Friday, 31 May 2013

"Pokoknya Bapak Anwar Memang Mungkir Janji" - Bekas Menteri Indonesia


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.

"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.

Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.

PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."

"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.

"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.

Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.

"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.

Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:

S:Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?

J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib.

Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah.

Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia.

Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.

Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.

S.Pada Hari Mengundi, adakah sdr rasa perjanjian itu masih terpakai? Adakah berlaku sebarang perkara sebelum Hari Mengundi, yang boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal?

J. Saya amat pasti tiada sebarang perkara berlaku menjelang Hari Mengundi atau pada Hari Mengundi itu sendiri yang menyebabkan perjanjian itu terbatal. Ia terus terpakai.

Keadaan berubah selepas Najib diisytihar sebagai pemenang. Malah, sehari selepas kemenangan Najib, saya masih yakin bahawa janji tetap janji dan kedua-dua pihak akan mematuhinya.

Barangkali, Anwar tidak mampu mengurus pengikutnya, terutama kerana DAP memenangi lebih banyak kerusi berbanding parti pimpinannya. Anwar mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang menyulitkan. Tapi, tugas seseorang pemimpin adalah memimpin, bukan dipimpin.

S. Adakah sdr dan Jusuf Kalla berpendapat Anwar mengingkari perjanjian itu? Jika demikian, apa alasannya?

J. Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik. Mungkin ada perkara yang beliau tidak ingin ucapkan kerana beliau tidak mahu melukakan hati orang. Saya tak tahu.

S.Adakah sdr rasa Anwar akan ikhlas menerima penyatuan nasional di Malaysia?

J. Saya percaya Anwar mempunyai keikhlasan dan masih berharap beliau memilikinya.

S.Pada pendapat sdr, apakah yang membuat Anwar bertindak seperti menafikan wujudnya perjanjian itu, enggan menerima kekalahan dan menganjurkan bantahan di seluruh Malaysia?

J. Sejak mula lagi, Anwar yakin beliau akan memenangi pilihan raya itu. Setelah berjuang sejak sekian lama, beliau berpendapat inilah kesudahan bagi perjuangan itu. Anwar berpendapat beliau akan memenangi pertarungan itu dan mengalahkan Barisan Nasional.

Keyakinan ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan pendapat yang sering menyebelahinya. Setiap perhimpunan yang Anwar adakan dalam tempoh berkempen juga menarik ramai hadirin.

Tetapi, kesudahannya, pilihan rakyat merupakan faktor penentu dalam demokrasi.

Anwar percaya beliau akan memenangi pilihan raya itu dan bimbang Najib akan membantah dan tidak mahu menyerah kuasa.

Jadi, beliau mahukan jaminan senario itu tidak berlaku. Inilah sebabnya beliau mencadangkan agar perjanjian itu diadakan.- BERNAMA

Alahai Nurul Izzah!!! Takkan Ikut Bapak Jugak Jadi Pembohong???


Dari sumber.....
Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 430 petang tadi dia tidak di benarkan masuk ( Not To Landed ) dan di arahkan pulang semula ke KL jam 810 malam.


Tindakan pihak berkuasa mghalang dia masuk ke Sabah kerana tidak mahu mereka membuat huru hara sesukahati seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

Sepatutnya bila pilihanraya dah habis terima sajalah keputusan rakyat dan tidak perlu untuk berkempen atau membuat perhimpunan yg menyusahkan rakyat lagi.. tunggu saja PRU 14 nanti.



Pemimpin2 PR memang penipu besar..!!! NURUL mdakwa dalam Facebooknya semasa di tahan oleh pihak imegresen dia tidak di beri makan minum.

Apa yg sebenarnya beliau di beri makanan dan minuman KFC seperti dalam gambar ini... orang kata kalau berbohong sekali buleh...tetapi kalau banyak kali bohong akan tertangkap akhirnya..

Ingatkan Nurul taklah berbohong macam bapaknya..tetapi sama saja anak dengan bapak..bohong sana dan bohong sini!!!!

Thursday, 30 May 2013

Telaga Minyak Atas Darat Siap Proses Pertama Dijumpa NGOk R!!

Lawak gila -PRU13 oleh anak2 didik Husam Musa, NGOk-R... Telaga minyak-siap-proses yang pertama ditemui di dunia, warna dah sama dengan petroleum RON95 dan dah boleh digunakan untuk menghidupkan enjin. WOW!!

"Crude oil varies greatly in appearance depending on its composition. It is usually *black* or *dark brown*" -WIKI

Mungkin ini cara untuk menegakkan kelentong oleh ketua mereka yang telah direject di bumi Kelantan...

*Tapi ini teori paling relevan dari Mat Jek (FB)* -motosikal jatuh dalam telaga, minyak motosikal tersebut tumpah dalam telaga & puak2 NGOk-R datang tangguk minyak dan dibawa ke makmal.Kah kah kah....

PT
Apalah puok-puok ni bengong sangat.. Minyak gred RON 95 dalam perigi tu mungkin anugerah daripada Tuhan kerana PAS berjaya mengekalkan kerajaannya di Kelantan. Tuhan beri minyak tak payah proses terus lboeh guna. Ada dalam dunia ni minyak mentah dalam perut bumi tak payah proses? Tak ada kan. Hanya di Kelantan. Bukankah itu anugerah selepas mengundi PAS dapat pahala.

Sumber

[FOTO] Sotong Rakyat Anarki Tersebar!!! Tunggu Apa Lagi PDRM Manusia Ni Dah Sesat????


Facebooker Pakatan yang menggunakan nama samaran rakyat Anarki ini sering tampil dengan komen-komen pedas yang rutinnya mengutuk dan memfitnah kerajaan.


Terbaharu, Nuramin si sotong yang kelihatan lembut ini mencapai tahap melampau pabila secara terang-terangan 'menganjingkan' Polis DiRaja Malaysia dengan cara yang cukup melampau dan menghina.

Satu pesanan , jangan jadikan kebebasan dalam media sosial ini sebagai tiket untuk sesuka hati berkata apa saja tanpa ada hadnya..

Apa tunggu lagi, Anarki yang digambarkan ganas dan kasar sebnarnya serupa NYAH ini nantikanlah kunjungan polis ke kediamannya..


Macamlah mamat ni sempurna sangat...inilah model yang dikeluarkan oleh manusia yang sesuka hati membuat demontrasi untuk memuskan hati manusia yang gila nak jadi PM Malaysia.

Wednesday, 29 May 2013

Selagi Ambo Bernyawo Jange Dok Koya Ado Penyatuan Umno & Pas - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” katanya kepada harakahdaily.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan menambah, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Sumber

Betulkah Bank Negara Menganaktirikan Bangsa Melayu???

Perniagaan kenderaan baru dan terpakai, kebanyakannya didominasi oleh puak-puak bermata sepet. Begitu juga dengan pemaju-pemaju perumahan dan hartanah, hampir majoriti daripada mereka adalah bermata sepet.

Bahkan dari Singapura dan Taiwan pun ada! Rukun perniagaan puak-puak ini sama sahaja... mereka boleh masuk dan menuntut hak yang sama dengan orang lain tetapi kalau orang lain nak berkongsi, mereka akan berkomplot dan akhirnya melingkupkan perniagaan orang lain. Tegarnya mereka dengan chauvinist, kiasu dan rasis, cukup sukar untuk diceraitanggal daripada tulang dan daging.

Anehnya, puak yang sama jugalah yang melalak, menentang kerajaan kononnya tidak berlaku adil kepada mereka, walhal segala-galanya mereka bolot dan kaut untuk diri sendiri. Perhatikan gelagat Persatuan Penjual Kenderaan Terpakai yang didominasi oleh puak yang memang tebal dengan bahasa Cina mereka dan cukup sukar untuk bertutur dalam Bahasa Kebangsaan.

Perhatikan pula gelagat Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan yang didominasi oleh kaum berkenaan yang dalam apa keadaan sekalipun, mereka berusaha untuk tidak bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tetapi memilih Bahasa Inggeris sebagai media berkomunikasi.

Gelagat Bank Negara yang mengetatkan prosedur telah memberikan kelebihan kepada puak-puak yang mendominasi pasaran kedua-dua industri. Melayu-Bumiputera yang cuba menceburi kedua-dua industri, akan cepat tergolek dan kemudian gulung tikar kerana modal yang ada tidak cukup besar untuk menangani perangai Bank Negara yang langsung tidak berpihak kepada Melayu-Bumiputera.

Untuk memajukan ekonomi, usaha-usaha mengaktifkan ekonomi perlu dilaksanakan secara giat, bukannya mengetatkan prosedur bank sebagaimana yang diamalkan oleh Bank Negara sekarang ini. Apabila rakyat mempunyai wang dalam tangan, kecairan domestik akan berlaku secara sendiri.

Teori Mahathir tentang ekonomi menyongsang telah berjaya menyelamatkan negara ini daripada mengalami kemuflisan angkara serangan penyangak matawang dan lanun pasaran saham pada penghujung 1990-an dahulu. Tanpa teori terbalik itu, sudah pastilah kebanyakan rakyat Malaysia hari ini, hanya mampu menunggang basikal dan tidak boleh berlagak kononnya, mereka senang kerana kerja keras mereka semata-mata.

Harga kereta sudah hendak diturunkan. Bila, masih lagi dalam tanda tanya. Namun yang pasti ialah harga rumah terus melambung naik. Alasan yang paling kerap diberikan ialah nilai hartanah yang meningkat berkali-kali ganda serta harga barangan pembinaan yang tidak terkawal.

Antara alasan lain ialah premium dan cukai tanah yang telah dinaikkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri, khususnya negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Ironinya, walau apa pun yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, yang mendapat untung besar adalah DAP memandangkan industri kereta motor mahupun pemaju hartanah merupakan penyumbang utama kepada 'pendapatan' DAP.

Atau lebih tepat lagi, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan persatuan-persatuan Cina, DAP adalah penaungnya! Penurunan harga kereta dan harga rumah, akan memberi kesan besar kepada puak-puak ini. Bila pendapatan semakin berkurangan, mulut dan tekak mereka juga semakin kecil.

Ia samalah seperti di Kedah apabila Kerajaan Negeri yang baru telah menggantung sementara industri pembalakan yang dikuasai oleh puak-puak tersebut. Mereka dikayakan namun kerana kekayaan itulah, mereka bersikap bongkak, sombong dan tidak lagi berpijak ke bumi nyata!

Sumber

Tuesday, 28 May 2013

[FOTO] Pas Halang Penyokongnya JOIN Himpunan 505???


Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan penganjuran Himpunan 505.



Rupa-rupanya MB Kelantan yang baru pun kaki putar jugak, kononnya memilih jalan demokrasi.. puak-puak R pulak yang join sekali di Himpunan 505  apa cerita MB???


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Ini pula kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz dalam laman facebooknya pada 21 Mei 2013..

Beliau mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. 

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?" "Itu adalah gopoh."

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya

Lain pula dengan beberapa khadam Anwar ni...

Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa pro pembangkang, Adam Adli Abd. Halim serta Rafizi Ramli akan meneruskan beberapa siri himpunan di setiap negeri dan juga akan menganjurkan Bersih 4.0.

Belajar daripada sejarah, jangan disebabkan keegoan dan kebodohan diri sendiri. Bangsa Melayu tergadai di tanah sendiri dan kebanyakkan yang terlibat adalah golongan muda yang mudah terpengaruh dengan media sosial.

Kepada cai cai Anwar kalau boleh sekolahkanlah diri dulu banyak-banyak supaya tak mudah kena kenching dengan Anwar. Kesian kepada cai-cai! Kalau 1 juta keluar ke perhimpunan 505 pun tak heran. Setakat 10% dari 11 juta pengundi. Apalah sangatttt? Jangan perasanlah pembangkang!!!

Monday, 27 May 2013

PKR Akan Fail Petisyen PRU13 Secepat Mungkin - Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengemukakan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selewat-lewatnya penghujung minggu ini.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata petisyen pertama itu akan difail penghujung minggu ini sebelum petisyen keseluruhan dibuat pada 10 Jun depan.

"Kita akan buat petisyen pertama minggu ini dan petisyen penuh dijangka akan dapat dibuat pada 10 Jun depan iaitu dua hari sebelum tarikh akhir untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin. - Sumber

Zalim Sumgguh!!! Penipu PKR Dihentam Polis Sampai Pengsan??


Provokasi, fitmah murahan, .lakonan hebat dan penuh kepura puraan..

Itu sajalah modal puak puak pakatan haram.
Kesian aku tengok puak-puak ni.
Insiden seorg ahli Pkr yang berpura pura pengsan kononnya diperlakukan kekerasan oleh polis kepada dia gagal mendapat perhatian kerana dia bergegas bangun setelah pihak polis menghubungi ambulans...

Kesian, macha ni nak berlakon tapi tak sampai penghayatan dia.
Bebal tak tau nak kata dah.
Inilah sikap pembangkang yg suka mencipta kontorversi dan provokasi memburukkan imej PDRM!!! - Sumber

Dah semua bos-bos mereka pelakon video clips...dia pun teringin tapi malangnya takde achi doll yang nak...Dah tilam empok takde...jalan raya pun jalan raya lah...asalkan dapat famous macam boss... "Itu saya kaa..bukan laa...macam saya jugaa..."cittt!!!

Sunday, 26 May 2013

Blackout 505 : Pelik!!! Tiada Ucapan Dari Pemimpin Pas Malam Tadi???

Perhimpunan Blackout 505 11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang hilang apabila dibasuk selepas selesai mengundi.

"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya. 11.05pm:

Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut. Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.

Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip. Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.

10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.

"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal. "Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang

"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.

"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.

"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.

10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN. Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.

"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris.

10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.

"Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.

10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap. Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.

Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.

9.45pm - MP Pandan Rafizi Ramli  berkata tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya. Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.

"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.

"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya. Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0. - Sumber

PT
Dulu papagomo dah buat demo pasal dakwat kekal akan hilang tak kira kekal macam mana pun, tapi SPR dan jawatan kuasa parlimen di tubuhkan dan bersetuju..dan ramai memberi pandangan dakwat kekal akan di jadikan ISU..Sekarang terimalah akibat kerana ikut semua apa cadangan bangang pembangkang.

Dakwat kekal kalau.disental, ditonyoh, bukan setakat dibasuh memanglah akan hilang. Sedangkan permenant maker yang pakai flourecent pun hilang, apatah lagi kalau dakwat.

Satu yang patut kita ambil perhatian, SPR dah bagitau bahawa,.dakwat kekal ni sebagai langkah keselamatan tambahan sahaja, kalau seorang tu memang saja-saja nak discredit atau inscredible SPR memanglah balik rumah pakai sental. Memang hilanglah dakwat tu. Tapi kalau basuh biasa ajer, dekat.seminggu pasti ada lagi di celah jari.

Jadi terpulanglah kepada individu. Nawaitu masing-masing hanya Allah yang tahu.By the way, tidak ada apa di atas dunia ini yang kekal melainkan Allah SWT..

Saturday, 25 May 2013

Lagi Pemimpin Pembangkang Akan Didakwa Di Mahkamah Dan Akan Lepas Bebas???

Propaganda Pakatan Pembangkang dengan demo-demo haram post-PRU13 mereka bakal terbantut dan tidak menjadi apabila lebih ramai lagi yang didakwa dan dipanggil pihak polis.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu. 

Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama. 

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei. 

Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwagagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya. Lebih ramai lagi yang berdepan dengan tindakan undang-undang dek kebebalan mereka tidak mahu hormat kepada undang-undang.

Tambahan pula, rakyat Malaysia sudah muak dengan propaganda pakatan pembangkang dan lakonan Anwar Ibrahim yang berjanji akan undur diri daripada politik jika gagal menawan Putra Jaya. - 
sumber

Terbongkar!!! MB Kelantan Mula Mencantas Orang2 Nik Aziz???

Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.

Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas,besi dan sebagainya.Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. 

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata.

Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob,apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi.Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula,jelas seakan ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob,barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.

Bukan satu rahsia pun,banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.

Bukan saja tender,malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati. 

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan,namun sebagai MB Kelantan yang baru,Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.

Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit,mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.

Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.

Sumber

Friday, 24 May 2013

Dasar Penipu!!! Pembangkang Menipu 'BLACKOUT' - PRU13 Rupanya Lakonan Terhebat???

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - Bernama

Thursday, 23 May 2013

Memang Patut!!! Tian Chua & Haris Ibrahim Ditahan Polis???

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan aktivis propembangkang Harris Ibrahim ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 tengah hari ini.

Menurut Twitter Tian Chua, beliau ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini sebelum memasuki pintu kawalan keselamatan untuk menaiki pesawat.

Sementara itu, Harris pula ditahan ketika makan tengah hari di Segambut di sini. Difahamkan, kedua-dua mereka dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur - Utusan Online

Kes Bunuh Sosilawati : Akhirnya Pembunuh Kejam Dihukum Gantung Sampai Mati!!!

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Sumber

BOIKOT AirAsia - CUEPACS Gesa Kakitangan Awam Pilih MAS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan penerbangan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah ini susulan daripada aduan dan rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan AirAsia yang jelas tidak memuaskan.

"Saya minta setiap ketua jabatan di dalam sektor awam turut menjadikan syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Firefly sebagai pilihan utama mereka untuk sebarang urusan rasmi kakitangan mereka sama ada di dalam mahupun ke luar negara.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," katanya.

Utusan melaporkan Omar mengulas kecaman beberapa persatuan pengguna terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak), Saadon Aris turut bersetuju supaya kakitangan kerajaan menjadikan AirAsia sebagai pilihan terakhir untuk sebarang urusan penerbangan rasmi mahupun peribadi mereka.

"Sememangnya terdapat banyak aduan berhubung perkhidmatan dan layanan daripada AirAsia yang tidak memuaskan, jadi saya minta kakitangan awam negara ini menilai semula pilihan mereka sekiranya perlu menggunakan perkhidmatan penerbangan.

"Kini pengguna mempunyai beberapa pilihan lain termasuk kemunculan syarikat penerbangan tempatan terbaharu, Malindo Air. Malah sebagai kakitangan awam, mereka juga boleh mengutamakan perkhidmatan MAS dan Firefly yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya memberitahu, pihaknya juga sering mendapat rungutan daripada pengguna berhubung perkhidmatan AirAsia yang diragui dan mengelirukan.

"Dalam hal ini saya menggesa orang ramai supaya menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna. Mereka berhak untuk memilih perkhidmatan yang terbaik malah di negara ini beberapa syarikat turut menawarkan perkhidmatan penerbangan yang jelas lebih baik berbanding AirAsia.

Sumber

[ FOTO ] 18 Ditangkap Demo Depan Balai Polis Jinjang Demi Khadam Anwar!!!

Menurut laman Twitter milik Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang, 18 orang telah ditahan di depan Pusat Tahanan Jinjang ketika perhimpunan untuk memberi sokongan kepada Adam Adli.

Antara yang ditahan ialah empat wanita berbangsa Cina, tiga lelaki Melayu dan selebihnya lelaki berbangsa Cina. Semua yang ditahan akan dibawa ke Balai Polis Jinjang. Setelah rakam percakapan, kesemua OKT akan diberi jamin.

Ketika berita ini ditulis, pihak polis masih lagi belum memberi pengesahan tentang jumlah tangkapan. Tahniah PDRM !! Pihak Polis mula bertindak menahan mereka yang terlibat di dalam satu perhimpunan haram di Balai polis Jinjang malam tadi.

Mereka di katakan mula bertindak mencabar polis dengan menggunakan perkataan kesat dan melancarkan provokasi bebaur sentimen seperti "Melayu bangsat Dan Melayu bodoh".

Dinasihatkan agar semua bertenang dan menjaga keharmonian negara kita.

SUMBER 

PT
Kalau pada 1969, perkataan ini lah penyebab kebangkitan melayu. tapi kini kerana sayang kan budak melayu bangang tu, melayu hina diri sendiri, apatah lagi china. tak akan ada yang bangun membela melayu kerana semua melayu menjadi keliru kerana taksub kepada pemimpin mereka yang gila kuasa.

Wednesday, 22 May 2013

Kronologi Ibu Malang Dinafikan Hak Oleh Air Asia???

DARI BLOG HAZREY

Berikut adalah kronologi ibu malang Izan Suhaila dinafikan hak oleh Air Asia... 

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

PT
Kisah ini banyak pengajaran dan membuka mata semua pihak. Jadi sudah sampai masanya untuk kita sama - sama berfikir dan menggunakan hak yang kita ada sebagai pengguna.

Zalim Sungguh!!! Kerajaan Pas Negeri Kelantan Bertuah Dapat RM69 Juta Dari Kerajaan Pusat Tahun Ini!!!

Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM69 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini pada tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu adalah untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan. 

Menurut beliau, pihaknya berharap kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan negeri akan diteruskan bagi membantu menyelaraskan aktiviti keagamaan di negeri ini.

"Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan. 

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pengawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim disini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Mengulas mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jamil Khir berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan ingin mendaftarkan sekolah tersebut dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) - Utusan

PT
Untung betul kerajaan Pas dalam Pru13 lepas kalahkan BN tapi Kerajaan BN tetap bantu jugak...adakah ini zalim???

Pelik!!! Tetiba Air Asia Tawar Tiket Percuma Kepada Ibu Malang Izan Suhaila???

Tragedi malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menunjukkan AirAsia hanya mementingkan keuntungan berbanding melaksana tanggungjawab sosial.

Wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek berkata, AirAsia juga dilihat lepas tangan dalam kejadian itu kerana bergantung sepenuhnya kepada prosedur syarikat tanpa menggunakan budi bicara.

Sambil melahirkan rasa kesal, Mazidul Akmal yang turut menyaksikan kejadian itu menambah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak sepatutnya membuat kenyataan melulu mempertahan kakitangannya tanpa mendapat penjelasan lanjut daripada mangsa.

Malah, beliau menempelak Tony yang seolah-olah berbangga menawarkan tiket penerbangan AirAsia percuma kepada Izan Suhaila serta saudaranya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan mangsa sebelum itu dibiarkan terkapai-kapai di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Malah, ketika kejadian itu juga tidak ada seorang pun daripada kakitangan AirAsia membantu mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mazidul Akmal mengulas tragedi yang menimpa Izan Suhaila yang dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.

Tindakan tidak berperikemanusiaan AirAsia itu mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas kejadian tersebut disiarkan Mazidul Akmal menerusi blognya di http://www.mazidulakmal.com semalam.

Sementara itu, Mazidul Akmal mempersoal penjelasan Tony kononnya seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan Maryam Sofea kerana wanita yang dimaksudkan memakai pakaian seperti seorang jururawat. Katanya, 'doktor' itu juga hanya membisu dan menghilangkan diri tanpa menjelaskan status kesihatan Maryam Sofea kepada ibu mangsa.

"Tony menyebut seorang doktor perubatan datang merawat bayi itu tetapi saya hairan adakah doktor di Vietnam berpakaian seperti jururawat?," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga kerana penumpang dalam pesawat AK 1455 sanggup menghulurkan wang kepada Izan Suhaila selepas mengetahui mengenai nasib malang ibu berkenaan sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya diambil Airasia. - Utusan

Isu Video Seks : Anwar Ibrahim Tersilap Saman Wan Muhammad Azri!

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Tuesday, 21 May 2013

Nik Abduh Kesiankan Anwar Ibrahim Kerana Terlalu Laparkan Jawatan PM !!!

Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?" "Itu adalah gopoh."

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.

Sumber

Monday, 20 May 2013

Black 505 : Rafizi Bertegas Perhimpunan Tetap Diteruskan Tanpa Hiraukan Amaran Zahid Hamidi !!!

Pakatan Rakyat menegaskan agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu campur tangan urusan profesional polis dalam menangani perhimpunan ajuran pembangkang di seluruh negara membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, Ahmad Zahid sepatutnya memberi tumpuan kepada dakwaan penipuan proses pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya ingin nasihatkan agar Datuk Zahid jangan campur tangan urusan profesional polis. Polis tahu apa yang mereka buat dan biar mereka uruskan.

"Setakat ini kami sudah bekerjasama baik dengan pihak polis termasuk mematuhi arahan supaya menukar lokasi perhimpunan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ahmad Zahid yang dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Tegas Ahmad Zahid, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan BN.

Mohd Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan bahawa pembangkang akan meneruskan perhimpunan yang dikenali sebagai 'Black 505' di Kedah, Terengganu dan Melaka minggu ini.

Sumber

Sunday, 19 May 2013

Tunku Aziz Cukuplah Serang Dap - Kapal Sing

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.

"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad. Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.

Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.

Sumber

PT
Dasar manusia gila tak bertempat,  kalau kena dengan batang hidung puak - puak mereka mulalah bagi amaran supaya hentikan membuat kenyataan berkaitan parti mereka.

Dasar manusia yang hipokrik tak bertempat inilah jadinya kesalahan tak pernah nampak. Kesalahan orang lain secepat  kilat dicanang seluruh dunia.

[ FOTO ] Dua Termasuk Anggota Polis Cedera Ditetak Di Balai Polis Labis


LABIS 18 Mei - Dua lelaki termasuk seorang yang dipercayai anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.Ketua Polis Daerah Segamat,

Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka dan isteri anggota polis tersebut yang menaiki sebuah kereta dipercayai ditahan seorang lelaki ketika memandu di Jalan Labis-Segamat, kira-kira dua kilometer dari Balai Polis Labis.Beliau berkata, sebaik sahaja mangsa keluar dari kereta, dia ditetak oleh seorang lelaki lain yang datang dari arah belakang.

"Melihat keadaan itu, rakan mangsa yang memandu kereta tersebut bertindak memecut kereta menuju ke Balai Polis Labis untuk mendapatkan perlindungan dan membuat laporan tentang kejadian itu.

"Namun, mereka telah diekori oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta. Kumpulan itu kemudian bertindak menyerang rakan mangsa yang dipercayai anggota polis sebaik dia keluar dari kenderaan di kawasan balai.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan parang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber

Kumpulan Anak Muda Sesat Bawa Lilin Keliling Balai Polis Jinjang!!!

Dari Blog : THE FLYING KICK

Perihal anak setan yang bernama Adam Adli telah ditangkap dan ditahan untuk siasatan di Balai Polis Jinjang, telah pun mendapat liputan yang meluas. Kalau kita rajin jenguk Facebook, kita akan dapat melihat kawan-kawan setannya sedang meroyan sakan.

Namun anehnya, tidak ada pula sekor pun RED BEAN ARMY yang mahu memperkatakan tentang Adam Adli. Barangkali mereka menganggap Adam Adli tidak begitu penting dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali untuk politik DAP atau boleh jadi juga, mereka memang tak ambik port dengan anak setan bernama Adam Adli.

Lainlah kalau namanya Chong Beng ke, David Ah Meng ke... barulah RED BEAN ARMY akan masuk buat huru-hara dengan hujah yang entah apa-apa dan lebih banyak tak kena dengan tajuk.

Bila kena tangkap, anak setan itu segera hantar TWITTER kepada kawan-kawan setannya yang lain dengan harapan, mereka akan datang dan mengepung Balai Polis Jinjang bagi tujuan memberikan tekanan kepada pihak polis dan membebaskan Adam Adli.

Maka datanglah kawan-kawan anak setan itu ke pekarangan Balai Polis Jinjang sambil membawa sepanduk termasuklah yang berbunyi, WOI BANGSAT, BEBASKAN ADAM ADLI! Tak cukup dengan itu siap disuruh datang bawa lilin dan dinyalakan lilin tersebut sebagai simbol 'keamanan' kononnya.

Kesiannya untuk anak-anak setan itu... tak nampak pun sebarang mata sepet yang begitu ramai datang ke himpunan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional tetapi tidak ada seekor pun yang datang untuk memberikan simpati kepada anak setan bernama ADAM ADLI.

Yang ada hanyalah kawan-kawan anak setan yang masuk universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain atas nama Melayu dan Bumiputera!!! Kesian sungguh!!!

Sumber

Saturday, 18 May 2013

Kenyataan Polis - Penahanan Khadam Anwar Di Balai Polis Jinjang !!!

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, tadi.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

Menurut sumber beberapa kumpulan mahasewel berkumpul untuk membantah penahanan Adam Adli di Lokap Balai Polis Jinjang.

Sumber

Mahasewel Tersohor a.k.a Khadam Anwar Si Adam Adli Ditangkap Polis!!!

Tahniah kepada Menteri KDN yang baru yang terus menjalankan n tugasnya dengan TINDAKAN TEGAS bagi menjaga keamanan negara.

Terkini antara dalang pencetus rusuhan jalanan menjatuhkan kerajaan ,Adam Adli telah ditahan Polis di Bangsar hari ini di bawah akta Hasutan.

Kepada rakyat Malaysia yang majoritinya mahu negara ini aman.sama2 kita berdoa dan menyokong usaha pihak berkuasa ini bagi mententeramkan keadaan dalam  negara ini.

Dikhabarkan  dalang -dalang menghasut untuk guling kerajaan dah tak duduk senang.. ada yang nak lari ke luar negara pun dah ada ... Aktivis pro Anwar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.

Sumber

Black 505 Di Padang Kota Lama Tetap Diteruskan!!!

Pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam esok tidak mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.

Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya. "Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul 2.10 petang Rabu lepas.

Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.
"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Gan berkata pihaknya telah mempertimbang semua aspek dengan teliti berhubung perhimpunan itu dan perbincangan telah diatur pada tengah hari ini melibatkan kedua belah pihak bagi mencapai keputusan terbaik.

Beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan menahan sesiapa susulan perhimpunan itu dan hanya akan bertindak sekiranya terdapat individu yang melanggar undang-undang dan cuba mencetuskan kekecohan sepanjang program berlangsung.

Bagi mengawal kelancaran lalu lintas, katanya petugas trafik akan ditempatkan di semua simpang laluan menuju Padang Kota Lama termasuk di laluan keluar masuk menuju terminal feri dan Jambatan Pulau Pinang sementara Jalan Tun Syed Sheh Barakbah akan ditutup sepenuhnya.

Gan berkata kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menganggu kelancaran trafik akan ditunda. Ceramah dijangka bermula pukul 8 malam sehingga tengah malam.

BERNAMA

Ngeh Koo HamPas Perlekehkan Sultan Melayu!!!

Ngeh Koo Ham kepala komunis Perak yang sangat biadap dan kurang ajar, sekali lagi menunjukkan betapa besarnya ingsang BABI-BABI DAP yang bermata sepet.

Pengerusi BABI-BABI DAP Perak itu dengan selamba katak memperlekehkan kedudukan Sultan Melayu apabila memperolokkan MCA yang akhirnya terpaksa akur dengan titah Sultan Johor yang mahukan wakil kaum Cina dalam barisan Exco Negeri Johor.

Kata Ngeh Koo Ham, kalau sebelum ini, MCA menjadi budak UMNO tetapi kali ini, MCA menjadi budak untuk Sultan Johor pula.

MCA langsung tidak melawan apabila Sultan Johor menitahkan agar wakil MCA dimasukkan dalam senarai Exco negeri biarpun pada awalnya MCA membuat keputusan untuk tidak menerima sebarang tawaran jawatan untuk Kabinet mahupun Exco negeri.

Hina sungguh Melayu dan rajanya kepada Ngeh Koo Ham meskipun dia perlu menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk membaca ikrar dan akujanji sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Bagi Koo Ham dan BABI seangkatan dengannya beranggapan bahawa Sultan-Sultan Melayu hanyalah lembu dalam balang kaca. Sebab itulah dengan mudahnya Koo Ham boleh menyatakan perasaan bencinya kepada Sultan Melayu dengan sejujur-jujurnya.

Bodoh sungguh Koo Ham ini.... Dia sepatutnya sudah pun berambus keluar dari Malaysia yang mana ketua negara ini adalah Raja Melayu.

Mungkin ada baiknya kalau dia bertukar kewarganegaraan dan tidak lagi perlu berhadapan dengan Raja Melayu atau orang Melayu yang amat dibencinya.

Anehnya dia masih tinggal di negara ini bahkan menjadi wakil rakyat pula walaupun dia begitu membenci Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu!

Sumber

Friday, 17 May 2013

Kes Tembak Di Bachok !!! Tiada Kaitan Dengan Kerajaan Pas Kelantan???

KOTA BHARU: Seorang tukang rumah yang sedang menikmati sarapan di sebuah kedai di Kampung Kemayan di Bachok pagi tadi tercedera akibat terkena dua das tembakan oleh penunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, Azmi Ismail, 37, cedera di pinggang dan peha kanan selepas terkena tembakan yang datang dari arah belakangnya kira-kira jam 8 pagi.

Suspek dikatakan memakai kain pelekat, berbaju hitam dan bertopi keledar.

"Sehubungan itu kita melakukan Ops Tutup bagi mengesan suspek sementara dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Lai berkata, mangsa yang dibawa orang ramai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. - BERNAMA

PT
Nampaknya kes tembak ini merupakan kejadian pertama setelah Pas dapat mengekal dan menerintah Kelantan dalam Pru13 lepas.

Diharapkan selepas kejadian ini tiada lagi kes sedemikian, lagipun MB Kelantan sudah di TUKAR kepada yang kebih layak.Jadi seeloknya kerajaan Pas Kelantan dapat mentarbiahkan para penyokongnya yang kebanyakkanya 'gedebe' tahap gila menjadi manusia yang sebaik mungkin.

Takkanlah mereka sudah lupa dengan slogan mereka Pakatan Harapan Rakyat???

"Kalau Menteri Penuh Saya Takkan Tolak," - Joseph Salang

Joseph Salang tolak perlantikan timbalan menteri Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai timbalan menteri pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baru Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya". Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Dalam PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baru itu.

Bernama

Thursday, 16 May 2013

8 Soalan Yang Perlu Di jawab Penyokong PR !!!

RATA RATA penyokong penyokong PR SANGAT PERCAYA akan wujudnya pengundi hantu Bangla. Yang kita risau tuduhan itu dibuat sebagai menutup kegiatan mengimport pengundi hantu China oleh puak PR. Kerajaan WAJIB menyiasat hal ini.

Di bawah beberapa soalan untuk pencacai PR jawab secara jujur dan dilarang sana sekali meniru . Tapi kalau penyokong PR mereka tak sah kalau tak menipu...

Wednesday, 15 May 2013

Senarai Lengkap Menteri & Timbalan Menteri Kabinet 2013 Tapi Anwar Tak Iktiraf!!!

Senarai Lengkap Menteri & Timbalan Menteri Kabinet 2013 (Lengkap Mewakili Parti Komponen)

Perdana Menteri & Menteri Kewangan I Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

JABATAN PERDANA MENTERI: MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

(2) MENTERI KEWANGAN II:
YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

(2) MENTERI II:
YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

(3) TIMBALAN MENTERI I:
YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:

(2) TIMBALAN MENTERI :
YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) TIMBALAN MENTERI:

(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI: 
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI :
YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI :
YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA: (1) MENTERI :
YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) TIMBALAN MENTERI:

(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI :
YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

(1) MENTERI :
YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

(1) MENTERI :
YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI :
YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI :
YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI :
YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI :
YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI :
YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI :
YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI :
YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

(1) MENTERI :
YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :
YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Sumber

Tahniah!!! Senarai Kabinet Najib 2013 .....

Senarai Terkini Kabinet Najib 2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah  mengumumkan barisan Kabinet barunya dalam sidang media di Dewan Persidangan, Pejabat Perdana Menteri hari ini . 

Kabinet kali ini menurut PM adalah kabinet berimbang . Tahniah kepada YB yang dilantik dan laksanakan lah tugas sebaiknya .

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak 
( Menteri Kewangan 1)

Timbalan Perdana Menteri
TS Muhyiddin Yassin
( Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi)  
Menteri Kewangan 2
Husni Hanazlah

Menteri Perdangangan Dalam Negeri  & Hal Ehwal Pengguna
Hassan Malik

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar G Palanivel

Menteri Pembangunan Luar Bandar Shafie Afdal

Menteri Kerja Raya
Fadilah Yusof

Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air
Maximus Ongkili

Menteri JPM

DS Shahidan Kassim
Nancy Shukri
Datuk Seri Wahid Omar
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Idris Jala
Joseph Entulu
Paul Seng Kwan

Menteri Pelajaran 2
Datuk  Idris Jusoh

Menteri KDN
Datuk Seri Ahamad Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein

Menteri Komunikasi & Multemedia Datuk Seri Shabery Chik

Menteri Belia & Sukan  
Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan
S Subramaniam

Menteri Sumber Manusia
Richard Riot

Menteri Pertanian & Asas Tani
Datuk Seri Ismail Sabri

Menteri Luar
Anifah Aman

Menteri MITI
Mustapa Mohamad

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Nazri Aziz

Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar
Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor

Menteri Pengangkutan - Dipangku
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pembangunan Keluarga &Wanita
Rohani Karim

Sumber

Tuesday, 14 May 2013

Tertangkap!!! Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam ???

Siasatan polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim menunjukkan perkembangan positif dengan penahanan seorang lelaki kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan suspek berusia 56 tahun itu yang ditahan pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan pihak kastam.

Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sejak semalam. Pada 26 April lalu, Shaharuddin, 58, maut akibat terkena tiga das tembakan di kepala dan leher yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.

Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan jenis Nissan Murano yang dinaiki mangsa dihampiri oleh suspek disyaki pembunuh upahan ketika berhenti dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Putrajaya.

Sumber

#PRU13 : PR Akan Kemuka Petisyen 27 Parlimen!!!

PKR hari ini berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan.

“PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan.

” Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak “mesra” pembangkang.

“Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang,” katanya.

“Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang,” katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen.

Sumber

Monday, 13 May 2013

Lim Kit Siang Akan Lawan Sehingga Putrajaya Jadi Milik PR !!!!


JOHOR BAHRU – Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.

“BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,” katanya di sini, semalam.

Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.

“BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: “Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran.” -Sinar Harian

Pelik!!! Kenapakah Tiada Exco Pas Dalam Pentadbiran Pulau Pinang ???

Sama seperti di Singapura.. Pas menang di DUN itu, namun Salleh Man yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang tidak dilantik jawatan Exco dalam kerajaan negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sepatutnya mengurus hal ehwal agama Islam di negeri itu diserahkan kepada wakil PKR, Abdul Malik Kassim (Batu Maung).

DAP membolot jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri II dan enam orang Exco, manakala PKR diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan dua exco.

1. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP – Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) mengetuai Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan.

2. Timbalan Ketua Menteri I – Rashid Hasnor (PKR- Pantai Jerejak), mengetuai Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan.

3. Timbalan Ketua Menteri II – P Ramasamy (DAP – Perai) – Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.

EXCO

1. Chow Kon Yeow (DAP – Padang Kota) – Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik

2. Lim Hock Seng (DAP- Bagan Jermal) – Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan

3. Danny Law Heng Kiang (DAP- Batu Lanchang) – Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

4. Phee Boon Poh (DAP – Sungai Puyu) – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

5. Jagdeep Singh Deo (DAP- Datok Keramat) – Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan

6. Chong Eng (DAP – Padang Lalang) – Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7. Dr Afif Bahardin (PKR – Seberang Jaya) – Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

Kalaulah PAS sedar semua ini.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive