mereka ialah;

Teng Chang Kim – Selangor
Chow Kon Yeow – Pulau Pinang
Boo Cheng Hau – Johor
Nga Kor Ming – Perak
Ngeh Koo Ham – Perak

Kesemua lima diatas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dibunuh oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP. Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di Selangor.

Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN. Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008,

Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah.

Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor. Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya.

Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat.

Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012.

Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.

Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam pilihanraya umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru hara pasti akan timbul.

Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP.

Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka. Chow Kon Yeow pula sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP Berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008.

Bagaimanapun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri. Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam pilihanraya umum ke 13.

Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor. Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran. Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas.

Rancangan yang sedang dilakukan oleh Dinasti Lim umpama satu batu yang berjaya bunuh tiga ekor burung. Bagaimana caranya dan adakah Dinasti Lim akan berjaya akan kami dedahkan dalam episod akan datang.

Sumber

Thursday, 19 September 2013

Jangan Main Tuduh!!! Kemewahan Ini Usaha Saya - Sohaimi Ibrahim


Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui beliau yang ditahan SPRM kerana disiasat atas pertuduhan salah guna wang program akhiri zaman miskin (1AZAM). Tujuh individu dari kementerian lain turut dipanggil bagi membantu siasatan.


“Tiada apa yang hendak disembunyikan. Ya, saya ditahan tetapi maklumat yang disiarkan di blog dan portal tidak semuanya betul,”

SPRM juga menyita 10 kenderaan mewah Suhaimi namun beliau menafikan laporan itu.

“Jika ada pihak yang mempersoal kemewahan saya, seperti tersiar di blog, itu hasil usaha keras saya. Saya seorang ahli perniagaan sejak 1995 dan dari situlah datang sumber kewangan itu,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Beliau telah ditahan reman empat hari sejak Jumaat berhubung kes itu dan dibebaskan Selasa. Suhaimi tidak bercerita lanjut butiran penyiasatan.

“Saya tidak terlibat dalam program 1AZAM. Saya telah bekerjasama dengan SPRM dan kini saya mahu membersihkan semula nama saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah beliau akan dipanggil semula oleh SPRM, katanya,

“Saya telah berikan kerjasama. Saya datang sendiri dan tiba pada jam 5 petang dan disoal sepanjang minggu.”

Selepas ini beliau juuga berkata mahu memberi fokus kepada perniagaan dan tidak mahu terjebak lagi dalam pertuduhan sedemikian.

“Perniagaan saya tiada kaitan dengan kementerian atau program di bawahnya. Namun untuk mengelak sebarang tuduhan, lebih baik saya berdiam diri,” katanya.

Sumber

Apa Cerita Dinasti Lim Ni??? Sampaikan Terdedah!!!


Pendedahan terbaru mengenai kepincangan DAP.

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Baca seterusnya di sini : http://thedapinsider.blogspot.com/

Tuesday, 17 September 2013

Abu Mayat Pejuang Chin Peng Akan Di Bawa Pulang!!! - Kholid Ismath @LokmanAdam #Lokman4NKP


SEPERTI dijangka, sudah ada pihak yang mahu abu Chin Peng yang mati di Thailand pagi semalam, dibawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan.


Ini merujuk kepada Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihujani permintaan tersebut dari majoriti pengikut Twitter bukan Melayu.

Kononnya atas nama perkemanusian dan wasiat yang ditinggalkan Chin Peng. Eh, macamlah kita ni kisah sangat dengan wasiat yang Chin Peng tinggalkan. Perikemanusiaan? Adakah semasa Chin Peng lakukan keganasan dulu, dia ada ingat tentang perikemanusiaanatau tidak?



Orang putih kata, stop talk nonsense.

Bunuh anggota pasukan keselamatan satu hal, onar yang dibuat Chin Peng dulu telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan dan banyak kawasan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehingga ada perintah berkurung dan sebagainya.

Walaupun perintah berkurung itu untuk keselamatan rakyat, tapi secara langsung ia menyekat kebebasan orang nak bergerak ke sana sini.

Anggota keselamatan Malaysia (majoriti orang Melayu) inilah yang berusaha keras memastikan ancaman komunis hanya terhad di kawasan-kawasan tertentu dalam negara sahaja, di bahagian lain yang tidak terancam, rakyat boleh hidup seperti biasa.

Itulah ‘jasa’ Chin Peng yang paling besar kepada rakyat negara ini (kalau ada yang tidak tahu atau buat tak tahu), menyebabkan kita semua hidup dalam ketakutan kerana ancaman pasukan komunis yang dipimpinnya.

Jangan kata generasi yang lahir 80-an atau 90-an, generasi yang lahir era 70-an pun ramai yang tidak pernah menghadapi susah hidup di zaman komunis, itu yang selamba minta Chin Peng dibawa balik ke mari kononnya atas nama kemanusiaan.

Tapi ada berjuta-juta orang lagi di Malaysia ini yang masih kenang kekejaman komunis. Kalau tak dia sendiri hidup dalam zaman itu, ada di kalangan keluarganya yang menjadi mangsa komunis, baik sebagai anggota keselamatan atau orang awam.

Sebab itu, kita tidak redha Chin Peng untuk balik ke sini, walaupun dalam bentuk abu.

Dia pun bukan rakyat negara kita, walaupun lahir di negara ini. Kita perlu ingat, komunis tidak termasuk dalam prinsip Jus Soli yang ditetapkan untuk kerakyatan kaum selain Melayu semasa zaman kemerdekaan dulu. - Sumber


PT
Tapi yang peliknya seekor Melayu ni ingin p[ulak membawa balik abu mayat kononnya sebagai pejuang kemerdekaan. Bangsa apa la si mamat ni sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata bangan sebegini.

Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. 

Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. 

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Chin Peng Lebih Mulia Dari Tunku Di Mata Pakatan Haram!!! @LokmanAdam #Lokman4NKP

Tak terkejut bila baca cerita di bawah ni. Tapi itulah kebenaran yang disembunyikan oleh puak Pakatan Haram. Mereka sengaja menyanjung Chin Peng kerana nak menutup perjuangan Tunku Abdul Rahman sebagai bapa kemerdekaan.




Mereka menyanjung komunis, kerana nak menutup jasa UMNO memperjuangkan kemerdekaan di tanah melayu, sambil melambangkan kaum cina diantara pejuang kemerdekaan. Walaupun mereka tahu, komunis bukan nak memerdekakan Malaysia. Tapi hanya nak gabungkan Malaysia dengan tanah besar komunis China.

Sekarang ni ramai celaka yang menyanjung komunis. Patutnya mereka ini hidup di zaman itu,  nak tengok sama ada mereka ini masih menyokong komunis atau mereka menangis menyumpah supaya komunis cepat mati.

Melayu yang mana menyokong komunis, memang biadap, memang bangsat. Patut ditembak sampai mati. - Sumber


PT
Sejak Tanah Melayu dijajah, Portugis dan Belanda gagal melemahkan kerajaan melayu. Serangan demi serangan balas dilakukan oleh Raja Melayu dan tentera bersama sukarelawan. Penjajah melihat bahawa orang Melayu tidak mahu mengalah. Apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British maka British yang telah mengkaji kekuatan dan kelemahan orang melayu mendapati mustahil British boleh menguasai bumi Melayu ini secara bersendirian kerana dua kuasa crusaders telah gagal sebelumnya. 

Agenda yang paling licik dan berkesan ialah mengimpot gerakan gerakan yang boleh melemahkan orang Melayu islam. Maka Nam Tien adalah gerakan yang boleh digunakan untuk memenuhi agenda ini. Kejayaan orang cina Dai-Viet merampas dan menguasai tanah milik orang Melayu Champa sehingga hilang seluruh bumi Melayu Champa (yang kini dinamakan Vietnam oleh perampas tanah melayu) menjadi sebab kuat untuk British membawa ramai orang cina ke tanah Melayu. 

Orang cina ini adalah diimpot melalui gerakan kongsi gelap. Maka bermulalah rancangan jahat British dan orang cina dengan menyuburkan gerakan kongsi gelap menguasai ekonomi dan merampas tanah orang melayu secara kekerasan dan pembunuhan senyap. 

British adalah dalang disebalik pembunuhan dan rampasan tanah serta lombong bijih timah dan emas milik orang melayu. Gerakan komunis dan kongsi gelap berterusan sehingga sebelum merdeka, selepas merdeka dan pada zaman moden ini menerusi parti politik, NGO-NGO dan gangsterisme.

Sesat!!! Hishamuddin Rais MeNABIkan Kematian Chin Peng!!! @LokmanAdam #Lokman4NKP

"Chin Peng WAFAT pada 16 September adalah juga rancangan ALLAH." Begitulah apa yang ditulis oleh Hishamuddin Rais aktivis perosak keamanan Malaysia mengeluarkan kenyataan di twitter beliau.



Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. 


Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang. Bergabung dengan Tian Chua dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. 

Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti. 


Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini. Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda. 

Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. 

Selanjutnya baca di [SINI]

Chin Peng Menyahut Seruan Ilahi??? - Kholid Ismath @LokmanAdam #Lokman4NKP




Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah.



“Kalau ini pemikiran Khalid, kita amat dukacita kereana begitu dangkal sekali. Tindakannya itu menunjukkan beliau sebenarnya buta sejarah.

“Kalau Chin Peng dikatakan pejuang, tidak nampak kesahihannya, ini menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, beliau percaya pendirian Khalid itu hanya mewakili dirinya sendiri tanpa ada orang lain yang akan mengikutnya.

“Apa yang ditulisnya dalam laman Twitter itu tidak akan menarik perhatian kerana beliau seperti tidak tahu sejarah.

“Kita jelas tolak Chin Peng sebagai pejuang, jadi kita harap Khalid boleh kembali ke sekolah belajar balik sejarah,” ujarnya.

Semalam, Khalid memuat turun status dalam laman Twitternya yang mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.- SINAR 

Saturday, 14 September 2013

Perkasa Ekonomi Bumiputera!!! Jangan Sesekali Curiga

September 14, 2013 SHAH ALAM:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya jangan menaruh sebarang syak wasangka terhadap langkah kerajaan mahu meneruskan usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Tegas beliau, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bukan satu jalan pintas untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera, bukan juga mengambil hak kaum-kaum lain dan bukan menafikan kepentingan mana-mana pihak.

"Bagi pihak kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini.

"Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa," katanya.

Najib menegaskan demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini. Dalam ucapannya itu, beliau mengumumkan lima fokus untuk mengukuhkan ekonomi Bumiputera yang merangkumi antaranya usaha-usaha membangunkan modal insan melalui latihan kemahiran dan pendidikan sehinggalah kepada soal pegangan ekuiti dan hartanah.

Semua inisiatif itu akan dipantau strategi pelaksanaannya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Majlis itu menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Selain lima fokus itu, Najib juga mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Dana itu dibentuk dengan nisbah satu kepada satu antara Majlis Amanah Rakyatr dan kerajaan yang akan disalurkan secara berperingkat. LAPORAN LANJUT MENYUSUL....

16 September Hari Penjajah??? - Jeffery Kitingan

Jeffrey Kitingan Pertikai Hari Malaysia Dalam kita bersemangat untuk menyambut Hari Malaysia di Sabah, pemimpin pembangkang dari Sabah sendiri, iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor mengambil sikap bertentangan.

Pemimpin pembangkang ini telah mengejutkan ramai dengan menganggap 16 September sebagai Hari Penjajah. Beliau menyifatkan sedemikian atas dakwaan Malaya telah ‘menjajah’ Sabah setelah mengambil alihnya dari British, melalui penubuhan Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Nampaknya, Jeffrey masih menyesali sejarah dan tidak mampu menerima hakikat bahawa Sabah telah menjadi sebahagian dari Malaysia. Apa yang menarik ialah, penyesalan beliau terletak jelas pada faktor ‘wang’. Ini terbukti apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan boleh muflis tanpa Sabah dan Sarawak dengan memetik angka pendapatan melebihi RM40 billion tanpa perlu ‘berkongsi’ dengan Semenanjung.

Namun, disebabkan ‘penjajahan’, maka Sabah dan Sarawak hanya mendapat RM3.7 billion dari perkongsian itu. Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Jeffrey Kitingan memancarkan perasaan dendam yang membara.

Justeru, tidak salahlah jika kita mempercayai sumber dari Filipina dan beberapa blog sebelum ini yang menamakan beliau sebagai antara pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Antara laporan risikan yang terdedah dari kes Lahad Datu menyebut, “Pemimpin utama pembangkang Sabah yang dikenal pasti dalang pencerobohan ini ialah Jeffrey Kitingan dan Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Nur Misuari Pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Sultan Sulu Palsu Jamalul Karim untuk menceroboh Sabah bagi menuntut negeri Sabah.”

Dengan kenyataan Jeffrey itu, ia mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa MNLF hanyalah alat pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka. Jika ini benar maka puak penceroboh Sulu sebenarnya merupakan mangsa ketamakan dan kebodohan mereka sendiri.

Kenyataan Jeffrey Kitingan juga merupakan cetusan dari ketiadaan taat setia pada negara. Oleh itu, ia boleh diambilkira sebagai hasutan serta mampu menggalakkan pemberontakan.

Pihak kerajaan perlu mengambil serius perkara ini supaya tidak terus menerus memberi ruang kepada pengkhianat untuk memecahbelahkan Malaysia.

Lebih dari itu, Jeffrey Kitingan juga perlu dipantau secara dekat memandangkan beliau telah mempamerkan dirinya sebagai seorang yang berpotensi menggerakkan pemberontakan.

Sumber

Thursday, 12 September 2013

Betulkah RTM Mahu Jatuhkan Kredibiliti PDRM???

Aku pernah tanya seorang penjawat awam, kenapa sokong pembangkang, katanya, dia adalah badan perlaksana, polisi telah dibuat maka akhirnya penjawat awam yang akan melaksanakannya... Kalau kerajaan lemah bererti perlaksananya yang lemah...

Kalau kerajaan bagus, bererti perlaksananya juga bagus...Simple jawapannya! Bila aku ajukan kepada Penjawat Awam berstatus 'pembangkang', katanya kerajaan lain, UMNO lain tak sama... Perdana Menteri Lain, Presiden UMNO lain... Tapi, bila subsidi dikurangkan jawapannya, 'INI SEMUA KERJA UMNO'... Alahai!!! Tadi kata lain, sekarang kata lain...

Terkini!!! Berlaku di RTM, klip video dalam Berita Nasional RTM yang memaparkan isu OPS CANTAS telah menggunakan Logo PDRM yang SALAH... kelihatan jelas tertulis pada logo tersebut, 'POLIS RAJA DI MALAYSIA...

"Walhalnya yang benar adalah "POLIS DIRAJA MALAYSIA" Apa sudah jadi sama RTM???

Persoalan yang timbul, adakah MEDIA Kerajaan kini dimasuki oleh 'penjawat awam' pembangkang yang cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan dari dalam melalui cara yang cukup memualkan ini...?

Apa pula Ketua Pengarah RTM buat?

Diakui, wujudnya orang-orang pembangkang di Institusi kerajaan, namun, dengan mensabotaj laporan aktiviti kerajaanseperti Ops Cantas atau mana-mana berita sekalipun apatah lagi isu menghapuskan Jenayah adalah sesuatu yang tak boleh diterima...

Pihak PDRM telah bekerja keras untuk hapuskan jenayah dan menjamin keselamatan rakyat dipermainkan sedemikian rupa...

Kita minta pihak RTM menjawab isu ini secara terbuka... Kalau betul ada cubaan mensabotaj, tindakan mesti diambil terhadap kakitangan berkenaan...

Dahlah gaji kerajaan bayar, tapi, buat kerja entah apa-apa. Orang macam nilah yang boleh memberi contoh buruk kepada Rakyat secara amnya...

Ingat!!! Duit yang dibayar kepada kita ada amanah dan tanggungjawab yang kita pikul!!! Dapat gaji buat cincai-cincai bagus berhenti kerja!!! 

Dicadangkan jika perkara ini adalah benar, siaasatan perlu dilakukan... Pihak RTM juga boleh membuat permohonan Maaf kepada PDRM diatas kesilapan ini... Betul atau Salah, Siasat tetap Siasat!!!

Sumber

PT
Tapi, yang hairan video Anwar dan Stopa Spender yang betul pun orang kata edit orang kata edit.... Jangan kita dibutakan mata dan hati oleh puak-puak Pakatan ini....Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Wednesday, 11 September 2013

@Lokmanadam @rafiziramli Kaki Lipat #Forum20sen??? #Lokman4NKP


Sejak Rafizi kantoi fitnah Ds Zahid Hamidi dilihat cuba memulihkan kembali imejnya didepan mata Anwar..Tetapi biasalah kalau dah penipu dan kaki fitnah..itu sajalah kerjanya yang dia tahu..

Yang terkini Rafizi secara bacul meletakkan 2 nama panelis iaitu Saudara Lokman Adam dan Tan Keng Liang tanpa menjemput mereka. Tan Keng Liang dan Lokman Adam menurut sumber tidak tahu menahu dengan forum yang bakal diadakan.

Apa yang cuba Rafizi lakukan bertujuan untuk mengambarkan 2 pemimpin muda dari BN pengecut sedangkan realitinya beliau sendiri yang tidak berkerandut..

Heboh di twitter apabila Lokman dan Tan Keng Liang menafikan mereka dijemput.. Inilah teknik meliwat pemikiran rakyat,hanya yang bodoh dan bebal sahaja percaya yang akhirnya Rafizi akan mendabik dada pemimpin BN pengecut berhadapan dengan beliau..

Sumber

PT
Dari sumber heboh memperkatakan bahawa Rafizi Jambu bakal dibuang dari jawatan pengarah strategik PKR kerana beberapa sebab yang tidak di ketahui. Tabiat pemimpin PKR yang tidak dapat lari dari suka kelentong dan berbohong kepada rakyat.

Tuesday, 10 September 2013

Mat Sabun Bakal Ditendang Nik Aziz???

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar golongan ulama mengisi jawatan timbalan presiden disifatkan sebagai isyarat untuk singkirkan Mat Sabu.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan, memang ditujukan kepada orang nombor dua parti itu.

“Setelah satu penggal beliau memegang jawatan itu, banyak perkara yang memudaratkan Pas berbanding perkara yang memberi manfaat.

“Saya melihat ini serampang dua mata Tok Guru (Nik Aziz), pertama untuk menghindarkan Mat Sabu, kedua, untuk mempromosikan calon ulama, “ katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Azmi, walaupun Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu, kedudukan Mat Sabu tetap dalam bahaya.

“Berdasarkan prestasi ditunjukkan Mat Sabu dalam PRU13, sukar untuk beliau mengekalkan jawatannya.

“Bukan sahaja beliau gagal meningkatkan kemenangan parti, malah dirinya juga tidak diterima rakyat di kawasan ditandingi,” katanya.

Beliau turut berpendapat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob layak dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Azmi berkata, pengaruh Nik Aziz masih kuat, sehubungan itu gesaan dibuat itu mampu mempengaruhi Muktamar Pas akan datang.

Pendapat sama turut dinyatakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat bahawa populariti Nik Aziz masih kuat dan menjadi rujukan kepada pimpinan parti.

“Mesej yang ingin di sampaikan beliau (Nik Aziz) selepas melihat situasi terdahulu selepas gelombang Anwarinas mengusai pemilihan parti kemudian diikuti kontroversi Syiah dalam parti membuatkan beliau mahu mengembalikan kegemilangan ulama dalam Pas.

“Ini juga usaha beliau memastikan masyarakat terus menerima Pas sebagai parti memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurut beliau, antara calon berpotensi menggantikan Mat Sabu adalah Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka mempunyai keperibadian dan kepimpinan yang kuat dan layak untuk di ketengahkan, bagaimanapun sejauh mana penerimaan ahli parti masih belum boleh dijangka.

“Pada dasarnya, agak sukar untuk Nik Abduh menentang Mat Sabu, tetapi jika diberi peluang beliau layak memikul jawatan itu bukan sahaja beliau anak Nik Aziz tetapi keperibadian yang ada pada dirinya,” katanya.

Bagaimanapun, Samsul Adabi berkata, Mat Sabu masih memberi saingan kepada calon lain kerana beliau mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Sumber

PT
Nampaknya Nik Aziz sudah memasang angan-angan untuk menNYAHkan Abang Sabun dari mengekalkan kerusi no 2 pemimpin tertinggi Pas. Kita sama-sama tunggu dan lihat samada misi Nik Aziz berjaya atau sebaliknya.

Thursday, 5 September 2013

#TF4MT - Tun Faisal Calon Paling Layak Untuk Majlis Tertinggi???


Sejak malam tadi tengok dah lebih meriah suasana pemilihan apabila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengumumkan untuk menghantar 4 orang calon sebagai Ahli Majlis Tertinggi Malaysia.


Dalam 4 orang calon tersebut, salah seorangnya ialah Pengerusi Unit Media Baru PPUM, saudara Tun Faisal Ismail.

Mungkin di kalangan perwakilan peringkat bahagian ada yang masih belum mengenali Tun Faisal secara peribadi atau lebih dalam, tetapi apa yang penting ialah, Tun Faisal telah memberikan khidmat selama bertahun tahun dalam melawan pihak pembangkang di alam siber.

Untuk melihat atau mengetahui Tun Faisal secara lebih lanjut..sila baca DISINI

Kalau nak tulis tu rasanya memang le tak mampu sebab banyak sangat yang telah dilakukan oleh Tun Faisal sepanjang bergiat dalam politik tanah air.

Berpendapat bahawa angka 4 orang mewakili pergerakan pemuda bukanlah angka yang banyak dan untuk memberikan nafas baru kepada UMNO, maka satu transformasi kepimpinan perlu dilakukan.

Bukanlah menidakkan Ahli Majlis Tertinggi yang ada kini untuk meneruskan khidmat, tetapi trend pada masa kini sudah berubah, majoriti pengundi juga sudah berubah dimana ianya mencorakkan satu landskap baru dalam era politi tanah air yang memerlukan satu perubahan yang drastik.

Seperti yang ada dalam pautan yang berikan tadi tentang Tun Faisal, agak agaknya la, berapa orang yang mampu untuk melakukan hal sebegitu? Sekadar untuk bercakap memang tidak menjadi masalah yang besar, tetapi untuk merealisasikan perkara tersebut tidak tentu lagi ada yang mampu.

Jika kita lihat, pengamal media sosial perlu di letakkan di barisan Ahli Majlis Tertinggi supaya segala permasaalahan dan tohmahan terhadap kerajaan akan segera di jawab dan tidak perlu lagi menunggu agak lama seperti apa yang berlaku sekarang.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang bakal menentukan perjalanan politik negara untuk menjamin kesinambungan UMNO/BN untuk kekal sebagai pemerintah dan kekal sebagai kerajaan, muka muka baru ini perlu diberikan peluang.

Rasanya di bahagian bahagian juga sudah mula kelihatan akan timbul muka muka baru dalam menjadi pentadbir atau pemimpin ekoran pemimpin pemimpin lama yang berhasrat untuk tidak mengekalkan jawatan dan memberikan laluan kepada muka muka baru untuk meneruskan perjuangan. - Sumber

[FOTO] Pegawai Wanita PEMANDU Yang Bazirkan Wang Kerajaan!!!

Dari Blog The Unspinners

Ini baru sebahagian kerana senarai penuh masih boleh diperolehi kerana ada ramai lagi konsultan luar yang dibawa masuk dimana ada antara mereka adalah budak kucirat baru kerja dua tiga tahun dah diberi gaji pangkat Jusa C dan travel naikk Business Class.


Kalau nak turunkkan subsidi, kerajaan perlu turunkan subsidi gaya hidup untuk mereka-mereka ini yang menerima gaji berlebihan dari keupayaan dan pengalaman sebenar.

Dari senarai seramai 17 itu, 9 cina, 6 melayu dan 2 India. Kami tak timbukan isu kaum tapi agak-agak dari 17 cina itu, ada 10 tak undi BN untuk mereka jadi penasihat dan merangka polisi kerajaan?


Dari 6 Melayu itu pun, rupanya tak boleh diharapkan mereka ini benar-benar membantu kerajaan dan menjaga kepenitngan orang Melayu. Ada dah masuk orang putih macam satu email yang kami terima berikut...seterusnya baca di SINI.

PT
Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Orang macam ini pun boleh dilantik sebagai penasihat PM? Macam tak percaya ini yang sedang berlaku diMalaysia. Hancur....semua dah jatuh dalam perangkap Dajjal akhir zaman. Cuma siapa yang lesser evil aje. Bermulanya jatuhnya satu lagi negara Islam.


Macamana kelompok ini boleh di terima PM Najib ? Ada kah mereka jenis "think tank" ? Bukankah orang berpengalaman dan terbukti luaran dan dalaman memiliki trek rekod yang cemerlang dari segi keterlibatan penuh yang layak di panggil penasihat ? Malah mereka yang terlibat tidak lagi memerlukan apa-apa kepentingan peribadi ? Berbanding kelompok ini, masih muda, siapa proksi mereka sehingga membolehkan kelompok ini, begitu berkuasa menjadi penasihat PM untuk mencorak Malaysia ?

[FOTO] Pengguna Naik Minyak Akibat RON97 Dinaikkan!!!

Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib dua hari lepas dan terbaru semalam untuk RON97 ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.


Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).


Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :


pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.


Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 dan Diesel) - Sumber




PT
Belum reda lagi isu kenaikan harga minyak RON95. Terbaru  dapat berita bahawa RON97 pulak bakal dinaikkan harga. Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng.

Sebaik-baiknya Kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat (ini janji BN!) akibat kenaikan ini semasa mengumumkan kenaikan harga tersebut, termasuklah apa yg hendak dibuat untuk rakyat berhubung dengan wang yang dikatakan dapat dijimatkan berbilion2 itu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive