Saturday, 5 January 2013

PEMUDA PAS TERBITKAN BUKU AMANAT HAJI HADI VS AMANAT.......

KOTA BHARU: Di sebalik polemik berhubung amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kini kembali hangat, Lajnah Penerangan Pemuda Pas Negeri Kelantan  bertindak menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib’.

Antara panel terlibat mengupas isu didalam buku tersebut, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat, Khair Mutanazzar Ismail; Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan Moderator Debat, Dr Mazlee Malik.

Selain daripada panel-panel tersebut, beberapa artike dari keratan akhbar yang ditulis oleh Sapinah Abdul Ghani dari Sinar Harian dan Penulis Veteran, Subky Latiff juga turut dimuatkan sekali.

Buku 48 halaman itu, berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Hadi, kini Presiden Pas; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijual dengan harga RM4.

Difahamkan buku berkenaan mula dilihat berada di pasaran sekitar tapak ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.
Sumber-forblogger.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive