Thursday, 29 August 2013

Geng 04, Geng 08 dan Genng 36 Paling Ganas!!!

Sebanyak 49 pertubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966 diumumkan Kementerian Dalam negeri (KDN). Ia diumumkan Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri dan paling terkenal adalah Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Senarai adalah seperti berikut;

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

Wednesday, 28 August 2013

NKPUM Landasan Terbaik Untuk Kumpul KeKAYAan???


Dari Blog MTK...

Marah betul rakan rakan blogger aku bila calon yang mereka sedang promote untuk menjadi calon NKPUM dinafikan kelayakannya untuk bertanding dalam artikel aku Jumaat lepas..

Maaf rakan rakanku, bukan niat aku untuk menidakkan ketokohan Azwan bro sebagai koperat muda yang hebat yang pernah membantu sewaktu penubuhan Team Media Perak..




Tapi ada juga maklumat yang aku dapat Azwan bro lama menyepi macam chipsmore kejap ada kejap tak ada.Jangan bila dekat pemilihan parti baru nampak muka lepas tu buat roadtour perkenal diri minta restu nak lawan NKPUM ??..

Tak dinafikan, Azwan Bro tak banyak isu peribadi dimainkan cuma aku ada terbaca pendedahan dalam 1 blog saveumnoperak.blogspot.com dan http://en.wikipedia.org/wiki/Khairul_Azwan_Harun tentang kekayaan beliau dan senarai syarikat yang pernah dan dimiliki beliau..


Kalau Azwan Bro rasa benda tu satu fitnah, Azwan bro kena buat penjelasan untuk membersihkan namanya.Itu sahaja..

Cuma aku nak nyatakan disini adalah kepimpinan Pemuda Umno kali ini perlu bebas dari imej koperat..

Ada rakan blogger yang promote Azwan Bro menulis di blognya berkata, Apa masalah jika seseorang pemuda berimej koperat sudi untuk perjuangkan nasib pemuda? Aku nak tanya pula, berapa ramai tokoh koperat yang ada dalam pemuda sekarang ini bantu nasib pemuda akar umbi dan Melayu ?? Kalau ada tolong senaraikan berapa ramai ahli pemuda Umno di peringkat akar umbi yang susah dibantu oleh tokoh tokoh koperat muda Pemuda Umno???

Artikel ini(KLIK) adalah salah satu contoh tokoh koperat yang berjawatan dalam Pemuda Umno tidak mempedulikan nasib peniaga Melayu yang ditindas oleh syarikat yang dimilikinya..

Kalau rakan rakanku rasa tak ada masalah jika calon berimej koperat boleh mengembalikan sokongan orang muda terhadap Umno pada PRU14, anda semua teruskan, aku tiada hak untuk menghalang..

Apa yang aku nak tekankan ialah transformasi yang perlu dilakukan dalam pemuda adalah bebas dari imej koperat.. Sebab ianya boleh memberikan persepsi buruk terhadap pimpinan pemuda dan Umno masa akan datang..

Cukuplah dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan yang lepas.Janganlah kita pertaruhkan lagi pada kepimpinan akan datang..

Jangan salah faham, Aku menulis ni bukan disuruh atau dipaksa oleh sesiapa, aku tak pernah dibayar oleh sesiapa untuk menulis perihal calon yang akan bertanding pada pemilihan kali ini..

Semua ini pendapat peribadi aku sebab sebelum ni pun aku dah tulis aku akan tolak mana mana calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam pemuda bawa imej koperat.. Rujuk artikel sebelum ni yang dikeluarkan pada 16 Julai 2013..




Misi penubuhan Pemuda UMNO bagai parti dalam parti.Lebih kurang satu entiti pemberontak atau pendesak sama seperti apa yang dilakukan oleh rakan rakan blogger aku ini menyerang sesiapa saja yang buat salah dalam kerajaan dan parti.. Jadi tak salah aku nyatakan pendapat aku bukan ??

PT




Mansuh EO Punca Kes Bunuh Senjata Api Meningkat - Polis


Perangkaan yang didedahkan polis menunjukkan jumlah kes bunuh dan cubaan membunuh dengan menggunakan senjata api meningkat lebih sekali ganda selepas pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Amat Datuk Hadi Ho Abdullah mendedahkan data tersebut dalam satu majlis pada 24 Ogos lalu ketika mengulas mengenai kejadian tembakan yang berlaku hampir setiap hari pada bulan lalu.



Data itu menunjukkan, dalam tempoh 18 bulan sebelum pemanduhan tersebut – dari 21 Jun 2010 hinga 21 Disember 2011 – seramai 57 orang terbunuh akibat tembakan senjata api.

Jumlah itu meningkat 103.5 peratus kepada 116 kes pembunuhan dengan senjata api dalam tempoh 18 bulan sejak pemanduhan tersebut – dari 22 Disember 2011 hingga 26 Jun 2013.
Sebanyak 31 kes cubaan membunuh dengan senjata api turut direkodkan dalam tempoh 18 bulan sebelum pemansuhan tersebut, dan jumlah itu meningkat kepada 63 kes dalam tempoh 18 bulan selepas pemansuhan berkenaan.

Kejadian pembunuhan dan cubaan membunuh tanpa senjata api pula meningkat sebanyak kira-kira 20 peratus dalam tempoh sama.

Perangkaan polis menunjukkan bahawa kejadian jenayah keganasan meningkat dalam tempoh sama walau kadar jenayah secara amnya menunurun.

Secara umumnya, kes pembunuhan, cubaan membunuh, rompakan berkumpulan tanpa senjata apim pemerasan, merusuh dan ugutan jenayah meningkat sebanyak 5 peratus dalam tempoh sama.

Polis juga menyebut bahawa seramai 87 peratus dari tahanan Ordinan Darurat dan individu yang ditahan bawah Akta Kediaman Terhad, berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Daripada jumlah 4,763 individu itu, seramai 1,812 (atau 38 peratus) merupakan Melayu, 33 peratus India dan 22.5 peratus tahanan Cina.

Menurut data tersebut, 86 peratus daripadanya bekerja sendiri atau dengan majikan.

Polis sebelum ini menyebut bahawa 71 peratus daripada anggota gengster terdiri dari masyarakat India.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya di majlis sama berkata tiada bukti yang menunjukkanbahawa bekas tahanan Ordinan Darurat terlibat dalam peningkatan jenayah melibatkan senjata api.

Katanya, statistik polis menunjukkan bahawa hanya seramai 263 daripada 1,577 tahanan yang dibebaskan daripada tahanan mengikut akta tersebut telah melakukan jenayah berkenaan. - Sumber

Cerita Terkini "Sultan Melaka" Yang Baru???



Dia mengaku “Sultan Melaka”, pelik juga kerana ramai pula pengikutnya. Khabar terkini Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah pada 22 Ogos lalu.

Gah juga Sultan Melaka kerana sambutan kepada dirinya agak meriah juga. Dengan berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan permaisurinya, Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut. 



“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini, Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” kata Raja Noor Jan suatu ketika dulu yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

Jangan pula Yang Di-Pertua Negeri Melaka tak senang duduk sudah!!

Biar Betul!!! Anak Buah Husam Musa Bangkit Menentang Sultan???

Ramai penyokong Husam Musa yang tidak berpuas hati bila nama pemimpin PAS yang menjadi Ketua Erdogan (Pro-Anwar) itu tidak dilantik menyertai barisan Exco baru negeri Kelantan selepas PRU13. Kini didedahkan surat untuk membisukan terus suara-suara sumbang yang mengatakan ada unsur sabotaj dari pihak Timbalan Menteri Besar (TMB), Dato' Mohd Amar. 




Nama Husam dah letak paling atas dah tu tapi bila ada orang lain pangkah & sain tak boleh nak buat apa lagi la... Siapa yang power sangat untuk mereject Husam tu??



Sumber FB

Disebabkan golongan kecewa terlalu mendesak TMB, maka keluarlah surat ini yang menunjukkan Husam ditolak Tuanku, kita tak tahu kesahihan surat ini harap TMB tampil untuk menjelaskannya, atau inilah satu tindakan untuk CHECKMATE suara suara mereka yang menyanjung Husam.... ambo teringat kepada kata kata yang dibawa oleh penyokong R yang disokong Husam, 'tolak orang yang menolak titah Sultan'.


Sumber 

PT
Berani betul anak didik Husam Musa bangkit menentang Sultan kita....angkara terdedahnya surat yang tertera di atas!!!

Isu Kalimah Allah!!! Pas Akur Jika Digunakan Oleh Bukan Islam???

Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas dan telah mendakwa PAS bahawasanya sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit termasuk isu berkenaan Kalimah Allah.

Sehubungan dengan itu,Pendekar merasa janggal melihat perangai Naib Presiden PAS ini bila beliau seakan akan mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sedangkan tuntutan agama lain ini masih tidak bernoktah kerana masih lagi berjalan dan akan ditentukan pada masa akan datang.

“Isu kalimah Allah umpamanya.Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas,kita selesaikan isu itu,” demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.


Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya,masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.

Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama “God”.Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak,pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.

Hairan bila melihat dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.


Sebagai tambahan Kebisuan pimpinan Pas berhubung dengan isu kalimah Allah memang sudah diduga dan bukan satu perkara yang pelik kata seorang pembaca laman AIDC tidak mahu namanya disiarkan.Menurutnya,Pas sebagai parti kompenan Pakatan Rakyat masih terikat dengan Tahaluf Siasi (perjanjian) 8 Januari 2013.

Pada 8 Januari 2013,ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR, Lim Kit Siang,Penasihat dan DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas mengadakan sidang media khas untuk menentukan sikap mereka terhadap isu berkaitan dengan kalimah Allah.Abdul Hadi yang ditugaskan membaca keputusan itu menegaskan partinya masih berpegang dengan keputusan 4 Januari 2010 iaitu bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.


“Walaupun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza dengan pendirian Presiden Pas pada 13 Januari 2013,namun keputusan itu hanya terpakai di kalangan ahli parti sahaja dan tidak terpakai terhadap Pakatan. Manakala keputusan rasmi parti Pas adalah keputusan yang dibacakan Abdul Hadi pada 8 Januari yang tidak pernah ditarik balik hingga ke hari ini.

Maknanya Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian dan tunduk dengan suara Kristian dari PKR dan DAP,” rumus pembaca.Pakatan membuat keputusan rasmi 8 Januari disebabkan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu. Guan Eng membuat tuntan itu pada 24 Disember 2012 bersempena dengan perutusan menyambut Krismas.

Sumber

Thursday, 22 August 2013

Punca Nahas!!! Bas Uzur Serta Kurang Penyelenggaraan

KUALA LUMPUR:  Seorang wanita hanya mengetahui suaminya terbunuh dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam melalui syarikat perkhidmatan pengurusan jenazah. Lim Yee Ha, 64, berkata ini berikutan syarikat tersebut menghantar mayat mendiang suaminya, Choo Peng Kwan, 67, dari tempat kejadian ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Lim, beliau tidak mengetahui pemergian suaminya ke Genting Highlands kerana mendiang tidak memaklumkan mengenai tempat ditujunya apabila keluar rumah awal pagi semalam.

"Beliau keluar rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini, sekitar pukul 9 pagi dan tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik sebelum itu," katanya ketika ditemui di rumah mayat HKL.

"Saya mendapat tahu mengenai kematian suami saya menerusi syarikat khidmat mengurus jenazah yang menghantar mayat dari tempat kejadian ke HKL kira-kira pukul 12 tengah malam tadi," katanya dengan nada sedih dan pilu.

Sementara itu, Roslan Jantan, 54, pernah menasihatkan abangnya Rasib, 61, seorang pegawai keselamatan di sebuah hotel di Genting Highlands yang turut terkorban, supaya tidak menaiki bas sedemikian untuk berulang alik dari tempat kerja. Ini memandangkan keadaan bas berkenaan dipercayai uzur dan kurang penyelengaraan, dakwa Roslan, seorang bekas pemandu bas di syarikat lain.

Bas awam tersebut menjalankan perkhidmatan berulang alik setiap hari ke pusat peranginan itu dari stesen bas Jalan Tun Razak di sini. Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 penumpang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari pusat peranginan itu ke ibu negara pada pukul 2.45 petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera termasuk 14 dalam keadaan kritikal. Daripada jumlah itu, lapan dimasukkan ke Hospital Selayang, lima di HKL, dua di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Bentong.

Tuesday, 20 August 2013

Khir Toyo Hentam Noh Omar???

Bekas MB Selangor dah mula menjadi penasihat sekarang, maklumlah dah tiada jawatan, masa rehat makin panjang dan kali ini mulalah pandai nasihat orang lain. Beliau berkata pemimpin Umno Selangor tak perlulah ghairah bertanding pemilihan Umno di peringkat pusat, utamakan kekuatan Umno Selangor.

“Apa tujuan mereka bertanding? ”“Apa keutamaan mereka, negeri Selangor atau Umno pusat ?” tanya Khir Toyo dihubungi FreeMalaysiaToday. Kata Khir Toyo lagi, peliknya ketika ramai Menteri Besar tidak mahu bertanding, ada pemimpin Umno Selangor yang ingin berbuat demikian.

“Menteri Besar Johor (Datuk Seri Mohamad Khalid Norden), Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) tidak mahu bertanding kerana hendak menguatkan parti di negeri masing-masing. Tetapi pemimpin dari negeri yang kalah pula mahu bertanding,” tambah beliau.

Difahamkan dua pemimpin Umno Selangor akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi seperti dimaklumkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Shukor Idrus. Mereka yang akan bertanding ialah bekas menteri kabinet yang juga Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Setiausaha BN Selangor, Datuk Satim Diman. - Sumber

PT
Bapak Khir Toyo tak payahlah berkokok lagi dalam UMNO, kamu tu sudah jadi ahli yang terpalit dengan kesalahan...dok diam-diam sudahlah sedara Khir. Kamu tegyr atau bagi pandangan sekalipun orang UMNO takkan pandang dah. Cukup-cukuplah tu....sedar diri sikit....

Monday, 5 August 2013

[FOTO] Makcik Tua Bertudung Labuh Ucap Raya Bersama Anjing!!!

Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya. Dunia dah maju, zaman dah berubah. Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.

Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email. Tetapi sejak kebelakangan ini, lain pula jadinya. Ucapan berbuka puasa dihiasi bak kut teh (sup babi).

Video ucapan raya diraikan dengan anjing-anjing peliharaan. Hari ini kami menerima sekeping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang saya yakin beragama Islam mengeluarkan gambar ucapan Aidilfitri bersama anjing.

Walaupun kita lihat tiada sentuhan ‘direct contact’ di dalam gambar tersebut, tetapi kapsyen ucapan raya tersebut mungkin akan mengguris hati umat Islam.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Dzahir Bathin. – Dari August AlKalb The Halal Dog dan Julie The Cat.”

Sekejap.. Apakah yang dimaksudkan dengan AlKalb The HALAL DOG? HALAL DOG? LIKE SERIOUSLY ‘HALAL’? Kakak-kakak dalam gambar ni jangan main-main isu halal haram. Apa motif utama muat naik gambar bersama anjing dengan ucapa hari raya sebegitu?

Suka untuk saya berkongsi petikan daripada artikel kami sebelum ini berkaitan sudut pandang agama Islam berkaitan anjing. Cubalah jadi penganut agama Islam yang ‘lebih sensitif’ terhadap isu-isu sebegini supaya tidak mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penganut agama yang sama.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia sebahagian besar berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama:

Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Lagi hujah ingin dikongsikan, daripada Abdullah bin Umar dia berkata:

“Aku mendengar Baginda bersabda:

Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata:

“Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (Riwayat Muslim)”

Justeru, kita sebagai umat Islam harus sedar dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith. Sebelum ini kecoh apabila seorang wanita bergelar jurutera, Maznah Mohd Yusof @ Chetz memuat naik video dia bersama anjing-anjing belaannya menyambut Aidilfitri dalam bersama ucapa raya.

Video tersebut turut diselangi dengan takbir raya yang menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia ini rasa terhina dengan video tersebut. Semoga selepas ini tiada lagi isu-isu berkaitan halal haram serta hukum-hukum di dalam Islam dijadikan isu gelak tawa.

Sumber

Sunday, 4 August 2013

Ibu Anjing Koyak Mulut Menyalak Kembali???

PETALING JAYA: Seorang peguam kepada pelatih anjing Maznah Mohd Yusof mengkritik seorang timbalan menteri yang mengatakan bahawa dia "lemah akhlak" dan "memerlukan pemulihan." Latheefa Koya berkata, kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bersifat prejudis kepada hak-hak undang-undang Maznah sebagai individu yang disiasat.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Maznah memerlukan pemulihan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana lemah akhlaknya. Maznah, juga dikenali sebagai Chetz, mendapat perhatian di kalangan media sosial selepas video dia menyambut Hari Raya bersama anjing-anjingnya, yang dibuat tiga tahun lalu, telah dimuat naik ke YouTube pada minggu lepas.

Beliau ditahan pada Rabu lalu dan dibawa ke Segamat sebelum dibebaskan dengan bon mahkamah pada Jumaat. Latheefa berkata kenyataan Jailani adalah "berniat jahat, tidak berasas dan prejudis kepada hak-hak undang-undang Chetz Yusof."

"Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi," katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

"Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima," kata mereka. Sementara itu, Latheefa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Maznah tidak lama lagi untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang.

Beliau berkata, keadaan Maznah baik cuma kepenatan kerana kejadian yang berlaku pada minggu lepas.

Friday, 2 August 2013

Gegar!!! Anjing Dibela Manusia Anjing Didedahkan.

Jurulatih anjing,Maznah Mohd Yusof berkata,mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.

Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram.

“Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam.Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah.”

Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing,Maznah berkata,kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya.

“Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak,” katanya.Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.

Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan.

“Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang.Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut,dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati. Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA).

“Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu ‘disuntik untuk mati’ (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga.Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit,” katanya.

Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni,Golek,Ciku,Oren dan Ross. Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya.

“Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,”katanya.Ekoran itu,dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet.

“Saya banyak belajar daripada buku Cesar’s Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,”katanya.Justeru,Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan.

“Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki.Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya,” katanya lagi.Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung,Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Sumber

Setpol PM Anak Aseh Nak Jawatan KP Putrajaya???

Tak habis-habis lagi si keron nie. Masih ada hati nak kejar jawatan Ketua Pemuda Putrajaya walaupun Perdana Menteri selaku bos dia dah keluarkan arahan tidak dibenarkan Setpol ataupun pegawai khas PM untuk bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Tak fahan bahasa ke Setpol PM nie. Mesti korang terkejut kenapa gua tetiba tulis pasal si keron walaupun agak lama dah tak tulis pasal Daddy Cable ni. Gua ingat lepas PM keluar arahan tu mamat nie nak la "stand down" tumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai SETIAUSAHA POLITIK kepada PM.

Tapi rupanya nafsu serakah pada jawatan tu masih tak luput di hati anak Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat nie. Gila jawatan sungguh la mamat poyo ni. Dalam senyap-senyap gua dengar ada satu pertemuan sulit yang dijalankan oleh si keron ni dengan menghantar balacinya untuk "nego" jawatan no 1 Pemuda UMNO Putrajaya ni dengan seorang lagi calon KP Putrajaya.

Dengar-dengarnya calon pesaing beliau dijanji dan ditawarkan dengan jawatan no 2 iaitu sebagai Naib Ketua Pemuda dengan janji kononnya beliau kaya banyak duit boleh bantu calon tadi untuk jalankan aktiviti dan program di kawasan. 

Wah! Wah! Main kasar nampak. Dah la tu, bila sudah ada kompromi tu, si keron ni akan mengadap PM dan menyampaikan hasrat kononnya Pemuda UMNO Putrajaya dengan sokongan akar umbi mengharapkan dia jadi KP jugak. Dengan itu dia nak minta PM memberi kelonggaran kepada beliau untuk bertanding.

Bila dah jadi KP Bahagian Putrajaya nanti, gua rasa si keron nak bertanding plak jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mungkin dengan bermodalkan kekayaan bapanya, dia nak kompromi pulak dengak calon-calon NKP yang lain.

Wah! Macam senang jer bunyinya namun ia bukanlah semudah itu. Cabaran gua kepada keron, kalo anak jantan nak bertanding sangat turun la ke gelanggang pemilihan Ketua Pemuda tapi letak dulu jawatan sebagai setpol PM tu.

Ada beran... Jangan gunakan jawatan setpol tu sebagai modal politik. Pakai la kredibiliti diri sendiri bukannya bergantung dengan DaddyCable. Jangan nakkan jawatan dengan jalan mudah lepas tu lepas tangan dengan tak turun padang pun.

Kesannya nanti Pemuda Cawangan dan Pemuda Putrajaya yang tanggung. Nasihat gua buat setpol PM ni, buatlah kerja dengan bersungguh untuk PM bukan untuk kepentingan peribadi. Awak tu dah kerja ngan PM, pastikan PM terus mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Bukannya mengambil kesempatan atas jawatan yang PM bagi. Kalo rasa nakkan jawatan, berenti kerja sebagai setpol tu dan bertandinglah secara anak jantan.

Sumber

PT
Siapa pun boleh lawan dan rebut jawatan KP tetapi adakah anak c Aseh ni layak atau mendapat sokongan dari perwakilan pemuda. Kalau setakat hebat kerana ada cable darat dan lautan..baik tak payah la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive