Friday, 26 April 2013

#PRU13 : [FOTO] Pelik!!! Penyokong Pas Marahkan Ketua Wanita Pengkalan Chepa Kerana Tidak Tercalon ??? #tolakPAS #



Ketua Wanita Umno Zarina Eusoff sedang berucap

Ketua Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa iaitu Zarina Eusoff berkata anggota perlu akur kepada keputusan parti dan apa yang penting ialah kemenangan di Pengkalan Chepa.


"Tujuan kita, matlamat kita, nak memenangkan BN. Kita mahu Pengkalan Chepa ditukarkan kepada Barisan Nasional,pada 5hb Mei nanti. Jangan sesekali pangkah parti hijau dan pangkahlah BN samada Dun dan juga parlimen."


Keua Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Husin

"Kita kena akur ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Kali ini (calon BN bagi DUN Chempaka) Wan Razman Wan Razak jadi calon. Macam saya, saya bekerja untuk parti. Walaupun saya adalah Ketua Wanita Umno Bahagian, saya juga tidak tercalon," katanya semasa berucap di Ceramah Isu-Isu Semasa di Kg Sabak Pengkalan Chepa malam tadi di hadapan lebih kurang 500 orang penduduk yang hadir. 


Turut hadir calon parlimen Pengkalan Chepa Datuk Dali Husin dan calon Dun Chempaka Wan Razman Wan Razak serta penceramah undangan Ustad Ghazali Taib.


Ternyata dakwaan sesetengah penyokong Pas terhadap Zarina meleset sama sekali dan merupakan fitnah dan jugak untuk memecah belahkan penyokong umno bagi menghadapi PRU13 nanti. Puak-puak Pas sengaja mencanang seluruh Pengkalan Chepa mengatakan Ketua Wanita telah disisihkan oleh Ketua Bahagian semasa pemilihan nama sebagai calon PRU13.


Semalam segala-galanya terbukti Ketua Wanita tetap memberi sokongan padu kepada setiap calon BN yang bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive