Sunday 30 September 2012

DAPig & NGO BANTAH DI RAPID PENGERANG BUKANNYA PENDUDUK ???



Teringat himpunan Hijau, Teringat Dalang mereka iaitu DaPig...Itu pasal ler Cina2 
Ramai. Sepatutnya, Malaysiakini letak tajuk DaPig & NGO bantah di Pengerang, bukannya letak tajuk Penduduk,NGO berhimpun bantah Rapid di Penegrang !!!

Bila gangster china menjadi ketua , ini jadinya.Yang ramai orang luar...bukan penduduk tempatan pun. Ingat orang Johor jangan mudah tertipu oleh musuh ISLAM, walaupun PAS ada di situ itu mereka hanya pak turut DAPig saja.

Yang jelas kenapa penyokong DAP dan warga (cina) Singapura mendominasi pehimpunan tersebut. Kelihatan PAS dan PKR juga sedikit NGO hanya sebagai tempelan sahaja ! Apakah ada gangguan dari warga Singapura untuk memberi sokongan kepada pemimpin DAP bagi mengambialih Malaysia ????

Sikit2 demo nampak sangat pakatan haram ni semakin terdesak. Orang Johor banyak lagi benda yNG nak dibuat dan bukannya berdemo bodoh macam ni!!!..Kesian Melayu Pas jadi macam kayu....

Sumber : majalahreviewmalaysia



20 ORANG PKR MANAKALA PAS BERAPA ORANG.....??? JIKA JIKA JIKA JIKA PR MENANG PRU13



SHAH ALAM – Seramai 20 pimpinan kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat yang baru sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air.

“Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

“Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri,” katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, semalam.

Bagaimanapun katanya, barisan jemaah menteri itu tidak akan berada di ruang lingkup pengurusan kanan sahaja, sebaliknya anggota parti yang berpotensi juga akan diberi peluang.

“Mereka yang mempunyai kepakaran tertentu seperti undang-undang, ekonomi tetapi tidak berada dalam peringkat pengurusan parti, saya percaya mereka juga akan dipertimbangkan bagi memantapkan jemaah menteri Malaysia yang baru,” katanya.

Shuhaimi berkata, Anwar juga mengingatkan anggota parti tidak terpilih menjadi calon wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen, tidak perlu rasa putus asa atau merajuk kerana PR adalah parti dinamik.

“Apa yang saya faham, mereka mungkin mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. Parti mahu semua kepimpinan bersedia, jangan fikir golongan itu baru sertai parti atau telah lama.

“Yang penting calon itu boleh bantu rakyat, boleh menyumbang kepada PR dan mereka yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar boleh membawa visi PR, membentuk sebuah kerajaan baru yang bertanggungjawab, telus dan tidak rasuah,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri.

-sinarharian

PT
Kesian kat Pas, hanya beberapa orang saja di ambil Anwar untuk jadi Menteri Kerajaan Mimpinya......

'APA KATA KALAU PAKATAN MEMERINTAH ?? TIDAK ADA NEGARA ISLAM,TIDAK ADA BUDAYA AL-QURAN ??? PENDIDIKAN SECARA LIBERAL ??? CALON PM SARAT DENGAN MASALAH MORAL ???




"Apa akan jadi kalau Pakatan Rakyat memerintah? Tidak ada negara Islam, tidak ada budaya al-Quran. Surau dan masjid akan mati. Anak kita akan dididik secara liberal. Calon Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral dan bolehkah dibayangkan kalau parasit-parasit (Pas) dipilih jadi menteri?

Pas hanya mengikut apa sahaja kemahuan dua parti tersebut walaupun terpaksa menggadaikan Islam termasuk bersekongkol dalam hal akidah dan semua yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Umat Islam seharusnya menolak fahaman pluralisme termasuk yang diamalkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia mengeliru penganut agama Islam.

Fahaman pluralisme adalah strategi licik pihak Yahudi untuk memastikan umat agama itu berpecah-belah dan lemah sekali gus membolehkan mereka memperkotak-katikkan orang Islam.






"Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan. Pasal sekarang sudah ada orang yang minta perkara itu disemak semula. Bila dibantah katanya akan hilang kemanusiaan. Kita akan hilang agama, tidak ada lagi (pemerintahan mengikut) al-Quran dan hadis, bertambah konsep mengiyakan,"


Dan....inikah gambaran sebenar jika pembangkang dapat memerintah Malaysia??? Sanggupkah kita melihat generasi akan datang mengamalkan budaya sedemikain ??? Tapi syukur sangat2 sebab foto2 diatas bukannya kita dapat lihat di negara yang tercinta ini..Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

FOTO !!! MUNGKIN KITA AKAN LIHAT JIKA PAKATAN JADI PENJAGA MALAYSIA ???




Sanggupkah kita menerima situasi begini di negara kita. Mungkin fenomena ini akan terjadi jika Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan. Kerana Ketua Umumnya seorang yang hebat dalam perkara yang berkaitan seperti foto2 di bawah???









Mungkinkah kita dapat fenomena sebegini jika PaKATAN memerintah ????



SAH !!! NGO DAN PENDUDUK DI PERGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG UNTUK DEMONTRASI DI PENGERANG ???



Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 06Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 039.05am:Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai. - malaysiakini


PT
Tak habis pembangkang mempergunakan penduduk dan NGO bagi menghalang segala apa yang dirancangkan oleh kerajaan.Dah tak ada kerja lain para pemimpin pembangkang. 25 jam dengan perhimpunan dan demontrasi. Sampai bila rakyat yang cetek akal menurut segala apa yang dilaungkan oleh pembangkang ini???

BANGKAI ULAR LA PULAK !!! NI MESTI TUDUH UMNO YANG LAKUKAN ???

Kurang 24 jam sebelum perhimpunan menentang projek petrokimia di Johor, seorang penganjur menemui sebuah beg plastik berisi bangkai ular di depan rumahnya.

Bangkai yang kepalanya hampir terputus itu ditemui diletakkan bersama risalah yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di Pengerang esok.

Bendahari gabungan NGO Pengerang Chua Peng Sia berkata, timbalan setiausaha kumpulan itu Goh Wan Ting ketika menjumpai beg itu tetapi tidak berani membukanya.



Goh kemudiannya menghubungi seorang lagi anggota jawatankuasa r Hong Thian Hwa untuk membantu meneliti kandungan beg itu.

"Goh hanya beritahu saya beg itu lembut dan lembab ketika disentuh.

"Apabila saya buka beg itu, ada ular sawa dan beberapa keping risalah perhimpunan," katanya.


PT
Tak lain tak bukan dituduhnya umno la yang lakukan semua ni. Apa saja perkara yang dilakukan kepada puak2 pembangkang mesti umno lah pelakunya. Taktik lama la pembangkang.. kalau yer pun nak gunalah otak dan idea yang bernas sikit. Barulah rakyat percaya.Ni tidak ada ke guna ular...lawak2 puak2 PR nih. Tapi yang percaya cerita ni hanya penganut PR saja terutama manusia Pas yang dari dulu, kini dan selamanya bengong !!!

BERUK BERJIHAD MEMPERTARUHKAN NYAWA UNTUK ANAKNYA !!!










Sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi 
keselamatan anaknya dari menjadi mangsa anjing.. 

TAPI MANUSIA ???

 Tanpa rasa sayang dan jauh sekali belas kasihan membuang bayi sewenang2nya..
Adakah orang berhampiran dengan kita ada sikap sebegini ???


Manusiakah gadis ini ???

Manusia oh manusia, rupa-rupanya beruk lebih sayangkan anaknya dari.... ???

Saturday 29 September 2012

BAJET 2013 !!! PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK DAPAT MENERIMA BAJET 2013 YANG TERBAIK INI ???



Pembangkang terpaksa terima dengan perasaan yang gundah gulana  pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak semalam.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan semalam :

 Anwar Ibrahim

"Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

"Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan."

"Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."


Lim Guan Eng

"Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

"Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini."

"Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja."

"Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi." 


 Khalid Ibrahim

"Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat." 

Salahuddin Ayub 

"Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli." 

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai."

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan." 


 Mahfuz Omar

"Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara." 


Anthony Loke 

"Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya." 

Dr Dzulkefly Ahmad  
"Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

"Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya."

"Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum."

"Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat."


Liew Chin Tong  
"Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi."

"Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan."

PT
Bangkitlah Rakyat Malaysia Semua.Bangun Jangan Asyik Khayal & Leka Dengan Janji Palsu Pakatan Rakyat.Lihatlah Bukalah Mata Hati & Akal Semua Yakinlah Bahawa Kerajaan Barisan Nasional Kini Sentiasa Menjaga Kesejahteraan Kepada Semua Rakyat Malaysia.Hidup UMNO/BN !!!

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LEPAS TONGKAT APA LAGI YANG AKAN DILELONG OLEH NIK AZIZ ???




SHAH ALAM - Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), antaranya tongkat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'surat cinta' Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjana RM182,000 untuk tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu.

Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi.

Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara.

Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN.

Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily.

Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.

Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman.

Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.

PT
Main wayang, sampai lelong macam2. Dapat RM 180 ribu, bayar duit minyak Jet RM 96 ribu, baki ada lah adalah seposen dua nak beli air mineral pun tak lepas.Konon miskin sangat, budak darjah satu pun tahu. Hasil Selangor, Penang, Kedah, emas di Kelantan. Nak orang simpati lah pulak, setiap kali ceramah tadah kopiah dan tin milo beg lagi, plastik lagi, bagi kat Rohingnya lagi bagus. Habis lah duit orang kampong, pusing cakap, Fi sabilillah dan jihad kononnya tapi bersama DAP dan Hindu PKR !!!

BAJET 2013 BUAT ANWAR JADI SASAU DAN PAKATAN TERUS NAZAK !!!



Bajet 2013 dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilihat sebagai satu bajet yang lebih seimbang buat pertama kali dan dalam masa sama, tidak membebankan rakyat.Bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati.

* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015

* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang"

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

PT
Syukur kepada Allah. PM Najib memang terbaik. Bajet 2013 buat Anwar meroyan sakit otak! Pakatan tiba-tiba terus nazak! Siapa yang ingat 1998, Anwar lah menteri kewangan. Nyaris2 tak terlingkup negara dibuatnya. Berapa ramai orang mati bunuh diri waktu tu sebab nak lari daripada hutang. Berapa ramai orang Melayu lari ke luar negara sebab takut kena kejar dek Cina. Apa bodoh kita nak ambil dia (Anwar) balik??

Sumber

SEKADAR KONGSI PENGALAMAN - KISAH BOMOH




Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan
kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....Saya telah mendengar kisah seorang
bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan
perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan
perniagaa orang lain hancur, Nauzubillah !!!

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut

Saya: "Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya
datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai."

Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala.(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

Saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan
perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.

Bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. "anak ini berniaga kah?"
Saya menjawab: "Tidak. saya hanya....mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.


"Biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan
tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?"

Saya: "Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga,
peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan
pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini".

Bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. "Baiklah, kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini"

Lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
"Sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup.
biar pak cik ajar cukup-cukup."

Saya: "Ada, nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat."

"Bagus, senang kerja pak cik. Apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.

Saya: "Er..Mcdonald dan KFC."

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. Marahnya bukan kepalang dengan saya.
Katanya saya ingin mempermainkannya. 

Saya :"Saya benar-benar pakcik.Saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana 
Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain."
(dalam hati saya tertawa besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu.

Moralnya. Mereka ini hanya bermain silap mata. Sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa. Hanya mengunakan tipu daya sahaja dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini. Kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. Dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga, atur startegi perniagaan dan amanah.

InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam.Maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!!!

Friday 28 September 2012

170,000 TIDAK PERLU MEMBAYAR CUKAI - TERMASUKLAH PENYOKONG PEMBANGKANG !!!

KUALA LUMPUR - Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan kadar satu mata peratusan bagi golongan tersebut mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Beliau berkata langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di
sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

Najib berkata kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai.

"Dengan ini seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata bakal haji yang mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun Dua masing-masing bagi menampung kekurangan kos tambang ke tanah suci Mekah.

"Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000," katanya. - Bernama

PESARA PUN TURUT MERASA IMBUHAN DARI BAJET 2013



KUALA LUMPUR - Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - Bernama

BAJET 2013 !!! "ANWAR HANYA PANDAI BERKOKOK SAHAJA KETIKA DALAM KERAJAAN " - PM





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang.

Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat.

Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda.

Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka.

"Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya.

Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai".

"Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak bayar," kata Najib.

Katanya, bayaran bantuan berkenaan bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan. - malaysiakini





BR1M 2.0 SEBANYAK RM250-RM500 - PM


Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan

pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.

Katanya, "Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.

Sumber : sinarharian

SYUKUR SANGAT2 !!! BONUS PENJAWAT AWAM DITAMBAH 1 BULAN - TERIMA KASIH KERAJAAN




SHAH ALAM - Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan
. - sinarharian

FOTO !!! MAJLIS PERKAHWINAN LIN DAN


Majlis perkahwinan pemain badminton Lin Dan telah berlangsung dengan penuh meriah di Beijing, China baru-baru ni.
Isterinya, Xie Xingfang juga adalah seorang pemain badminton dan mempunyai minat yang sama terhadap acara badminton.
Koleksi Gambar Perkahwinan Lin Dan
Pemain badminton lain seperti, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat juga mendapat jemputan tetapi mereka tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open 2012 yang lalu.
Koleksi Gambar Perkahwinan Lin Dan

Koleksi Gambar Perkahwinan Lin Dan

Koleksi Gambar Perkahwinan Lin Dan
Semoga perkahwinan Lin Dan dan  Xie Xingfang berpanjangan dan melahirkan zuriat pemain badminton yang sehebat kedua ibu bapanya.
Sumber : forblogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive