Thursday 22 November 2012

HEBAT !!! APEX DAPAT TAJAAN PERKAHWINAN RATUSAN RIBU ???


KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Disember ini, penjaga gol kebangsaan, Khaiul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex bersama pasangannya, Leuniey Natasha bakal menerima beberapa tajaan yang berjumlah sehingga RM300 000.



Penajaan itu termasuklah kain baju pengantin daripada Jakel, tajaan fotografi daripada The Photolicious, tajaan sinematografi daripada LH Media TV, Ari Wedding Couture untuk pelamin dan dekorasi di Kuala Lumpur serta Hotel The Royale Bintang, Damansara sebagai lokasi majlis persandiangan serta sesi fotografi untuk rakaman pra-perkahwinan.

Jumlah tajaan secara kasar itu telah dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Razif Rosdi dalam sidang media perkahwinannya yang berlangsung di The Royale Bintang, Damansara, petang semalam.

"Sebenarnya kami sendiri belum tahu sepenuhnya jumlah sebenar tajaan yang diterima Apex kerana masih ramai lagi pihak yang berminat yang mahu memberikan penajaan kepadanya. Namun secara kasarnya saya boleh anggarkan jumlahnya dalam RM300 000," katanya.

Sementara itu, Apex memberitahu dia sangat berbesar hati menerima segala tajaan yang diberikan kepadanya untuk hari bersejarahnya nanti.

"Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi menaja perkahwinan saya serta juga kepada Astro Ria yang akan menjadi penyiar rasmi untuk majlis nikah dan perkahwinan saya selain Era FM dan THR Gegar FM yang akan menjadi radio rasmi," beritahunya.

Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis respsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis respsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.

PT
Inilah dia sukan di Malaysia... Bolasepak entah ke mana, lawan Bangladesh pun tak boleh menang, harapkan jaga gol je, tapi kahwin besar-besaran mengalahkan superstar. Berkecimpung dalam sukan hanya untuk jadi selebriti je.Hehehe. Takper lepas ni Apex bertukar posisi penyerang pulak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive